Ahad, 28 Julai 2013

selingkar rindu bertamu

selembar kajang putih melayangkan diri
saat sepi bertamu
melakar emosi saat ini
titipan rindu dari jauh
mayaku bertamu
menjenguk jendela hati

saat Ramadhan berinjak pergi
begitu banyak rindu terhimpun
di Ramadhan kali ini
dalam getir mengharungi
aku masih mampu melangkah tabah

saat Syawal mengintai diri
mimpi semakin jauh pergi
wajah bertamu kian menjauh
beriring rindu
bertamulah
walau Ramadhan belum waktunya

kerna 
saat terukir senyumam itu
lafazku sudah berjanji
Syawal dan Ramadhan tak akan hilang

Jumaat, 19 Julai 2013

Ramadhan ku

saat Ramadhan bertamu
tenang dalam rindu
tak terungkap hening hati

berjiran rindu yang menyaut
senyum diukir 
kasih ditaut
dalam redup pandangan hati
kurniaan Ilahi begitu bererti

selangkah menuju arah
setapak kelmarin ku lepaskan
syafaat Ramadhan indah
menuju Syawal dengan berkah

Selasa, 2 Julai 2013

aku lah pengasasnya dalam kenangan

2 tahun yang lepas, atas usahaku dan rakan seangkatan....kami telah menubuhkan badan penaja sekolah rendah dengan tujuan untuk mencari semula kawan-kawan yang terpisah 29 tahun yang lalu..  maka terbentuklah MAJLIS PERMUAFAKATAN BEKAS MURID DAN GURU bagi SEK KEB SULTAN IDRIS II KUALA KANGSAR.  Sambutan yang menggalakkan.  pada tahun 2011 kami berjaya menganjurkan majlis raya yang pertama di sekolah dan telah berjaya mengumpulkan lebih 70 orang bekas pelajar dab bekas guru. dan pada tahun 2012 sambutan tahun ini juga mendapat penyertaan lebih dari 50 bekas pelajar.  semuanya amat membanggakan.

kini, mengorak setapak lagi menuju ke arah perkembangan yang lebih baik. penubuhan alumni sekolah.  kini majlis akan berada dalam landasan yang lebih baik.  syukurlah aku sebagi pengasasnya akan tercatit dalam sejarahnya sampai bila-bila.

aku bangga menjadi diriku.....kerana usahaku tak sia-sia.

SEMARAKKAN KENANGAN KUKUHKAN UKHUWAH....

Isnin, 1 Julai 2013

ketentuan

bukan semua orang bertuah dalam dunia ni. bukan semua orang berpeluang menikmati bahagia dari awal hingga akhirnya.  perjalanan hidup kita berbeza.  tiap detik diisi dengan harapan dan doa.  hanya dengan izinNya ia akan berlaku.

memberi teduhan  pada yang memerlukan mungkin rahmat pada yang menerima.  kasih umpama mutiara yang bersinar....janganlah dicemari kesuciannya.  

kasih seorang ibu tidak pernah ada hujungnya biarpun anaknya tak pernah ada di sisinya.  dan kasih seorang anak tak pernah terputus meskipun  jauh terpisah berkurun.

hidup bukan untuk mencari jawapan kenapa ia berlaku.  ia adalah ketetapan yang harus kita terima dengan redho.  dan aku sendiri masih meniti titian yang berliku meskipun terkadang tersandung....aku masih berdiri dan mampu berlari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...