Ahad, 22 Julai 2012

tuaian rindu

pembohongkah aku kiranya mataku basah
membendung duka
kala hati cuba bersuara
tanpa mampu berkata

sudut kecil naluri wanita
ada ruang sepi
ada ruang rindu
terhampar dalam remang resah
pertahan emosi rapuh
tak tersujud egoku

kala rindu itu  menjemput airmata wanitaku
tersandar aku kelayuan
di bangku duka
lewat ku undang memori kelmarin
berkubur bersama nesan lara
kini ku tuai helaian mimpi
dengan harapan
hatiku tak terluka lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...