kala cinta itu menyampaikan
rasa hati terbuku berzaman
kejora ku hilang seketika
melamar rindu di muka
tautan hati terungkai
di ranting rapuh berdahan kasih
lelah bermusim
dia dan rindu
hadir dalam dilema
menawar bahagia dan cinta
tak tertadah curahan kasih
melimpah membajiri
meresap nurani
membeku duka
di pelabuhan rindu
kala jeriji hati terkunci mati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan