begitu banyak kasih di lantai resah
menjadi hamparan langkah yang longlai
aku lah si camar yang berterbangan
di awangan menerjah mimpi
kelmarin kejora hadir......
dalam mimpi bersulam rindu
tak mampu ku tautkan lagi
kerna tak mahu sinarnya hilang
aku......
berdiri di garis ini
kerna tak mahu kelemasan
ku biarkan camar bebas
menerjah tiap ruang angkasa
menikmati indahnya suria
dan setia menanti malamnya
....hadirnya kejora hati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan