Rabu, 2 September 2015

PERMATA

Permataku  ..

Kiranya tiada lagi
ungkapan bisa ku tuturkan
bukan bererti kasihku hilang.
Andainya tawa itu tak lagi kelihatan, bukan bermakna senyum ku jua pudar.

Tapi....sekiranya airmata itu
Tak mampu mengalir lagi
Fahami lah tentang nya
Renungilah mata nya
Masih ada kah sinar itu
Masih ada kah sisa tawa berbaki

Cungkil lah
Rahsia hati lara nya
Berabad memendam duka sendiri
Berabad menangis di bahu aendiri

Tapi
Jika waktu itu tak akan pernah tiba
Jangan sekali sesalan berbunga
Tak tertuai janji ku jua

Kini kata tak mampu lagi
Bersusun menjadi puitis
Tiada lagi gurisan kasih
Terlakar di wajah kasih

Permata....
Saat ini kata akhir bermukim
Saat ini kolam hati berkambus lagi
Saat ini aku permisi
Tanpa peaan lagi

Selasa, 1 September 2015

sementara masih ada

Yang terindah bukan ucapan
Dalam doa titipan rasa
Biar nadi getarannya sama
Biar luka tak nampak di nyata
Biar penantian tiada nokhtahnya

Mungkin tak bererti
selamanya
Mengikhlaskan diri
Mencuba memahami
Biar di buang jauh
Tiada benci bertakhta

Andai tiada bebayang lagi
Hati kian memahami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...