Isnin, 29 April 2013

ikhlas atau dipaksa bukan persoalan

semalam Ahad 28/4/2013....belia wawasan Tmn Desa Mutiara, Jb membuat kerja amal bergotong-royong bersama Pegawai polis dari balai Dato Onn membersihkan tanah perkuburan  Islam Kangkar Tebrau.  Semangat anak2 muda ini samada mereka ikhlas atau dipaksa tak perlu le dipertikaikan.  setiap kali majlis tahlil atau apa juga bantuan yg memerlukan tenaga atau kehadiran mereka pasti ada.

    dalam hidup kita yang tak tahu bila panggillan itu tiba, syukurilah apa jua kurniaanNya pada kita walau sekecil mana sekalipun.  tak memiliki kekayaan atau pangkat tak bermakna kita tak punya.  ikhlaskan diri kita menerima dan memberi.  keterpaksaan hanya akan memagari ketenangan.

satu saat kita memandang batu nisan itu tertulis nama seseorang...seseorang itu mungkin kenalan, saudara atau yang tersayang.  ketika airmata kita mengalir merasai kehilangan yang pedih itu, mungkin ia akan mengguris luka di hati.  hanya dengan redho kita mampu tenang.

tanpa paksa kita perlu terima hakikat satu saat jua, nama kita juga akan terukir abadi di situ........

Isnin, 22 April 2013

Agnes Monica Matahariku




Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu, hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Ku harus relakanmu walau aku tak mau

* berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak, aku terdiam sepi

** dengarlah matahariku suara tangisanku
Ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu melakukan waktu

Repeat *

Dengarkanlah kau matahariku

Dengarlah matahariku suara tangisanku
Ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku

Repeat **

Khamis, 18 April 2013

MAJLIS RAYA PERTAMA BAGI BEKAS MURID SEK KEB SULTAN IDRIS II , KUALA KANGSAR, PERAK - 2011

kami batch 77-82
team member yg menjadikan memastikan majlis berjalan lancar
untuk pertama kali dalam sejarah sekolah, kami berjaya menganjuran majlis raya pertama bagi bekas murid dan guru SEK KEB SULTAN IDRIS II, KUALA KANGSAR, PERAK.  majlis ini telah berjaya menghimponkan lebih 70 orang bekas pelajar dan bekas guru.  diraikan bersama guru2 SKSI II ketika ini dan anak2 yatim.  penghargaan buat rakan2 batch 82 dan 83 yg menjadi teraju utama MAJLIS PERMUAFAKATAN BEKAS MURID DAN GURU SKSI II KUALA KANGSAR .  dan kepada semua rakan2 dan guru2 serta bekas guru yang menyokong kami.
batch 77-82 yg hadir raya sksi yg pertama

batch 78-83 yg sentiasa bersama


wakil dari pentadbiran SKSI II 2011

kemeriahan bersama di rasa
my sweet cameraman

senior yang menyokong
kenangan paling manis bersama mereka semua.  the first come back after 11 years. it was very sucessful lifetime event. it meant so much to me.

super junior yang hadir menyerikan majlis
berkumpul generasi lama dan baru tanpa segan bertemu, inilah kebanggaan anak didik SKSI II, KUALA KANGSAR

ready to posing

Rabu, 17 April 2013

TIME TO MEET AGAIN

inilah siswa DBS/DIB/DIA 88-91 ITM SRI MANJUNG, PERAK
yang hadir pada pertemuan di KELAB SHAH ALAM pada OKTOBER'2010


siswi DBS/DIB/DIA batch yg sama...tetap anggun dan ceria
VVIP ....EN ZUBIR (DBS), EN SHAMSURY (DIB) N PN RODZYIAH (ARCHITECTURE)
my great team member...Amir and King with our advisor En Shamsury



after 19 years graduate....managed to get them back together. 

Selasa, 16 April 2013

MAKAN MALAM HOKI ITM SRI MANJUNG 1988 DALAM KENANGAN

gambar ini diambil pada tahun 1988 di ITM Sri Manjung, Perak sempena Makan Malam Hoki ITM Sri Manjung.   ada satu persoalan yang baru terjawab .  siapa punya angkara nama teman tetiba boleh masuk jadi ajk untuk dinner ni sedangkan sukan apa pun teman tak masuk apa lagi nak pegang kayu hoki.  dah le tak kenal sesapa sebab semua senior.  

sememangnya teman tak pernah lupa gemuruh malam ni.  kelakar pun ada jugak bila diingatkan semula. macam alien duk dalam kelompok senior.  adoi sape le yang nak kenakan teman agaknya.  kalau ada yang perasan muka teman pucat lesi rasanya masa tu...

lebih 20 tahun tak de jawapan pada soalan teman tu. haru betul teman terkena awal-awal lagi.  anyway happy gak dapat join senior-serior yang sporting. rupanya gambor teman jadi gadis misteri untuk jangkamasa yang sama.  haha...kome memang terbaikkk

  • sekarang...teman dah tahu kenapa.  terima kasih untuk kenangan ini...yang teman ingat le, abang Pian, abang Rosidan, Kak Ani, Kak Raja Saliza, abang Hambali...yang lain kena tengok buku balik ...soriii

persoalan yang tak mungkin ada jawapan

     perjalanan hidup ini terkadang penuh persoalan yang tak kita temui jawapan yang pasti.  berkurun telah berlalu, namun masih tiada huraian pada persoalan yang tak terungkai. kadang-kadang kita merasakan kita temui titik baru dalam kehidupan kita, tapi sayangnya titik kelam itu tak bernyala.

     bila kita membina harapan, kita mula bermimpi tentang indahnya kenyataan.  sayangnya langit petang membawa mendung yang berpanjangan.  di manakah silap langkah kita? termenung di jendela kala resah bertamu di hati kita. tak termampu mengolek mimpi di buaian indah.  saat airmata menakung sepi itu, kita cuba halang kecewa bertamu, menidakkan kemarau jawapan tappi siapa kita?

     andai tertulis jawapan itu bukan pengakhirnya, maka kita terpaksa teruskan pencarian atau melupakan.  dan bila kita lelah, kita menghela nafas yang panjang seolah akhirannya punah.

     setelah apa yang aku lalui selama ini, aku berhenti berlari. lari dari mencari jawapan yang hilang.  lari dari masa lalu yang kini jadi sejarah.  terasa begitu penat perjalanan selama ini.  tersandung dan tersungkur walau berkali, aku masih bangun dan berdiri dan melangkah tanpa pasti.

     kini, langkahku di sini.....masih mencongak simpang.  tapi aku redho pada ketentuanNya.  izinkahlah aku teruskan dengan apa yang tersisa, janganlah di sisihkan.

Sabtu, 13 April 2013

tawaku kian pudar

wajah pucat tak menampakkan seri
dalam redup pandang aku gelisah
menyelak mimpi
antara harapan permata dan tangisan hati
bilakah akan sinar
akan menampakkan diri

lemah berdiri
menongkah badai tanpa henti
dinding tabah ku terkoyak jua
ku tampal kanvas luka
tanpa janji sembuhnya

mampukah bertahan
benteng teguhku
selama mayaku ada
nurani tetap bernyawa
meniup membara

Isnin, 1 April 2013

redho itu indah

sejauh kembara hati
menyauk pelbagai umpanan hidup
kala cela
kala duka
saukkan tawa
saukkan kecewa
rantaian masa mengikat ku
dan yang terindah
hanya tawa di bibir
kala mata tak mampu ku layarkan
dalam bahtera mimpi
kalam ku menari
mengikut tari hati
di maya terukir indah
selari tuntutan
tapi
tika kalam ku patah
waktu kaki tersandung
tangis sepi tak mampu ku lindungi
merawat luka tertikam
andai aku pasrah
pasti luka ini terus merah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...