sehening subuh itu
resah berlagu menyahuut azan
rentak hati celaru
tak terucap patah bicara
hanya padaNya jua berserah
kala sekeping rasa retak
di kaca mata hati
menusuk sembilu jiwa
lukanya tak berdarah merah
namun
ngilunya terasa jua
berlalu
tanpa salam kemaafan
kerna
sembilu itu
menjalar dalam nadiku
dan menikam
di setiap kali
wajah itu hadir
melengah hiba
Khamis, 11 Oktober 2012
Jumaat, 5 Oktober 2012
hirupan rindu
bila rindu tak pernah terhakis
kasih itu menjadi tembok
ditembus duka kelmarin
melayar bahtera hidup
dalam kaitan sejarah kelmarin
dia hadir bertamu
dalam hembusan lembut angin menyapa pipi
singgah sedetik
dan berlalu
kini....sendirian lagi
menghirup rindu dalam sendu
kasih itu menjadi tembok
ditembus duka kelmarin
melayar bahtera hidup
dalam kaitan sejarah kelmarin
dia hadir bertamu
dalam hembusan lembut angin menyapa pipi
singgah sedetik
dan berlalu
kini....sendirian lagi
menghirup rindu dalam sendu
Isnin, 1 Oktober 2012
29/9/2012 ITM D KENDURI PERKAHWINAN ANAK EN SHAMSURY DAN PUAN RODZYAH
Meskipun lebih 21 tahun telah berlalu, kesinambungan silaturrahim tak pernah putus. Jarak tak mampu memisahkan kenangan dan majlis ini menemukan biarpun hanya sebilangan kecil tapi ia amat bermakna . Antara sahabat dan pensyarah. ....antara rindu dan kenangan, kita berkumpul meskipun saling kurang mengenali antara satu sama lain. Terima kasih atas keramahan. terima kasih atas kesudian. terima kasih atas kenangan terbaru ini....
Langgan:
Catatan (Atom)