cermin hati berderai......
ku mohon izinkanlah
mengheret langkah luka
di muara hati yang tak berarah
kala mata tak terbendung
retak beribu impian
hamparan kehujanan
di dingin malam menusuk
remang kekalutan
membendung hijab
tak mungkin berulang
Rabu, 25 Disember 2013
mutiara lautan rindu
andai mutiara tenggelam di dasar lautan
selamilah gelora ombaknya
kiranya perahumu layarnya teguh
redalah taufan rindu yang melanda
ku sauhkan lelah di pantai resah
berlabuh impian yang tak sudah
terdampar kasih tak bertaut
bagaikan ombak menghempas pantai
benih luka tertinggal jua
nakhoda cinta bersiul merdu
sahut-sahutan si camar berlagu
desir ombak membisik rindu
sedingin bayu menusuk kalbu
selamilah gelora ombaknya
kiranya perahumu layarnya teguh
redalah taufan rindu yang melanda
ku sauhkan lelah di pantai resah
berlabuh impian yang tak sudah
terdampar kasih tak bertaut
bagaikan ombak menghempas pantai
benih luka tertinggal jua
nakhoda cinta bersiul merdu
sahut-sahutan si camar berlagu
desir ombak membisik rindu
sedingin bayu menusuk kalbu
berbahagialah jay n nuar 25/12/2013
hari ini sahabat lamaku telah selamat disatukan dengan akad yaang sah. kisah cinta zaman kolej dulu kini dipertemukan semula dengan izinNya. lebih 22 tahun masing-masing membawa haluan hidup sendiri bila cinta terputus di tengah jalan. masing-masing meneroka bahagia rumahtangga sendiri tapi sayangnya bahtera yang dilayar karam di tengah jalan. kedua-duanya gagal dalam perkahwinan yang pertama.
kedua-duanya sahabatku. siapa yang menduga pertemuan semula ini menyatukan semula dua hati. walaupun dengan status yang berbeza tapi kekuataan cinta yang sama.
aku tumpang gembira kerna mereka disatukan semula setelah perjalanan usia semakin tua meniti masa. alhamdulillah cinta itu milik mereka.
entah bila cinta akan menjadi milikku jua.......................

Ahad, 24 November 2013
relakan
kalam ini hambar terasa
tersiat litupan emosi
garapan tak berbisa
terlontar jauh pandangan hati
kosong dan sepi
titik usang itu kian pudar
luahan tak menjadi
celaru kata hati
kejora hilang di malam hari
tak bersinar mentari pagi
renyai menutup wajah
ku biar kelenjunan di luar sendiri
peduli erti itu lagi
tersiat litupan emosi
garapan tak berbisa
terlontar jauh pandangan hati
kosong dan sepi
titik usang itu kian pudar
luahan tak menjadi
celaru kata hati
kejora hilang di malam hari
tak bersinar mentari pagi
renyai menutup wajah
ku biar kelenjunan di luar sendiri
peduli erti itu lagi
Jumaat, 1 November 2013
bila rindu ku di seru
lama ku tinggalkan
saat kecewa berlabuh mengucap salam
ku sahut dengan kecekalan
kala...bongkah luka itu
terukir kalimah rindu
aku mampir semula
menjenguk jendela hati
menguak tebalan rindu bertamu
hambar sapaan sepoi angin
berlalu tanpa menyinggah warkah
titipan emosi semalam
aku tetap rindu
saat kecewa berlabuh mengucap salam
ku sahut dengan kecekalan
kala...bongkah luka itu
terukir kalimah rindu
aku mampir semula
menjenguk jendela hati
menguak tebalan rindu bertamu
hambar sapaan sepoi angin
berlalu tanpa menyinggah warkah
titipan emosi semalam
aku tetap rindu
Rabu, 4 September 2013
adakah aku tabah?
saat aku melihat keuzuran ayah mertuaku di katil hospital selepas pembedahan usus kelmarin...aku terbayang sekujur tubuh arwah di saat-saat terakhir pemergiannya. di katil hospital berdepan katil ayahanda sebelum ini benar-benar meruntun jiwa. sesungguhnya Allah menguji ketabahanku satu persatu. si bongsu pulak cirit birit ngan muntah2. aku mohon diberi kekuatan untuk melalui dugaan ini dengan tabah.
Selasa, 3 September 2013
CINTA BERMUSIM
bila suria muncul lagi
mimpi itu berakhir
lewat kesiangan mengusik hati
tanpa ada janji hadir kembali
wajah bertamu senyum terkunci
di jiwa
ku taut rapi maya ini
tak terzahir di nyata
dalam sepi
tak terucap kata
dalam sendu
tak terurai tangisku
mengertikan hakikat
pedihnya sebuah mimpi
digapai maya hanya ilusi
membujur diri
menggolek tawa tercalar
musim tawa
silih berganti
rindu pada hati
yang terujud lagi
Khamis, 29 Ogos 2013
Ramadhan berinjak pergi
tanpa ku sedari ....lambaiannya semakin menjauh
menjinjit rindu berbekal pada kiriman tak putus
selelap mata terpejam
sehari berunjur pergi
lampiran resah dan rindu berlegar
antara ...
salam yang bersambut
antara rindu yang berlegar
tamu bertamu
dan rinduku tak bersahut jua
izinkanlah ku titip rindu yang bernyanyi
di kembara tanpa henti
kerna ia tak mungkin berakhir lagi
dan rinduku tak bersahut jua
izinkanlah ku titip rindu yang bernyanyi
di kembara tanpa henti
kerna ia tak mungkin berakhir lagi
andai ia rapuh
saat hati tak mampu bertahan
lepaskanlah deraiannya
kalam tak mampu bercerita
tentang rasa menyelimut dada
leraikanlah jangan di pikul sebak bertamu
sesempit lorong itu mengunci hati
sabarlah meniti
rapuhnya titianmu berganti
di tiap likuan berduri

Isnin, 26 Ogos 2013
SYAWAL 2013 aku sekeluarga menyambutnya jauh dari kampung halaman. Inilah keluarga kami yang besar di sini. Tetangga yang sentiasa ada di waktu majlis utama dan yang menjenguk waktu sakitku. Sesungguhnya kurniaan Illahi itu amat besar maknanya bagiku. Walaupun terpisah jauh dari keluarga kami tak tersisih di rantau orang. Sentiasa ceria dan dihormati. Pemergiannya meskipun meninggalkan kesan yang pedih, ia mengajar aku untuk berdikari dan semakin tabah mengharungi rintangan yang mendatang. Sesungguhnya aku tak pernah kesal atas apa yang terjadi dan aku bersyukur diberi peluang ini untuk merasai kasih sayang keluarga yang besar....
Ahad, 28 Julai 2013
selingkar rindu bertamu
selembar kajang putih melayangkan diri
saat sepi bertamu
melakar emosi saat ini
titipan rindu dari jauh
mayaku bertamu
menjenguk jendela hati
saat Ramadhan berinjak pergi
begitu banyak rindu terhimpun
di Ramadhan kali ini
dalam getir mengharungi
aku masih mampu melangkah tabah
saat Syawal mengintai diri
mimpi semakin jauh pergi
wajah bertamu kian menjauh
beriring rindu
bertamulah
walau Ramadhan belum waktunya
kerna
saat terukir senyumam itu
lafazku sudah berjanji
Syawal dan Ramadhan tak akan hilang
saat sepi bertamu
melakar emosi saat ini
titipan rindu dari jauh
mayaku bertamu
menjenguk jendela hati
saat Ramadhan berinjak pergi
begitu banyak rindu terhimpun
di Ramadhan kali ini
dalam getir mengharungi
aku masih mampu melangkah tabah
saat Syawal mengintai diri
mimpi semakin jauh pergi
wajah bertamu kian menjauh
beriring rindu
bertamulah
walau Ramadhan belum waktunya
kerna
saat terukir senyumam itu
lafazku sudah berjanji
Syawal dan Ramadhan tak akan hilang
Jumaat, 19 Julai 2013
Ramadhan ku
saat Ramadhan bertamu
tenang dalam rindu
tak terungkap hening hati
berjiran rindu yang menyaut
senyum diukir
kasih ditaut
dalam redup pandangan hati
kurniaan Ilahi begitu bererti
selangkah menuju arah
setapak kelmarin ku lepaskan
syafaat Ramadhan indah
menuju Syawal dengan berkah
tenang dalam rindu
tak terungkap hening hati
berjiran rindu yang menyaut
senyum diukir
kasih ditaut
dalam redup pandangan hati
kurniaan Ilahi begitu bererti
selangkah menuju arah
setapak kelmarin ku lepaskan
syafaat Ramadhan indah
menuju Syawal dengan berkah
Selasa, 2 Julai 2013
aku lah pengasasnya dalam kenangan
2 tahun yang lepas, atas usahaku dan rakan seangkatan....kami telah menubuhkan badan penaja sekolah rendah dengan tujuan untuk mencari semula kawan-kawan yang terpisah 29 tahun yang lalu.. maka terbentuklah MAJLIS PERMUAFAKATAN BEKAS MURID DAN GURU bagi SEK KEB SULTAN IDRIS II KUALA KANGSAR. Sambutan yang menggalakkan. pada tahun 2011 kami berjaya menganjurkan majlis raya yang pertama di sekolah dan telah berjaya mengumpulkan lebih 70 orang bekas pelajar dab bekas guru. dan pada tahun 2012 sambutan tahun ini juga mendapat penyertaan lebih dari 50 bekas pelajar. semuanya amat membanggakan.
kini, mengorak setapak lagi menuju ke arah perkembangan yang lebih baik. penubuhan alumni sekolah. kini majlis akan berada dalam landasan yang lebih baik. syukurlah aku sebagi pengasasnya akan tercatit dalam sejarahnya sampai bila-bila.
aku bangga menjadi diriku.....kerana usahaku tak sia-sia.
SEMARAKKAN KENANGAN KUKUHKAN UKHUWAH....

Isnin, 1 Julai 2013
ketentuan
bukan semua orang bertuah dalam dunia ni. bukan semua orang berpeluang menikmati bahagia dari awal hingga akhirnya. perjalanan hidup kita berbeza. tiap detik diisi dengan harapan dan doa. hanya dengan izinNya ia akan berlaku.
memberi teduhan pada yang memerlukan mungkin rahmat pada yang menerima. kasih umpama mutiara yang bersinar....janganlah dicemari kesuciannya.
kasih seorang ibu tidak pernah ada hujungnya biarpun anaknya tak pernah ada di sisinya. dan kasih seorang anak tak pernah terputus meskipun jauh terpisah berkurun.
hidup bukan untuk mencari jawapan kenapa ia berlaku. ia adalah ketetapan yang harus kita terima dengan redho. dan aku sendiri masih meniti titian yang berliku meskipun terkadang tersandung....aku masih berdiri dan mampu berlari

Selasa, 25 Jun 2013
Cinta Kasih – Nubhan & Mila
Cinta Kasih – Nubhan & Mila
Pernah hati ini menjadi milikmu
Kasih dan cintaku hanyalah untukmu
Namun bukan kamu akhirnya cintaku
Ini takdir aku milik dia
Ku anggap selamanya tak pernah berubah
Kasih dan cintamu teguh untuk aku
Namun bukan aku akhirnya cintamu
Ini takdir engkau milik dia
Biarkan hati ini
Merawat lukanya sendiri
Membuang cinta
Lama terbenam dalam hidup ini
Tiada daya diri ini
Menerima hatimu lagi
Maafkan aku
Cinta kasih bukan untukmu
Lupakan semua
Janji-janji kita
Bersama
Lama telah berakhir
Kisah kasih kita
Terpadam tersisih
Oleh arus masa
Akan aku cuba
Bawa jauh cinta
Ini takdir
Engkau milik dia

Isnin, 24 Jun 2013
TAWA DAN TANGISKU DI USIA 43...
tanggal 22hb june,2013....genap usiaku 43 tahun. terlalu banyak yang telah aku lalui. suka dan duka silih berganti tanpa ada nokhtahnya. tahun ke 3 aku menyambut ulangtahun kelahiran tanpa tersayang di sisi. aku redho dengan ketentuanNya. kali ini cuma ada puteri sulong dan puteri bongsu di sisi. putera di kangar. sesungguhnya aku merindui seseorang.....
tapi betapa besar rahmatMu Ya Tuhan...hari yang sama juga Step 1 B15 mengadakan majlis tahlil menyambut Ramadhan. alhamdulillah hari yang penuh berkah. aku menguruskan perjalanan majlis ini dari mula dan memastikan setiap keperluan, pembahagian tugas dan aku.....tak buat apa pun kerana keuzuran. sedihnya hari itu juga permata bongsu kena asma dan demam panas.
dah lama aku teringin nak makan pulut kuning. dengan bantuan jiran2ku maka mereka menggayakan pulut kuning istimewa untukku pada malam itu tanpa perancangan. terharu sangat melihat apa yang mereka buat.
terlalu banyak rahmatMu .....aku tak sendirian. puteri2 menghadiakan sebiji kek coklat tanda ingatan dalam kesederhanaan. menitis airmata tatkala mereka menyanyikan lagu harijadi. di usia 43 tahun ini, aku diraikan sebegini meriah tanpa di duga. alhamdulillah.
terima kasih untuk kenangan terindah yang tak dapat ku lupakan....kepada semua tetangga Step 1 B15 terima kasih banyak2....
dan di usia ini, aku masih mampu ceria walau apa jua yang mendatang aku redho. inilah aku dulu, kini dan selamanya.
menerima kiriman buah dari sahabat lama sekolah dulu di pagi hari amat mengejutkan. semuanya terlalu bermakna untuk ku teruskan semua laluan ini. In Shaa Allah aku pasti temui penawarnya.
terima kasih untuk segalanya......
Isnin, 3 Jun 2013
mengertikanlah
kenapa sukar dimengertikan
hakikat yang tertulis
bukan satu terapan
tapi realiti yang ditentukan
saat airmata tak mampu mengalir lagi
terbiar juga rekahan duka berkeping
tebing tabah reput dan patah
resah dan gundah
lagu hati berubah
ku temani rindu
berkalang hiba di minda
hakikat yang tertulis
bukan satu terapan
tapi realiti yang ditentukan
saat airmata tak mampu mengalir lagi
terbiar juga rekahan duka berkeping
tebing tabah reput dan patah
resah dan gundah
lagu hati berubah
ku temani rindu
berkalang hiba di minda
Isnin, 13 Mei 2013
perahu hati
ku kelek perahu ku ke muara
menghala ke laut lepas
camar menyambut gundah bertamu
siulan penyair rindu
di sisip dingin angin pantai
dayung ku campak ke tepi
mataku terbuang ke laut lepas
tiada persempadanan
lapang dan tenang
di dada....debaran mula reda
jauh ku lempar gumpalan resah
berdaki di hati
entah ke mana di bawa bayu laut
aku mendongak
mencongak detik
mentari hampir hilang lagi
tak terkebas dingin angin malam
bergegas ku kayuh pulang
di bawah sinar kejora
mengharap tenangnya di kali
berantai litupi mimpi
menghala ke laut lepas
camar menyambut gundah bertamu
siulan penyair rindu
di sisip dingin angin pantai
dayung ku campak ke tepi
mataku terbuang ke laut lepas
tiada persempadanan
lapang dan tenang
di dada....debaran mula reda
jauh ku lempar gumpalan resah
berdaki di hati
entah ke mana di bawa bayu laut
aku mendongak
mencongak detik
mentari hampir hilang lagi
tak terkebas dingin angin malam
bergegas ku kayuh pulang
di bawah sinar kejora
mengharap tenangnya di kali
berantai litupi mimpi
Khamis, 9 Mei 2013
rinduku bertandang lagi
dah lama aku tidak mengunjungi rumah ibu arwah suamiku. malam ini, bonda buat tahlil di masjid. aku tak membantu bonda memasak sebab kesihatanku tak mengizinkan. tapi lewat petang aku dan permata hati ditumpangkan jiran ke rumahnya.
selangkah kaki ku jejak di pintu rumahnya....tak mampu ku tahan sebak di hati. bayangannnya masih ada di setiap sudut rumah itu. selama 5 bulan sakitnya kami menetap di situ. aku teramat rindu. Ya Allah kau berikanlah segala kekuatan untukku harungi hidup ini tanpanya lagi.
biarpun 2 tahun telah berlalu, walaupun tak pernah aku zahirkan.....aku masih merindui kehadirannya.
Ya Allah...kau tempatkanlah dia bersama kekasih2MU dan sejahterakanlah dia di sana. Al-fatihah buat Allahyarham suamiku Isma'ail b Hassan.

Isnin, 29 April 2013
ikhlas atau dipaksa bukan persoalan
semalam Ahad 28/4/2013....belia wawasan Tmn Desa Mutiara, Jb membuat kerja amal bergotong-royong bersama Pegawai polis dari balai Dato Onn membersihkan tanah perkuburan Islam Kangkar Tebrau. Semangat anak2 muda ini samada mereka ikhlas atau dipaksa tak perlu le dipertikaikan. setiap kali majlis tahlil atau apa juga bantuan yg memerlukan tenaga atau kehadiran mereka pasti ada.
dalam hidup kita yang tak tahu bila panggillan itu tiba, syukurilah apa jua kurniaanNya pada kita walau sekecil mana sekalipun. tak memiliki kekayaan atau pangkat tak bermakna kita tak punya. ikhlaskan diri kita menerima dan memberi. keterpaksaan hanya akan memagari ketenangan.
satu saat kita memandang batu nisan itu tertulis nama seseorang...seseorang itu mungkin kenalan, saudara atau yang tersayang. ketika airmata kita mengalir merasai kehilangan yang pedih itu, mungkin ia akan mengguris luka di hati. hanya dengan redho kita mampu tenang.
tanpa paksa kita perlu terima hakikat satu saat jua, nama kita juga akan terukir abadi di situ........

Isnin, 22 April 2013
Agnes Monica Matahariku
Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu, hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Ku harus relakanmu walau aku tak mau
* berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak, aku terdiam sepi
** dengarlah matahariku suara tangisanku
Ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu melakukan waktu
Repeat *
Dengarkanlah kau matahariku
Dengarlah matahariku suara tangisanku
Ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Repeat **
Khamis, 18 April 2013
MAJLIS RAYA PERTAMA BAGI BEKAS MURID SEK KEB SULTAN IDRIS II , KUALA KANGSAR, PERAK - 2011
kami batch 77-82 |
team member yg menjadikan memastikan majlis berjalan lancar |
batch 77-82 yg hadir raya sksi yg pertama |
batch 78-83 yg sentiasa bersama |
wakil dari pentadbiran SKSI II 2011 |
kemeriahan bersama di rasa |
my sweet cameraman |
senior yang menyokong |
super junior yang hadir menyerikan majlis |
ready to posing |
Rabu, 17 April 2013
TIME TO MEET AGAIN
inilah siswa DBS/DIB/DIA 88-91 ITM SRI MANJUNG, PERAK
yang hadir pada pertemuan di KELAB SHAH ALAM pada OKTOBER'2010
siswi DBS/DIB/DIA batch yg sama...tetap anggun dan ceria
VVIP ....EN ZUBIR (DBS), EN SHAMSURY (DIB) N PN RODZYIAH (ARCHITECTURE)
my great team member...Amir and King with our advisor En Shamsury
after 19 years graduate....managed to get them back together.

Selasa, 16 April 2013
MAKAN MALAM HOKI ITM SRI MANJUNG 1988 DALAM KENANGAN
gambar ini diambil pada tahun 1988 di ITM Sri Manjung, Perak sempena Makan Malam Hoki ITM Sri Manjung. ada satu persoalan yang baru terjawab . siapa punya angkara nama teman tetiba boleh masuk jadi ajk untuk dinner ni sedangkan sukan apa pun teman tak masuk apa lagi nak pegang kayu hoki. dah le tak kenal sesapa sebab semua senior.
sememangnya teman tak pernah lupa gemuruh malam ni. kelakar pun ada jugak bila diingatkan semula. macam alien duk dalam kelompok senior. adoi sape le yang nak kenakan teman agaknya. kalau ada yang perasan muka teman pucat lesi rasanya masa tu...
lebih 20 tahun tak de jawapan pada soalan teman tu. haru betul teman terkena awal-awal lagi. anyway happy gak dapat join senior-serior yang sporting. rupanya gambor teman jadi gadis misteri untuk jangkamasa yang sama. haha...kome memang terbaikkk

- sekarang...teman dah tahu kenapa. terima kasih untuk kenangan ini...yang teman ingat le, abang Pian, abang Rosidan, Kak Ani, Kak Raja Saliza, abang Hambali...yang lain kena tengok buku balik ...soriii
persoalan yang tak mungkin ada jawapan
perjalanan hidup ini terkadang penuh persoalan yang tak kita temui jawapan yang pasti. berkurun telah berlalu, namun masih tiada huraian pada persoalan yang tak terungkai. kadang-kadang kita merasakan kita temui titik baru dalam kehidupan kita, tapi sayangnya titik kelam itu tak bernyala.
bila kita membina harapan, kita mula bermimpi tentang indahnya kenyataan. sayangnya langit petang membawa mendung yang berpanjangan. di manakah silap langkah kita? termenung di jendela kala resah bertamu di hati kita. tak termampu mengolek mimpi di buaian indah. saat airmata menakung sepi itu, kita cuba halang kecewa bertamu, menidakkan kemarau jawapan tappi siapa kita?
andai tertulis jawapan itu bukan pengakhirnya, maka kita terpaksa teruskan pencarian atau melupakan. dan bila kita lelah, kita menghela nafas yang panjang seolah akhirannya punah.
setelah apa yang aku lalui selama ini, aku berhenti berlari. lari dari mencari jawapan yang hilang. lari dari masa lalu yang kini jadi sejarah. terasa begitu penat perjalanan selama ini. tersandung dan tersungkur walau berkali, aku masih bangun dan berdiri dan melangkah tanpa pasti.
kini, langkahku di sini.....masih mencongak simpang. tapi aku redho pada ketentuanNya. izinkahlah aku teruskan dengan apa yang tersisa, janganlah di sisihkan.

Sabtu, 13 April 2013
tawaku kian pudar
wajah pucat tak menampakkan seri
dalam redup pandang aku gelisah
menyelak mimpi
antara harapan permata dan tangisan hati
bilakah akan sinar
akan menampakkan diri
lemah berdiri
menongkah badai tanpa henti
dinding tabah ku terkoyak jua
ku tampal kanvas luka
tanpa janji sembuhnya
mampukah bertahan
benteng teguhku
selama mayaku ada
nurani tetap bernyawa
meniup membara

Isnin, 1 April 2013
redho itu indah
sejauh kembara hati
menyauk pelbagai umpanan hidup
kala cela
kala duka
saukkan tawa
saukkan kecewa
rantaian masa mengikat ku
dan yang terindah
hanya tawa di bibir
kala mata tak mampu ku layarkan
dalam bahtera mimpi
kalam ku menari
mengikut tari hati
di maya terukir indah
selari tuntutan
tapi
tika kalam ku patah
waktu kaki tersandung
tangis sepi tak mampu ku lindungi
merawat luka tertikam
andai aku pasrah
pasti luka ini terus merah
menyauk pelbagai umpanan hidup
kala cela
kala duka
saukkan tawa
saukkan kecewa
rantaian masa mengikat ku
dan yang terindah
hanya tawa di bibir
kala mata tak mampu ku layarkan
dalam bahtera mimpi
kalam ku menari
mengikut tari hati
di maya terukir indah
selari tuntutan
tapi
tika kalam ku patah
waktu kaki tersandung
tangis sepi tak mampu ku lindungi
merawat luka tertikam
andai aku pasrah
pasti luka ini terus merah
Khamis, 21 Mac 2013
Rabu, 20 Mac 2013
KEJORA KU
KEJORAKU.....
saat kau hadir kala malam ku
kau lenyapkan beribu nestapa yang bertamu
kau simpulkan akar resah
berpaksikan bintangmu
selorong rindu menadah sinarmu
tanpa gusar biasanmu
aku menanti tiap malam tiba
mengharap hadirnya kejora itu
saat kilaumu hilang
aku jadi resah
remuk bersimpul gundah
samar malam hari menakutkan
jangan pernah hilang wahai kejora
bila kakiku tak terasa memijak bumi
khayalan menakutkan
JANJIMU.....kilauan mu tak akan pernah hilang
kini ku tagih janjimu yang satu
terangilah malam ku
selagi ada nafasku
Selasa, 19 Mac 2013
lembaran baru di sebalik tangisku
rindu pada blog ni....lebih seminggu terlantar sakit, banyak perkara yang terlintas di benak hati. ujian yang dihadapi benar2 memperlihatkan keupayaan diri menerima semampu dan setabah mungkin mengharungi dugaan ini. nyatanya aku tidak miskin kasih sayang.
bantuan jiran tetangga. doa dari rakan2....malah mempertemukan persahabatan yang lebih 27 tahun terpisah. mulanya aku rasa kecewa dan sedih menerimanya tapi apa yang berlaku dalam 10 hari ni memberikan satu kekuatan dan semangat untuk terus berdiri dan melangkah tanpa menoleh lagi.
Endometrosis stage 1....tak akan jadi penghalang bagiku. aku yakin, ada sinar menanti di akhirnya.

Selasa, 5 Mac 2013
sauh cintamu ku labuhkan akhirnya
andai di penghujung persimpangan
erpaksa aku labuhkan sauh cinta
maafkanlah
bukan kerna cinta ku dusta
bukan kerna kau ku benci
bukan kerna aku terluka
fahamilah
kerna takdir menentukan
untuk aku memiliki sebahagian
dan aku permisi
demi meneruskan perjalanan
untuk ku dan permataku
biarpun
saat wajahmu hilang dari pandangan
aku tahu tiada pertemuan lagi
dalam duka yang bersarang
aku redho melepaskan
ku sedari saat manis telah pergi
ku yakini langkah ini
di persimpangan
meskipun kenangan
berat tuk ku lepaskan
izinkanlah
ku simpan memori cintamu
sehingga ke hujung nafas terakhirku
erpaksa aku labuhkan sauh cinta
maafkanlah
bukan kerna cinta ku dusta
bukan kerna kau ku benci
bukan kerna aku terluka
fahamilah
kerna takdir menentukan
untuk aku memiliki sebahagian
dan aku permisi
demi meneruskan perjalanan
untuk ku dan permataku
biarpun
saat wajahmu hilang dari pandangan
aku tahu tiada pertemuan lagi
dalam duka yang bersarang
aku redho melepaskan
ku sedari saat manis telah pergi
ku yakini langkah ini
di persimpangan
meskipun kenangan
berat tuk ku lepaskan
izinkanlah
ku simpan memori cintamu
sehingga ke hujung nafas terakhirku
yang nyata itu pasti
tak terlangkah kakiku
menuju pusaramu
andai ini yang terakhir buatku
walaupun nyata
kau ....aku
telah lama dipisahkan dari nyata
sesekali
hadirmu terasa
mengguris kembali rindu
sesungguhnya
tiap kali dedaun rindu terkuak
aku rebah mendakap sendu
dan bila
sayang itu terbiar
di awangan rindu
tak mungkin segar semula
dan bila
kasihnya terhiris
sembilu luka
meskipun halus menusuk
ngilunya terasa
di maya
darahnya tak terlihat pandang
di nyata
wujudnya tiada
pejamlah wahai mata
ikhlaskanlah...................
menuju pusaramu
andai ini yang terakhir buatku
walaupun nyata
kau ....aku
telah lama dipisahkan dari nyata
sesekali
hadirmu terasa
mengguris kembali rindu
sesungguhnya
tiap kali dedaun rindu terkuak
aku rebah mendakap sendu
dan bila
sayang itu terbiar
di awangan rindu
tak mungkin segar semula
dan bila
kasihnya terhiris
sembilu luka
meskipun halus menusuk
ngilunya terasa
di maya
darahnya tak terlihat pandang
di nyata
wujudnya tiada
pejamlah wahai mata
ikhlaskanlah...................
Jumaat, 22 Februari 2013
cinta itu tetap indah
menjadi yang terindah bukan mudah
menjadi yang abadi bukan mimpi
cinta tak hadir sebagai beban di hati
cinta bukan hadir untuk menumpang kasih
cinta adalah anugerah
kurniaan yang Esa
andai satu saat indahhnya terasa
jangan pernah khianati ruang rasa
izinkanlah ia menakluk luka
kiranya hati tak mampu mengendong
leraikanlah tanpa cemar
cinta tak mesti bersatu
tapi kasih tetap abadi untukmu
menjadi yang abadi bukan mimpi
cinta tak hadir sebagai beban di hati
cinta bukan hadir untuk menumpang kasih
cinta adalah anugerah
kurniaan yang Esa
andai satu saat indahhnya terasa
jangan pernah khianati ruang rasa
izinkanlah ia menakluk luka
kiranya hati tak mampu mengendong
leraikanlah tanpa cemar
cinta tak mesti bersatu
tapi kasih tetap abadi untukmu
Sabtu, 16 Februari 2013
Kaer - Izinkan Ku Pergi
Sinaran mata cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam
Duka lara terpendam
Memori semalam
Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya abadi kasih kita
Kau bawa bersama
Tiada kembalinya abadi kasih kita
Kau bawa bersama
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya
Pergilah rinduku hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung derita dikalbu
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku
Tak sanggup menanggung derita dikalbu
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku
Tersemat jiwa setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu tahunnya
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya
Cinta murni berdua
Beribu tahunnya
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya
Pergilah rinduku hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung derita di kalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana dia tiada niatku…
Tak sanggup menanggung derita di kalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku
Membara kerana dia tiada niatku…
Pergilah sayangku
Bermula semula semangat cintaku membara
kerana dia tiada niatku…
maafkan daku duhai kasih izinkan ku pergi…
Bermula semula semangat cintaku membara
kerana dia tiada niatku…
maafkan daku duhai kasih izinkan ku pergi…
Khamis, 14 Februari 2013
andai ini ketentuanku
Pada Mu Yang Maha Mendengar
berikanlah aku secebis kekuatan
untuk mengharung getiran yang tak lekang
sesungguhnya sarat hati menanggung beban
ku paksa langkah menongkah badai
dalam tawa ku sembunyi
beribu duka dan resah
dan saat ini
aku longlai sendiri
tak mampu berdiri lagi
lesuku tak bermaya
bagai jasad hilang nyawa
tak terdaya menongkat mimpi
ku biar berlalu pergi
andai nokhtahnya di sini
berikanlah kesempatan
untuk ku lepaskan
seribu rasa yang terpendam
di hujung kalimahMu
berkatilah aku
di saat-saat terakhirku

Selasa, 12 Februari 2013
Isnin, 11 Februari 2013
Ajai & Kris Dayanti - perlu kamu
Perlu Kamu :
Saat ini
Ku cerita
Isi hati segala rahsia
Aku rindu
Aku perlu
Hati kamu terukir namaku
Aku tahu
Aku rindu
Aku perlu mengenali kamu
Biar masa bercerita
Kau takkan hilang aku sayang
Chorus :
Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu
Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangi…
Both:
Biar nyata
Aku setia
Janji cinta tentunya berbeda
Maafkan lah salah kita
Biar benci
Ku tetap di sisi
Chorus :
Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu
Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup….
Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu
Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangi…
Aku perlu
Aku rindu
Sabtu, 2 Februari 2013
dedebu rindu
dan di saat aku melapah resah
kenangan indah itu bertamu
menapak di laman hati
dan ku kunci
dedebu rindu yang melitupi
ku hambur celahan reranting menyelit
ruang yang berbaki terkambus
aku ....tuaian dari mimpi berabad
pelangi yang bermusin kelam
bersinar dan bercahaya indah
di lakaran hati
kenangan indah itu bertamu
menapak di laman hati
dan ku kunci
dedebu rindu yang melitupi
ku hambur celahan reranting menyelit
ruang yang berbaki terkambus
aku ....tuaian dari mimpi berabad
pelangi yang bermusin kelam
bersinar dan bercahaya indah
di lakaran hati
Ahad, 27 Januari 2013
jejak beralas
selangkah ini....aku tinggalkan tapak hati yang lara
menjinjit rindu di senja yang berlabuh
pelangi petang kian pudar warna
di baham petir senja
merangkak pergi rengekkan pilu
di garis masa itu
lopak tenang terhaus dahagakan rindu
kemelut di muara hati
ku jahit terpatri
ku jejak kejora hati
selagi sinarnya menerangi malamku
ku naungi payung hati
dalam redup rindunya
menjinjit rindu di senja yang berlabuh
pelangi petang kian pudar warna
di baham petir senja
merangkak pergi rengekkan pilu
di garis masa itu
lopak tenang terhaus dahagakan rindu
kemelut di muara hati
ku jahit terpatri
ku jejak kejora hati
selagi sinarnya menerangi malamku
ku naungi payung hati
dalam redup rindunya
Selasa, 22 Januari 2013
MELODI HATI
selangkah ini aku tinggalkan tapak hati yang lara
Menjinjit rindu di senja yang berlabuh
Pelangi petang kian pudar warna
Di baham petir senja
Merangkak pergi rengekkan pilu
Di garis masa itu
Lopak terhaus dahagakan rindu
Kemelut di muara hati
Ku jahit rapi terpatri
Ku jejak kejora hati
Hingga ke penghujung nafas ini
Buaian hati menyahut lagu
Lagu tari seninya halus
Ungkapan itu beralun jua
Ku terjah maya pada
Melakar seribu impian
Dari mimpi semalam
Menjinjit rindu di senja yang berlabuh
Pelangi petang kian pudar warna
Di baham petir senja
Merangkak pergi rengekkan pilu
Di garis masa itu
Lopak terhaus dahagakan rindu
Kemelut di muara hati
Ku jahit rapi terpatri
Ku jejak kejora hati
Hingga ke penghujung nafas ini
Buaian hati menyahut lagu
Lagu tari seninya halus
Ungkapan itu beralun jua
Ku terjah maya pada
Melakar seribu impian
Dari mimpi semalam
Isnin, 21 Januari 2013
Sayang - shae
Lirik Lagu Sayang – SHAE
Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu
Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu
[Ulang dari awal]
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu
Jangan ragukan cintaku
Percaya sayangku
Jaga hatimu untukku
Ku menyayangimu
Semangat hidupku
Ku tetap untukmu
Cintaku selalu milikmu
2 TAHUN BERLALU DALAM SEPI
begitu cepat masa berlalu tanpa ku sedari ........21hb Januari tiba lagi. Ya Allah, sudah 2 tahun pemergiannya. Membawa bersama deritanya dan meninggalkan kami seadanya dalam rindu dan kenangan yang tak pernah padam.
Deritanya berakhir jua...perjalanan ku teruskan tanpa janji yang pasti. Biar pun tangis itu terhenti, biar luka terjahit sudah, namun rindu itu tak pernah berkubur. Hari ini, aku masih sendiri menjalani hidup yang penuh likuan bersama 3 orang permata hatiku tanpanya di sisi. Saat rindu itu datang bertamu, aku rebah seketika terkenang detik jasadmu di pisahkan dari pandanganku buat selamanya.
Dirimu masih ada dalam diriku. Jauh ku kunci cintamu di dasar hati yang semakin kental berdepan dugaan di dunia nyata. Cintaku....saat pemergianmu ku rasakan segalanya telah lenyap....disentap sekelip mata. Dalam tangis dan sendu berbekal secebis kecekalan yang tersisa, aku bangun dalam serba kepayahan , merawat duka di hati, menyapu airmata yang berderai tanpa henti dan melabuhkan rindu yang tak bertepi pada doaku untukmu.
Aku terima kenyataannya....kau tak akan kembali lagi. Dan saat ini, kesepian menjemput rindumu. Aku redho dengan ketentuanNya. Saat rindu ini sarat ku bendung dalam sepi yang membungkam hati pada kenangan bersamamu, aku cuba membina impian di garis rindu yang tak akan ada hujungnya. Cinta itu tak akan berlabuh. Rindu itu tak akan surut. Di mana jua diri ini ku bawa.....dirimu telah ku sulam di hati.
Ia akan di situ selamanya kerna aku tak pernah khianati cinta ku padamu selama aku di sisimu. Semadilah dengan tenang di sana. Satu ketika nanti aku jua akan bertamu di sana. Hingga tiba masanya....ku panjatkan doakan untukmu semoga tempatmu abadi di sana di samping KekasihNya..............Al-fatihah buat cintaku yang pergi "ALLAHYARHAM ISMA'AIL BIN HASSAN-21/1/2011"
Jumaat, 18 Januari 2013
debunga wangi
kiranya aku menyusun lelah ini
di jejak penantian bermusim
dalam sendu keterpaksaan
ku ukir sekuntum senyum
di bawah sinar kejora
membingkai kasih bersemi
lewat perjalanan berliku
........malamku kelam tanpa bintang hati
sedang janji menanti
hati.....bagai debunga wangi
mengharum jiwa yang lara
mengabui warna duka
.......siangku berteman rindu
harapan dan mimpi yang di bawa
tersandung dan rebah
tak terbilang sudah
bukan mengalah....
sekadar melepas lelah
menyahut nafas baru
di titik penyambungnya

Isnin, 14 Januari 2013
epilog mimpi
ku selimutkan duka bersarang
di celah dedauan rindu
segalur sepi menyelit resah
sesepi mawar yang layu kelopaknya
terlerai satu persatu
leraian mimpi yang bertamu
menjadi astaka buat ku
membenteng bahgia
di hujung usia
di celah dedauan rindu
segalur sepi menyelit resah
sesepi mawar yang layu kelopaknya
terlerai satu persatu
leraian mimpi yang bertamu
menjadi astaka buat ku
membenteng bahgia
di hujung usia
Selasa, 8 Januari 2013
ELEGI SEPI
<iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/5J-ZOynGT8Q" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
Isnin, 7 Januari 2013
MENILAI DIRI KITA
Syukur alhamdulillah, semua kita bertuah sebenarnya kerna diberi ruang dan peluang untuk menikmati hidup ini seusia kita kini. Yang membezakan kita mungkin likuan yang kita tempuhi.
Dilahirkan dari rahim seorang ibu....kita punya seorang ibu dan seorang bapa yang pasti. Walaupun tanpa kehadiran mereka ia tak akan merubah kenyataan yang satu. samada kita dibesarkan dalam kemewahan atau kepayahan bukanlah ukuran kasih sayang yang kita terima.
Setiap kita punya cerita hidup tersendiri untuk kita kongsikan dengan anak cucu kita sebagai panduan atau sebagai memori yang berharga. Jauh di sudut hati kita, kita ingin kan kesempurnaan untuk segalanya. Tapi teman, kesempurnaan bukanlah segalanya. Kekurangan juga melengkapkan keseluruhan hidup kita.
Janganlah kita jadikan pangkat atau darjat membina jurang jauh antara kita . Lihatlah ke bawah pada yang tertinggal jauh dari menikmati apa yang kita ada. Mensyukuri apa yang kita miliki hari ini adalah yang terbaik untuk dilakukan kerna seandainya DIA mahu mengambilnya, maka sekelip mata segalanya akan hilang.
Kita masih punya ruang untuk menginsafi kesilapan dan membetulkan diri. Kerna setiap detik yang datang itu harganya terlalu tinggi untuk diniagakan. Hargai apa yang ada di sekeliling kita dan menerima seadanya kekurangan orang lain yang melengkapi perjalanan hidup kita...

Langgan:
Catatan (Atom)