Selasa, 3 Julai 2012

BINGKISAN RINDU

adakalanya gerimis hati mengundang resah
sedingin angin yang menyapa kulitku
selebat hujan yang mencurah bumi tika ini
jiwa meruntun pada sekalung rindu
rindu yang tak berpenghujung

bingkisan hati terpatri di situ
pada nesan kaku
dingin dan sepi
aku..selangkah demi selangkah
cuba menapak jauh dan terus jauh
namun hati terantai
pada setia cinta
pada duka dan tawa

kiranya aku tersungkur lagi
di riba mimpi
izinkanlah aku
menjengah semula mentari
di setiap jagaku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...