ku kelek perahu ku ke muara
menghala ke laut lepas
camar menyambut gundah bertamu
siulan penyair rindu
di sisip dingin angin pantai
dayung ku campak ke tepi
mataku terbuang ke laut lepas
tiada persempadanan
lapang dan tenang
di dada....debaran mula reda
jauh ku lempar gumpalan resah
berdaki di hati
entah ke mana di bawa bayu laut
aku mendongak
mencongak detik
mentari hampir hilang lagi
tak terkebas dingin angin malam
bergegas ku kayuh pulang
di bawah sinar kejora
mengharap tenangnya di kali
berantai litupi mimpi
Isnin, 13 Mei 2013
Khamis, 9 Mei 2013
rinduku bertandang lagi
dah lama aku tidak mengunjungi rumah ibu arwah suamiku. malam ini, bonda buat tahlil di masjid. aku tak membantu bonda memasak sebab kesihatanku tak mengizinkan. tapi lewat petang aku dan permata hati ditumpangkan jiran ke rumahnya.
selangkah kaki ku jejak di pintu rumahnya....tak mampu ku tahan sebak di hati. bayangannnya masih ada di setiap sudut rumah itu. selama 5 bulan sakitnya kami menetap di situ. aku teramat rindu. Ya Allah kau berikanlah segala kekuatan untukku harungi hidup ini tanpanya lagi.
biarpun 2 tahun telah berlalu, walaupun tak pernah aku zahirkan.....aku masih merindui kehadirannya.
Ya Allah...kau tempatkanlah dia bersama kekasih2MU dan sejahterakanlah dia di sana. Al-fatihah buat Allahyarham suamiku Isma'ail b Hassan.

Langgan:
Catatan (Atom)