Jumaat, 1 November 2013

bila rindu ku di seru

lama ku tinggalkan
saat kecewa berlabuh mengucap salam
ku sahut dengan kecekalan
kala...bongkah luka itu
terukir kalimah rindu
aku mampir semula
menjenguk jendela hati
menguak tebalan rindu bertamu
hambar sapaan sepoi angin
berlalu tanpa menyinggah warkah
titipan emosi semalam
aku tetap rindu

Rabu, 4 September 2013

adakah aku tabah?

saat aku melihat keuzuran ayah mertuaku di katil hospital selepas pembedahan usus kelmarin...aku terbayang sekujur tubuh arwah di saat-saat terakhir pemergiannya.  di katil hospital berdepan katil ayahanda sebelum ini benar-benar meruntun jiwa.  sesungguhnya Allah menguji ketabahanku satu persatu. si bongsu pulak cirit birit ngan muntah2.  aku mohon diberi kekuatan untuk melalui dugaan ini dengan tabah.

Selasa, 3 September 2013

CINTA BERMUSIM

bila suria muncul lagi
mimpi itu berakhir
lewat kesiangan mengusik hati
tanpa ada janji hadir kembali

wajah bertamu senyum  terkunci
di jiwa 
ku taut rapi maya ini
tak terzahir di nyata
dalam sepi
tak terucap kata
dalam sendu
tak terurai tangisku

mengertikan hakikat
pedihnya sebuah mimpi
digapai maya hanya ilusi
membujur diri 
menggolek tawa tercalar

musim tawa
silih berganti
rindu pada hati
yang terujud lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...