Isnin, 29 Oktober 2012

kuisan rindu

mampukah aku menguis hadirnya rindu
kala naluri berkata
sebak di dada berlumut luka
aku cuba menjernih keruhnya airmata yang tertumpah
dan melenyapkan mimpi
dari meracuni kalbu sepi
segalanya bukan untuk ku

ku cuba beralu pergi
memujuk rindu yang bertamu
kiranya tempatku bukan di sini
maafkanlah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...