dan aku.....ingin pergi
bila rekah di hati berdarah semula
tak mampu ku selar gundah
bila kasih ku terluka
di guris sembilu
sedang harapan pada bahagia
semakin jauh tak terjangkau
Jumaat, 31 Ogos 2012
Ahad, 26 Ogos 2012
di titis rindu
aku permisi dari rindu yang tak berpenghujung
ku calit resah cinta pada lewat pertemuan
segenggam kasih ku rantai pada kerdipan mata
kau...hadir menyemai gundah
berabad terkunci rahsia
ku tutur bicara
sulam gelisah di birai senyumku
lirik mata penuh cerita
tak terselindung sinarnya
mengapa...
bicara tak semudah tulisan di hati
kala jerat duka memerangkap tawa
rindu hadir menggigit rasa
iizinkanlah.....kelopak mawarku berseri semula
di tangkai kasih setia
hingga ke hujung nyawa
ku calit resah cinta pada lewat pertemuan
segenggam kasih ku rantai pada kerdipan mata
kau...hadir menyemai gundah
berabad terkunci rahsia
ku tutur bicara
sulam gelisah di birai senyumku
lirik mata penuh cerita
tak terselindung sinarnya
mengapa...
bicara tak semudah tulisan di hati
kala jerat duka memerangkap tawa
rindu hadir menggigit rasa
iizinkanlah.....kelopak mawarku berseri semula
di tangkai kasih setia
hingga ke hujung nyawa
kejora buatku
kala cinta itu menyampaikan
rasa hati terbuku berzaman
kejora ku hilang seketika
melamar rindu di muka
tautan hati terungkai
di ranting rapuh berdahan kasih
lelah bermusim
dia dan rindu
hadir dalam dilema
menawar bahagia dan cinta
tak tertadah curahan kasih
melimpah membajiri
meresap nurani
membeku duka
di pelabuhan rindu
kala jeriji hati terkunci mati
rasa hati terbuku berzaman
kejora ku hilang seketika
melamar rindu di muka
tautan hati terungkai
di ranting rapuh berdahan kasih
lelah bermusim
dia dan rindu
hadir dalam dilema
menawar bahagia dan cinta
tak tertadah curahan kasih
melimpah membajiri
meresap nurani
membeku duka
di pelabuhan rindu
kala jeriji hati terkunci mati
Sabtu, 25 Ogos 2012
andai sedetik itu milikku
dan bila......kesempatan itu memberi ruang
suara hati berbicara
melalui mata
yang tersirat itu terzahir
kasih berbuku sekian lama
memamah rindu
di hujung pertemuan
seraut wajah lampiran cinta
ku tatap penuh makna
sedetik kesempatan menatap rindu
ku jamah resah bertamu
di dedaun sepi
ku tunggu sesaat hadirmu
dan kiranya yang termampu hanya ku sentuh bayangmu
ku relakan kasihku
menjadi milikmu di maya
kerna wujudku
sebati dalam jiwamu
dan kekal di situ
selagi rindumu milikku
suara hati berbicara
melalui mata
yang tersirat itu terzahir
kasih berbuku sekian lama
memamah rindu
di hujung pertemuan
seraut wajah lampiran cinta
ku tatap penuh makna
sedetik kesempatan menatap rindu
ku jamah resah bertamu
di dedaun sepi
ku tunggu sesaat hadirmu
dan kiranya yang termampu hanya ku sentuh bayangmu
ku relakan kasihku
menjadi milikmu di maya
kerna wujudku
sebati dalam jiwamu
dan kekal di situ
selagi rindumu milikku
Khamis, 23 Ogos 2012
rindu yang terhakis
kelibat rindu di bayang itu
merantai resah di kaki tawa
aku meredah gerimis
cuba membasuh daki di tumit rindu
namun payah
lekit duka di celahan jari
sebati tona kulit
malam ku sedingin kasih yang tersemai
menyelimut retak jiwa
kala cinta itu terluka
dan bila kejora muncul semula
rekahan terlihat jelas
dan hati ini
masih di rantai rindu
merantai resah di kaki tawa
aku meredah gerimis
cuba membasuh daki di tumit rindu
namun payah
lekit duka di celahan jari
sebati tona kulit
malam ku sedingin kasih yang tersemai
menyelimut retak jiwa
kala cinta itu terluka
dan bila kejora muncul semula
rekahan terlihat jelas
dan hati ini
masih di rantai rindu
Ahad, 19 Ogos 2012
sepi kasih ku di aidilfitri
syawal ini menjemput rindu yang tak terungkai
merantai resah yang bertamu
dalam kolam gelisah
aku cuba bernafas
dalam lumpur hiba
di dasarnya ada wajah yang dulunya hilang
kini .....aku melakar serpihan memori
di kanvas hati
tanpa warna yang pasti
mengharap cahaya di langit
menerang tanpa pasti
aku
terbiar sendiri dalam petak emosi beku
kaku dan mati
merantai resah yang bertamu
dalam kolam gelisah
aku cuba bernafas
dalam lumpur hiba
di dasarnya ada wajah yang dulunya hilang
kini .....aku melakar serpihan memori
di kanvas hati
tanpa warna yang pasti
mengharap cahaya di langit
menerang tanpa pasti
aku
terbiar sendiri dalam petak emosi beku
kaku dan mati
Jumaat, 17 Ogos 2012
meraih sendu di hujungnya
aku pulang.....dalam rindu tak berpenghujung
menyimpan seribu rasa yang tak terungkai
aku dan kisahku yang tesendiri
melitup rasa tawa
pada birai sendu
aku rindu
pada seraut wajah
wajah demi wajah
bersilih ganti
bergulir menurut waktu
aku termanggu mencanting luka
di ranting pilu
kala takbir berkumandang
aku kesendirian hiba
di pautan luka
tanpa cinta untukku lagi
menyimpan seribu rasa yang tak terungkai
aku dan kisahku yang tesendiri
melitup rasa tawa
pada birai sendu
aku rindu
pada seraut wajah
wajah demi wajah
bersilih ganti
bergulir menurut waktu
aku termanggu mencanting luka
di ranting pilu
kala takbir berkumandang
aku kesendirian hiba
di pautan luka
tanpa cinta untukku lagi
Khamis, 16 Ogos 2012
sedetik rasa
semalam...aku harungi kepayahan mengatur setiap sesuatu itu sendirian. rebah menyujud bumi. tangis membungkam di sejadah biru. tanpa ungkapan hanya berkata melalui tangis dan sendu. kiranya kau mendengar tika ini aku tahu...pergi mu bersama seruan laung2an suci....dipayungi rintik2 airmata membasahi tanah di pusara......lirik yang amat mecuit hati pilu. ku ditinggalkan dalam kawah duka yg membenam segala memori lama. dan ketika di mana aku bukanlah diriku lagi. kini.....aku berlari di titian tergantung ini sendiri. lelah ku tak terlepas. mataku sarat mengendong tangis....tertewas di pentas ini. setetika nafas terhenti seolah ia pergi sederas angin. hilang sekelip mata tapi aku masih di sini.
celaru
seminggu aku terbelenggu
ramuan emosi bercampur baur
tanpa tawa mampu ku ukir
hanya tangis dan sebak mengisi
tiap detik yang ku rintis
bagai ranjau yang menusuk
tertikam dan berdarah
aku rebah menyujud pasrah
antara rela dan terpaksa
tangis ku tak bernada
tiada lagi ungkapan yang terisi
segalanya suram ...sesuram hati
andai bisa terlukis jiwa yang berkata
pasti langit bertukar warna
dan rerama yang berwarna
pasti hilang serinya
kala reranting patah di tengahnya
ramuan emosi bercampur baur
tanpa tawa mampu ku ukir
hanya tangis dan sebak mengisi
tiap detik yang ku rintis
bagai ranjau yang menusuk
tertikam dan berdarah
aku rebah menyujud pasrah
antara rela dan terpaksa
tangis ku tak bernada
tiada lagi ungkapan yang terisi
segalanya suram ...sesuram hati
andai bisa terlukis jiwa yang berkata
pasti langit bertukar warna
dan rerama yang berwarna
pasti hilang serinya
kala reranting patah di tengahnya
Isnin, 13 Ogos 2012
jika ini suratan ku
Ya Allah begitu berat ujian untukku. terkulai menyongsong tangis sendiri. tak mampu ku tepis sayu yang tiba bertimpa dan roboh benteng cekal ku. hari ini cekal wanitaku kian diuji. sendiri menerjah resah...nekad membuat keputusan dan aku pasrah pada jalannya. di riba sepi aku tangisi lukah hati. pada rindu yang terkunci. tiada lagi kata yang terucap .........dalam titis airmata pilu. kalimah demi kalimah......dalam sebak menghela nafas, ku jahit pipisan kecewa tanpa ada parutnya
Ahad, 12 Ogos 2012
dan titisnya kembali
dan bila airmata mula menitis dan tak henti mencurah....dinding resah robek akhirnya. aku lewati kalimah sabar dengan sekelumit cekal yang berbaki. entah kenapa satu persatu goresan sendu mendatangi. lopak rindu bertandang. ruang resah bertamu. begitu banyak persoalan tanpa jawapan. aku akur dalam redho. kejamkah aku kiranya ku lupakan getiran semalam? semakin aku cuba kuburkan cinta lalu semakin besar goresannya..
dan aku terus berlari di onak berliku tanpa peduli tusukannya. samada aku seorang yang tabah atau aku lakukannya kerna terpaksa....
dan aku terus berlari di onak berliku tanpa peduli tusukannya. samada aku seorang yang tabah atau aku lakukannya kerna terpaksa....
ombak resahku
aku tidak hadir untuk mengeruh suasana.....kala mentari itu menyinar, ku tuai resah ku sisip dalam kocek rindu. nesan luka itu ku semadikan di pusara kaku. alunan ombak rindu mengisi ruang sepi. kala kelip mata membendung tangis. lewat penantian ku tercalar.....kembali terluka dalam diam. ku sorok gndah di jiwa tatkala takbir raya hampir tiba. aku pasrah menerima ketentuan. hidup ini indah bila bahagia menjadi milik kita. berlandaskan kata....selagi kita tak memiliki kita tak akan pernah kehilangan, maka ku layari perjalanan ini bersama kasih yang tak pernah padam meskipun dalam reaiti ia tiada di sisi.....dan bila takbir bergema........rindu padamu mencengkam jiwa. semoga aku tabah melaluinya sekali lagi
Ahad, 5 Ogos 2012
aku dan cinta
aku tak pernah kesal mengenal erti cinta. meskipun bagiku cinta itu hanya satu. bila ia pergi ia berkubur bersama luka. sesetiaku pada cinta, aku tak pernah meragui cintaku. entah kenapa cinta tak pernah mekar lama untukku. apakah takdirnya aku hanya merasai cinta itu hadir tanpa memilikinya.......aku pasrah.
kelmarin.....luka lama hampir sembuh. tanpa ku tagih imbalan kesetiaan. hari ini, aku lewati penuh sendu dan pilu tatkala cinta itu ramah menyapa. goresan lama berdarah semula. aku menyimpan seribu luka di garis perjalanan yang menghambat waktu dan usiaku menelan tragedi ngeri berulang.
jauh ku lontar impian tersembunyi. sejauh mungkin ku baling bayangan mengekori. ku teduhkan diri dari ekoran sinaran matahari agar bayang tak terus mengekori. aku dan resah itu dalam satu nadi. aku dan luka itu dalam satu nafas. aku dan cnta itu dalam satu nyawa
kelmarin.....luka lama hampir sembuh. tanpa ku tagih imbalan kesetiaan. hari ini, aku lewati penuh sendu dan pilu tatkala cinta itu ramah menyapa. goresan lama berdarah semula. aku menyimpan seribu luka di garis perjalanan yang menghambat waktu dan usiaku menelan tragedi ngeri berulang.
jauh ku lontar impian tersembunyi. sejauh mungkin ku baling bayangan mengekori. ku teduhkan diri dari ekoran sinaran matahari agar bayang tak terus mengekori. aku dan resah itu dalam satu nadi. aku dan luka itu dalam satu nafas. aku dan cnta itu dalam satu nyawa
Langgan:
Catatan (Atom)