Khamis, 9 Mei 2013

rinduku bertandang lagi

dah lama aku tidak mengunjungi rumah ibu arwah suamiku.  malam ini, bonda buat tahlil di masjid.  aku tak membantu bonda memasak sebab kesihatanku tak mengizinkan.  tapi lewat petang aku dan permata hati ditumpangkan jiran ke rumahnya.

selangkah kaki ku jejak di pintu rumahnya....tak mampu ku tahan sebak di hati.  bayangannnya masih ada di setiap sudut rumah itu.  selama 5 bulan sakitnya kami menetap di situ.  aku teramat rindu.  Ya Allah kau berikanlah segala kekuatan untukku harungi hidup ini tanpanya lagi.

biarpun 2 tahun telah berlalu, walaupun tak pernah aku zahirkan.....aku masih merindui kehadirannya.
Ya Allah...kau tempatkanlah dia bersama kekasih2MU dan sejahterakanlah dia di sana.   Al-fatihah buat Allahyarham suamiku Isma'ail b Hassan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...