Khamis, 30 Jun 2011

HULURKAN

Seorang ibu tua tersandar kelesuan....di tembok kesibukan arus dunia. Wajahnya menggambar seribu duka bersulam cerita. Aku menghampiri sekujur tubuh berselindung di sebalik bebayang terik matahari. Ku cuba dekati penuh ihsan di hati. Ibu tua itu tersenyum....Oh Tuhan, indahnya seraut wajah polos itu.

Kenapa ibu di sini?....tanyaku penuh mesra. Ibu tak mahu menyusahkan anak-anak. Terdiam sejenak aku mendengarnya.

Di manakah ibu kita kini? Setiakah kita memanggilnya ibu? Taatkah kita pada hubungan yang tak terputus? Solehah kita untuk dia? Atau mungkinkah kita dah terlambat untuk membetulkan langkah dan bicara padanya?

Mungkin....kesalan telah berlabuh di nisannya. Hulurkanlah.......sekalung kasih padanya andai dia masih bernyawa. Hulurkanlah belaian jemarimu pada tubuh sakitnya kerana itulah penawarnya.

Tapi andai nisan terpahat ukiran namanya......sedekahkanlah ia doa dan Al-Fatihah yg berpanjangan. Hulurkan egomu ke lubuk paling jauh jika kesalan berputik di hati.


BILA HATI BERBISIK

hari ini ku usap tangis lesuku
ku simpul luka yang bertamu
telah ku timbus lopak airmataku kelmarin

bingkas ku bangun bersama seruan azan
menyahut panggillan dengan hati yang tenang
bagai ada sesuatu yang menyeru
menyentuh lembut naluri wanitaku

hanya senyum yang mampu mentafsir gambaran hati
ku lihat camar terbang tinggi membawa harapan yang belum pasti
menyusun jejak mentari pagi....
menyusur tebing sebuah rindu.....
ku bina secangkir harapan
menyemai benih impian...
ku sirami mawar berduri
akan ku nanti suria pagi
membawa bingkisan penuh pasti
bisakah aku miliki?



Isnin, 27 Jun 2011

MENCARI IDENTITI

Anak-anak zaman ini banyak terdedah pada kemajuan sains dan teknologi. Pembangunan sahsiah rohani dan jasmani secara keseluruhannya dipengaruhi oleh faktor keseimbangan di sekeliling kita. Semakin kita berusaha mencapai apa yang dinamakan cita-cita dan kehendak selagi itulah kita akan terus berusaha dan terdorong untuk menggapainya.

Tetapi sedarkah kita ada waktunya kita keciciran sesuatu? Kerana terlalu mengejar impian, memenuhi keperluan, kita membiarkan anak-anak membesar dengan arus perubahan dan pengaruh gaya hidup zaman moden tanpa kita alaskan tatabahasa, keperibadian, tingkah laku mereka dengan budaya Melayu kita dan menyerah kepada pihak sekolah mendidik jiwa mereka dengan agama dan etika kemelayuan.

Cuba kita pandang seorang remaja di jalanan... pakaiannya, langkahnya, tutur katanya dan pergaulannya. Bolehkah kita kategorikan si remaja itu mengikut budaya kemelayuan atau sebaliknya? Sebenarnya mereka sendiri celaru dalam maksud identiti kemelayuan dan Islam.
Tapi sampai bilakah mereka ini akan terus mencari ? Atau mereka sebenarnya tidak pernah ambil pusing apa jua sekalipun? Dan kita hanyalah sekadar menjadi pemerhati yang setia dalam keruntuhan jati diri anak Melayu.....

Sabtu, 25 Jun 2011

CINTA, KASIH DAN SAYANG

Setiap insan pasti melalui satu saat di mana ia akan jatuh cinta, menyintai, menyayangi dan mengasihi. Dan setiap diri itu memiliki anugerah tersendiri. Seorang ibu menyimpan kasih dan sayang yang tak ternilai untuk anak-anaknya. Sang isteri memiliki cinta agung buat seorang suami. Seorang datuk dan nenek mempunyai sayang yang berbeza pada cucunya.

Yang pastinya kita dianugerahkan perasaan yang cukup hebat untuk ditafsirkan. Tapi apakah sebenarnya cinta itu wujud? Terkadang aku terfikir meredah percintaan berkali-kali itu adakah sebenarnya cinta? Mampukah cinta itu bertahan? Aku pernah menempuh pengalaman bercinta melalui internet dan akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Semuanya bagai satu mimpi yang tak pernah dipinta. Kebahagiaan itu bukanlah letaknya pada harta atau pangkat. Tapi ketulusan hati menerima dan memberi cinta itu adalah asasnya.

Nokhtah Cinta




Lirik Lagu Nokhtah Cinta

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran

Ternyata kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya

Korus
Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku di perlukan

Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini
Perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya

SEINDAH MENTARI PAGI

Hari ini aku bisa mengukir sebuah senyuman paling tulus dari sudut hati yang paling dalam. Entah kenapa segalanya bagaikan indah buatku. Pencapaian anak-anak dalam pelajaran biarpun tidaklah terlalu cemerlang tapi membanggakan. Aku bersyukur dengan anugerah Tuhan yang maha agung.

Bukan semua orang mampu menempuhi apa yang aku lalui. Hari ini hati ini rasa yakin dengan kemampuan diri. Melihat anak-anak membesar di depan mata dengan harapan pengorbanan ini tidak sia-sia. Melihat sekeliling begitu ramai anak-anak yang punya ibu dan bapa tetapi hidupnya tiada arah. Kenapa semua ini terjadi pada anak bangsa kita? Sayangnya bila sesuatu berlaku barulah kita menyedari di mana salah kita.

Hari ini aku mula belajar menghargai diri sendiri. Belajar merasai cinta dalam diri dan belajar memahami bahasa hati. Mentari yang hadir pagi ini menyakinkan aku.....sentiasa ada ruang di hati untuk diisi.

Jumaat, 24 Jun 2011

Kisah Hati







Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

PERJALANAN SEPI SEORANG PERINDU

Sejak kecil aku menjadi perindu yang setia. Sang perindu yang setia menanti hadirnya satu detik untuk dinikmati penuh bahgia. Menjadi kesayangan ayahanda bukanlah kemegahanku. Syukur alhamdulillah aku diberi kelebihan dalam pelajaran. Hari demi hari aku meniti hidup sebagai perindu. Kala itu, aku tidak tahu pada siapakah rindu ini harus aku labuhkan.

Dari kehancuran sebuah perkahwinan ku bina semula mahligai rumahtangga yang baru....namun rindu itu belum juga terpadam. 23 tahun lamanya kau mencari jawapan . Aku meniti hidup dibelenggu rindu yang menikam kalbu. Satu persatu ku singkap diari hidup...aku pasrah pada ketentuanNya hingga akhirnya 2 tahun yang lalu rinduku berlabuh di pusaranya.

Ku sangka rindu itu pergi bersamanya.....namun ia masih setia terpahat di hati hingga bersulam pula rindu yang ditinggalkan oleh tersayang. Kuatkah aku atau sekadar melepas lelah ....

Khamis, 23 Jun 2011

LOVE AND LIFE

The most beautiful things in life are love. Love is subjective. Worldwide definition is about heart. Nothing can be compared to the true love. But so hard to find in these years.....only the right person have the chance to feel the truth of love.


We run our life passing through each stage of age...growing and learn new things and experiences many moments together or sometimes alone by ourselves. When we talk about life and love its means something to each individual in this world. For me love is my life. I stay alive coz of love. The magic of love is a miracle for me. It's so beautiful, fantastic, romantic, happy time and sad time....laughing, crying and screaming. All includes in my dream of love.


I had a very grate moment with my late husband. He taught me the way of love should be. Appreciation, be together almost each second we have. Never b apart no matter what it takes. Since I married to him 6/11/1999.... I never let him go. Away from me with no reason till the end of his life. I hold his hand till the end of his life and he still the one that can makes me angry, laughing, crying and happy at one time. He's my life he's my love. I still feel warm with his love. But I'm so lenoley without him. So lonely and I don't know which way to heading. My God! Please give me strength to face this life. I'm so afraid of lonely. I miss him so much. Words never be expressed. He's everything to me. He's my whole life and he is my destiny.

PERGIMU TAK KEMBALI

Waktu berinjak lalu bersama dengusan nafasku
Menguis rindu yang tak pernah ku usir
Tercalar luka dek toresan pilu
Sememangnya ......kau telah pergi


Tidak ada seharipun bersamamu tanpa usikan dan tawa
11 tahun mengharung getir bersama
Menghitung hari membina bahagia
Menghampar kesetiaan yang tak mudah goyah
Cuma ada ketikanya emosi mengalah
Kandas dalam percaturan hidup


Kita tidak mampu memayungi hidup dengan kemewahan
Kepayahan itu menyatukan perasaan kita
Masih mampumengukir keindahan
Tapi semua itu tak berakhir dengan apa yang kita impikan


Kau pergi menyentap seluruh jiwaku
Membunuh kasih yang membuat aku terus hidup
kau pahat kasihku di dada nisanmu
Tanpa sebarang pesan ku kau tinggallan
Aku terdampar bersendirian.....mencari haluan.

PEMERGIAN YANG TAK KEMBALI


Tanggal 21/5/2011, genap 5 bulan pemergian arwah suamiku yang tercinta Allahyarham Isma'ail b Hassan ke hadrat Illahi. Semalam 22/6/2011 , aku meraikan ulangtahunku yang ke 41 tanpanya lagi. Terasa kekosongan dan kesayuan yang amat pedih. Menjelang detik 12 malam, hati makin dihiris pilu...aku mengalah. Akhirnya aku mendapatkan facebook untuk menampung kepedihan.

Tersayang pergi tanpa pesan. Meskipun aku sentiasa di sisinya, tiada pesanan terakhir buatku. Dia pergi meragut seluruh rasa yang ada dibenakku. Seluruh cinta agung luluh bersama tangisan yang sarat dengan luka. Dia membawa bersama sendu dan tawa 11 tahun melayari hidup bersama. Puas ku tanya kenapa diri ini diduga...bertahan 5 thn perkahwinan yang pertama. Dan aku diduga lagi selepas 11 tahun ....jiwa yang terluka ini ubat dengan airmata pilu. Terbayang wajah manisnya dipertemuan pertama dulu.

Perkenalan singkat melalui internet ini telah membawa ke jinjang pelamin. Siapa sangka ia bertahan 11 tahun dan berakhir dengan luka yang dirobek sekian dalam. Aku bagai terawang-awang mencari tapak dan mencari diri sendiri. Aku kehilangan diriku dalam hidup ini. Dan bergelut dengan segala kemungkinan yang bakal tiba.

Di celah-celah kepayahan ini aku merindukan kehilangan dan kehadirannya. Tapi aku pasrah pada ketentuanNya. Aku harus melayari hidup ini bersama 3 anakku yang belum mampu untuk memahami dan mentafsir gelodak hatiku. Pada Mu ku panjatkan doa....berilah aku kekuatan dan ketabahan untuk menjalani hari esok sedangkan hari semalam telah pun aku tinggalkan.
Semalam yang hadir tak mungkin bertemu lagi. Cintaku berlabuh bersama derai airmata yang mengalir saban hari tanpa henti. Kini aku cuba bangun meniti hidup berbekal secebis kecekalan dan dengan sisa cinta yang tak mungkin padam.

Jika Kau Rasa Getarnya

SEJAUH MANAKAH ANAK-ANAK KITA BERJAYA

Apakah sebenarnya tafsiran bg perkataan berjaya? Ada yang bermaksud, bila kita mendapatkan sesuatu dari satu impian atau kemahuan kita panggil ia berjaya. Berjaya dalam pelajaran, kerjaya, rumahtangga, perhubungan dan sebagainya....terpulang bagi setiap individu menterjemahkan perkataan berjaya itu menurut kesesuaian keadaaan ataupun individu.

Sejauh manakah anak-anak kita hari ini mencapai tahap yang dikatakan berjaya. Adakah dengan mendapat tempat pertama dalam peperiksaan , atau johan dalam apa juga acara yg dipertandingkan ataupun anak-anak kita sebenarnya gagal? Cuba kita kaji secara kasar, bagaimana anak kita hari ini menjalani rutin kehidupannya. Seperti dalam satu produksi line yang cuba menjaga standard dan kualiti serta piawaian yang telah ditetapkan oleh sekolah atau ibubapa. Mereka cuba mendisiplinkan diri mengikut masa dan jadual yang telah ditetapkan.

Tetapi, adakah mereka sebenarnya berjaya dalam mengawal masa? Kenapa bila hari cuti mereka ini seolah-olah tersasar dari haluan yang sepatutnya. Dan kita sebagai ibu atau bapa mampukah kita mengawal setiap prgerakan mereka? Mustahil kan? Rasa hormat dan jalinan kekeluargaan semakin longgar dalam institusi keluarga hari ini. Berjayakah kita sebagai ibubapa sekiranya anak kita bergelar jutawan atau hartawan tetapi kita dipinggirkan. Bila anak-anak tidak lagi

merendahkan suara di hadapan orang yang lebih tua, siapa kah yang harus kita persalahkan? Terlalu mementingkan pencapaian akademik, terkadang kita lupa di satu bahagian kita ada tanggungjawab untuk mendidik anak kita dengan ajaran agama dan moral yang baik. Mungkin di penghujungnya nanti, kita boleh menilai adakah benih yang kita semai itu akan berputik dan berbuah seperti yang kita harapkan......

Rabu, 22 Jun 2011

BERAKHIR SEBUAH DUKA


Hari ini aku memulakan satu hela nafas dgn azam yang baru. Meninggalkan semua kepedihan dan kelukaan masa lalu bersama sendu yg ku simpan jauh di lubuk hati. Ku susun langkah pertamaku...mengukir senyum di bibir penuh yakin. Di sisi aku pasti....ada teman yg setia, ada rindu yg menyapa. Bertanya pada diri...ke mana langkah harus ku arah?


Sungai Lui

HADIAH HARI LAHIR DARI SEORANG TEMAN


22/6/2011...aku diperkenalkan dunia blogger ni oleh seorang teman yg telah lama terpisah. Blog ini di hadiahkan olehnya untukku sebagai tanda persahabatan dari hatinya. 26 tahun bukanlah satu jarak masa yang singkat. Cuma seminggu yang lalu, fb mengungkap cerita yang tersembunyi. Apa lagi yang paling indah di hari lahir ini....semoga diriku dan dirinya akan terus di sini....

di antara kasih, sayang dan cinta. Pada sesetengah orang pengertiannya adalah sama. Tapi bagiku, ia berbeza dan tiap satu darinya adalah milik seseorang yang istimewa. Bila kehilangan dirasai memakan diri....jauh ku bawa hati yang sepi. Mencari ketenangan dan menyimpan sebuah rindu yang tak berpenghujung. Andai kunci hatiku dibuka lagi...tewaskah aku dalam pelarian ini?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...