Isnin, 18 April 2016

Bila jejak mulai hilang

Hidup ini  adalah satu perjalanan ke satu destinasi yang sama.

Ketika ini begitu banyak kealpaan hati menghuni tiap rasa dalam diri  kita. Begitu juga hilangnya  erti kasih sebenar yang di abaikan.

Mengapa sering keterlewatan penyesalan hadir menjadi tamu ruang? Cinta keterbatasan akal dalam jiwa yang miskin iman......porak perandakan nilai sebenar kejujuran.

Mengertilah duhai hati yang lara. Nokhtah resah biar nyata bertanda. Biar bertitik keluhnya . Biar bertanda pusaranya.

Kembalikanlah nurani insani.
Ke dakapan cinta sejati ini.
Dalam redha kasih Ilahi.

Rabu, 13 April 2016

SKSI II 77-82

Ia dah lebih 34 tahun berlalu. Namun kenangan itu bagai baru terjadi.   Sekolah ini memberi makna yang besar bagiku.

Seawal umur 6 thn aku dah masuk darjah 1 di sini. Abah seorang tukang kebun di sekolah ini. Tapi beliau amat popular di kalangan murid setiap generasi hingga ke hari ini. Alhamdulillah beliau masih sihat.

Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bersua dengan rakan-rakan sekelas waktu itu. Dapat bersama lagi sekali sekala ....ketawa bercerita dalam imbauan kenangan masa lalu.

Mereka semua berjaya dalam bidang masing-masing. Dan masih diberi ruang untuk menemui guru-guru yang banyak berjasa.

Sahabat dan teman..

Andai yang tinggal nanti
Kalam tinta suara hati
Mungkin saat itu
Pemilik kalam tiada lagi
Percayalah
Kalian seindah pelangi
Mewarnai hidupku
Melakar mimpi berseni
Dalam episod yang panjang

Mereka yang pergi
Mendahului kita
Masih terasa kehilangannya
Dan ketika kita juga menyusuli
Leraikanlah andai terdendam
Lepaskanlah kekusutan
Iringilah sebuah pemergian
Dengan kemaafan
Dengan kasih sejati

Selasa, 12 April 2016

RE UNION SKSI II 77/82

Febuari 2015
Kelab Shah Alam

Foto terakhir bersama Allahyarham Shukri . Sahabat sekelas dari darjah 1-6.  Kenangan terakhir kami bersamamu tetap dalam ingatan. Al fatihah untuk mu.

RE UNION DBS ITM SRI MANJUNG 88/91

Febuari 2015
D'Ark Janda Baik

Tak bertepuk hiba di dada
Kala mentari bersinar
Anak mata memancarkan
Warna kemesraan
Warna keakraban
Dari jendela hati
Kami di sini

RE UNION RAYA SMBM 83/87

Aidilfitri 2015
Kg Padang Changkat
Kuala Kangsar

Untukmu si pemilik hati

....pagi hari aku termanggu di hujung birai katil ku.
Mengintai jejak rindu....yang berlabuh mencecah dasar hati.  Loceng hati berbunyi...minta keizinan menginjak masa.
Aku bingkas bangun menyelak tirai rindu.

Redup pandangan di luar kotak hati. Nurani seorang wanita terusik hiba.  Kala disapa rindu kasihnya.
Tegar kah masa bermain tinta pelangi.

Sapaan lembut menerpa wajah.
Aku tersenyum.
Nokhtah hati.
Pemilik yang tak wujud d nyata.
Hanya lah senyuman ku selimutkan rindu.

Aku lah....
Yang punya seribu satu misteri
Dalam ukiran sebuah senyuman.

Cuma aku yang satu

RE UNION SEK MEN TEKNIK PENANG 86/87

Kelab Rekreasi TUDM Subang 2/4/2016

Pertemuan setelah 29 tahun ini memberi lakaran memori baru. Wajah ceria tawa rindu terpamir. Tahniah semua.


Usia itu tak pernah menjarak

Rasa rindu bertamu menjengah

Melontar sisipan rasa di benak

Pada indahnya garapan masa lalu

Yang kini indahnya di kenang

Esok tak tentu mendatang

Semalam memori indah

Tautan rasa yang tak hilang

Erti persahabatan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...