dan aku.....ingin pergi
bila rekah di hati berdarah semula
tak mampu ku selar gundah
bila kasih ku terluka
di guris sembilu
sedang harapan pada bahagia
semakin jauh tak terjangkau
Jumaat, 31 Ogos 2012
Ahad, 26 Ogos 2012
di titis rindu
aku permisi dari rindu yang tak berpenghujung
ku calit resah cinta pada lewat pertemuan
segenggam kasih ku rantai pada kerdipan mata
kau...hadir menyemai gundah
berabad terkunci rahsia
ku tutur bicara
sulam gelisah di birai senyumku
lirik mata penuh cerita
tak terselindung sinarnya
mengapa...
bicara tak semudah tulisan di hati
kala jerat duka memerangkap tawa
rindu hadir menggigit rasa
iizinkanlah.....kelopak mawarku berseri semula
di tangkai kasih setia
hingga ke hujung nyawa
ku calit resah cinta pada lewat pertemuan
segenggam kasih ku rantai pada kerdipan mata
kau...hadir menyemai gundah
berabad terkunci rahsia
ku tutur bicara
sulam gelisah di birai senyumku
lirik mata penuh cerita
tak terselindung sinarnya
mengapa...
bicara tak semudah tulisan di hati
kala jerat duka memerangkap tawa
rindu hadir menggigit rasa
iizinkanlah.....kelopak mawarku berseri semula
di tangkai kasih setia
hingga ke hujung nyawa
kejora buatku
kala cinta itu menyampaikan
rasa hati terbuku berzaman
kejora ku hilang seketika
melamar rindu di muka
tautan hati terungkai
di ranting rapuh berdahan kasih
lelah bermusim
dia dan rindu
hadir dalam dilema
menawar bahagia dan cinta
tak tertadah curahan kasih
melimpah membajiri
meresap nurani
membeku duka
di pelabuhan rindu
kala jeriji hati terkunci mati
rasa hati terbuku berzaman
kejora ku hilang seketika
melamar rindu di muka
tautan hati terungkai
di ranting rapuh berdahan kasih
lelah bermusim
dia dan rindu
hadir dalam dilema
menawar bahagia dan cinta
tak tertadah curahan kasih
melimpah membajiri
meresap nurani
membeku duka
di pelabuhan rindu
kala jeriji hati terkunci mati
Langgan:
Catatan (Atom)