Ahad, 27 Januari 2013

jejak beralas

selangkah ini....aku tinggalkan tapak hati yang lara
menjinjit rindu di senja yang berlabuh
pelangi petang kian pudar warna
di baham petir senja
merangkak pergi rengekkan pilu
di garis masa itu
lopak tenang terhaus dahagakan rindu
kemelut di muara hati
ku jahit terpatri
ku jejak kejora hati
selagi sinarnya menerangi malamku
ku naungi payung hati
dalam redup rindunya

Selasa, 22 Januari 2013

MELODI HATI

selangkah ini aku tinggalkan tapak hati yang lara
Menjinjit rindu di senja yang berlabuh
Pelangi petang kian pudar warna
Di baham petir senja
Merangkak pergi rengekkan pilu
Di garis masa itu

Lopak terhaus dahagakan rindu
Kemelut di muara hati
Ku jahit rapi terpatri
Ku jejak kejora hati
Hingga ke penghujung nafas ini

Buaian hati menyahut lagu
Lagu tari seninya halus
Ungkapan itu beralun jua
Ku terjah maya pada
Melakar seribu impian
Dari mimpi semalam
"rerama ini tidak akan hinggap dan berlalu saja
 rerama ini tumpang hinggap di dahan sehingga luruh kepaknya"

tapi kini, rerama itu berlalu pergi dan hilang sekelip mata sebelum dahan itu patah jua

Isnin, 21 Januari 2013

Sayang - shae








Lirik Lagu Sayang – SHAE


Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

[Ulang dari awal]

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Jangan ragukan cintaku
Percaya sayangku
Jaga hatimu untukku
Ku menyayangimu
Semangat hidupku
Ku tetap untukmu
Cintaku selalu milikmu

2 TAHUN BERLALU DALAM SEPI

begitu cepat masa berlalu tanpa ku sedari ........21hb Januari tiba lagi.  Ya Allah, sudah 2 tahun pemergiannya.  Membawa bersama deritanya dan meninggalkan kami seadanya dalam rindu dan kenangan yang tak pernah padam.  

Deritanya berakhir jua...perjalanan ku teruskan tanpa janji yang pasti.  Biar pun tangis itu terhenti, biar luka terjahit sudah, namun rindu itu tak pernah berkubur.  Hari ini, aku masih sendiri menjalani hidup yang penuh likuan bersama 3 orang permata hatiku tanpanya di sisi.  Saat rindu itu datang bertamu, aku rebah seketika terkenang detik jasadmu di pisahkan dari pandanganku buat selamanya. 

 Dirimu masih ada dalam diriku.  Jauh ku kunci cintamu di dasar hati yang semakin kental berdepan dugaan di dunia nyata.  Cintaku....saat pemergianmu ku rasakan segalanya telah lenyap....disentap sekelip mata.  Dalam tangis dan sendu berbekal secebis kecekalan yang tersisa, aku bangun dalam serba kepayahan , merawat duka di hati, menyapu airmata yang berderai tanpa henti dan melabuhkan rindu yang tak bertepi pada doaku untukmu. 

 Aku terima kenyataannya....kau tak akan kembali lagi.  Dan saat ini, kesepian menjemput rindumu.  Aku redho dengan ketentuanNya.  Saat rindu ini sarat ku bendung dalam sepi yang membungkam hati pada kenangan bersamamu, aku cuba membina impian di garis rindu yang tak akan ada hujungnya.  Cinta itu tak akan berlabuh. Rindu itu tak akan surut.  Di mana jua diri ini ku bawa.....dirimu telah ku sulam di hati. 

 Ia akan di situ selamanya kerna aku tak pernah khianati cinta ku padamu selama aku di sisimu.  Semadilah dengan tenang di sana.  Satu ketika nanti aku jua akan bertamu di sana.  Hingga tiba masanya....ku panjatkan doakan untukmu semoga tempatmu abadi di sana di samping KekasihNya..............Al-fatihah buat cintaku yang pergi                  "ALLAHYARHAM ISMA'AIL BIN HASSAN-21/1/2011"








Jumaat, 18 Januari 2013

debunga wangi

kiranya aku menyusun lelah ini
di jejak penantian bermusim
dalam sendu keterpaksaan
ku ukir sekuntum senyum
di bawah sinar kejora
membingkai kasih bersemi
lewat perjalanan berliku
........malamku kelam tanpa bintang hati
sedang janji menanti
hati.....bagai debunga wangi
mengharum jiwa yang lara
mengabui warna duka
.......siangku berteman rindu
harapan dan mimpi yang di bawa
tersandung dan rebah
tak terbilang sudah
bukan mengalah....
sekadar melepas lelah
menyahut nafas baru
di titik penyambungnya

Isnin, 14 Januari 2013

epilog mimpi

ku selimutkan duka bersarang
di celah dedauan rindu
segalur sepi menyelit resah
sesepi mawar yang layu kelopaknya
terlerai satu persatu
leraian mimpi yang bertamu
menjadi astaka buat ku
membenteng bahgia
di hujung usia

Isnin, 7 Januari 2013

MENILAI DIRI KITA

Syukur alhamdulillah, semua kita bertuah sebenarnya kerna diberi ruang dan peluang untuk menikmati hidup ini seusia kita kini.  Yang membezakan kita mungkin likuan yang kita tempuhi.

Dilahirkan dari rahim seorang ibu....kita punya seorang ibu dan seorang bapa yang pasti.  Walaupun tanpa kehadiran mereka ia tak akan merubah kenyataan yang satu.  samada kita dibesarkan dalam kemewahan atau kepayahan bukanlah ukuran kasih sayang yang kita terima.

Setiap kita punya cerita hidup tersendiri untuk kita kongsikan dengan anak cucu kita sebagai panduan atau sebagai memori yang berharga.  Jauh di sudut hati kita, kita ingin kan kesempurnaan untuk segalanya.  Tapi teman, kesempurnaan bukanlah segalanya.  Kekurangan juga melengkapkan keseluruhan hidup kita.

Janganlah kita jadikan pangkat atau darjat membina jurang jauh antara kita .  Lihatlah ke bawah pada yang tertinggal jauh dari menikmati apa yang kita ada.  Mensyukuri apa yang kita miliki hari ini adalah yang terbaik untuk dilakukan kerna seandainya DIA mahu mengambilnya, maka sekelip mata segalanya akan hilang.

Kita masih punya  ruang untuk menginsafi kesilapan dan membetulkan diri.  Kerna setiap detik yang datang itu harganya terlalu tinggi untuk diniagakan.   Hargai apa yang ada di sekeliling kita dan menerima seadanya kekurangan orang lain yang melengkapi perjalanan hidup kita...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...