Isnin, 24 Jun 2013

TAWA DAN TANGISKU DI USIA 43...

tanggal 22hb june,2013....genap usiaku 43 tahun.  terlalu banyak yang telah aku lalui.  suka dan duka silih berganti tanpa ada nokhtahnya.  tahun ke 3 aku menyambut ulangtahun kelahiran tanpa tersayang di sisi.  aku redho dengan ketentuanNya.  kali ini cuma ada puteri sulong dan puteri bongsu di sisi. putera di kangar.  sesungguhnya aku merindui seseorang.....

tapi betapa besar rahmatMu Ya Tuhan...hari yang sama juga Step 1 B15 mengadakan majlis tahlil menyambut Ramadhan.  alhamdulillah hari yang penuh berkah.  aku menguruskan perjalanan majlis ini dari mula dan memastikan setiap keperluan, pembahagian tugas dan aku.....tak buat apa pun kerana keuzuran.  sedihnya hari itu juga permata bongsu kena asma dan demam panas.


dah lama aku teringin nak makan pulut kuning.  dengan bantuan jiran2ku maka mereka menggayakan pulut kuning istimewa untukku pada malam itu tanpa perancangan.  terharu sangat melihat apa yang mereka buat.

terlalu banyak rahmatMu .....aku tak sendirian.  puteri2 menghadiakan sebiji kek coklat tanda ingatan dalam kesederhanaan.  menitis airmata tatkala mereka menyanyikan lagu harijadi.  di usia 43 tahun ini, aku diraikan sebegini meriah tanpa di duga. alhamdulillah.

terima kasih untuk kenangan terindah yang tak dapat ku lupakan....kepada semua tetangga Step 1 B15 terima kasih banyak2....

dan di usia ini, aku masih mampu ceria walau apa jua yang mendatang aku redho.  inilah aku dulu, kini dan selamanya.

menerima kiriman buah dari sahabat lama sekolah dulu di pagi hari amat mengejutkan.  semuanya terlalu bermakna untuk ku teruskan semua laluan ini.  In Shaa Allah aku pasti temui penawarnya.



terima kasih untuk segalanya......


Isnin, 3 Jun 2013

mengertikanlah

kenapa sukar dimengertikan
hakikat yang tertulis
bukan satu terapan
tapi realiti yang ditentukan

saat airmata tak mampu mengalir lagi
terbiar juga rekahan duka berkeping
tebing tabah reput dan patah
resah dan gundah
lagu hati berubah
ku temani rindu
berkalang hiba di minda

Isnin, 13 Mei 2013

perahu hati

ku kelek perahu ku ke muara
menghala ke laut lepas
camar menyambut gundah bertamu
siulan penyair rindu
di sisip dingin angin pantai
dayung ku campak ke tepi
mataku terbuang ke laut lepas
tiada persempadanan
lapang dan tenang
di dada....debaran mula reda
jauh ku lempar gumpalan resah
berdaki di hati
entah ke mana di bawa bayu laut
aku mendongak
mencongak detik
mentari hampir hilang lagi
tak terkebas dingin angin malam
bergegas ku kayuh pulang
di bawah sinar kejora
mengharap tenangnya di kali
berantai litupi mimpi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...