Khamis, 24 November 2011

.....permisi

dan bila kalian merindui
selamilah kata hatinya
dan bila kehadiran tiada lagi
janganlah di tanya
ke mana ku pergi

tatkala gerimis itu reda
pasti camar keluar semula
cantiknya camar berterbangan
seindah suria di pagi hari
hati kan bernyanyi
cinta dan rindu
sepi dan resah
pulanglahh....

Selasa, 22 November 2011

kemarau berlalu.....

bila mimpi melakar impian
bahtera rindu mengait dendam
kasih tercurah di lautnya sayang
menongkah resah di dedaunnya sepi

cintakah yang berlari mengejar rindu
atau putiknya cuma di batas lelah?
ku siram embun di paginya suria
mengharap segarnya mewangi mengharum

taman hati terisilah sudah
kasih si adam mencuit rasa
naluri hawa bermanjalah kini
di perigi cinta
keringnya tidak....

nilainya sayang.....

sesungguhnya kasih sayang itu amat tinggi nilainya. tak kira di mana kita berada, kasih sayang itu sentiasa hidup dalam diri kita. pengertiannya mungkin berbeza antara kasih, sayang dan cinta. tapi hakikatnya sama ......ia lahir dari hari dan perasaan.

tulusnya hati akan menentukan sejauh manakah teguhnya ikatan. persahabatan yang disulami dengan kasih sayang yang sejati akan kekal hingga ke akhir hayat. saling memahami dan mempercayai akan mengukuhkan ikatan itu.

salah kah andai hati kita punya rasa sayang? salahkah kita menerima kasih sayang?

Isnin, 21 November 2011

meminang untuknya Adam

hari ini aku mengikut rombongan meminang seorang saudara baru...Adam. Felda Wa Ha, Kota Tinggi.

seorang saudara baru tanpa restu hali keluarganya memeluk Islam. Syukur alhamdulillah dibukakan pintu hatinya kepada Islam. seluruh rombongan adalah ahli keluarga jiranku. aku....hanya meramaikan dan memeriahkan majlis. tapi semuanya sempurna. perjalanan terasa amat la jauhnya walaupun tak sampai sejam. 7 buah kereta dari satu keluarga mengiringi rombongan meminang. memamg meriah.

di pihak perempuan, di sambut pulak dengan kendarat yang beratur dengan adat sopan. 13 dulang bertukar tangan. kata dipersetujui cincin tunang disarung ke jari manis....ayu sekali gadis tunangnya Adam.....

sireh junjung indah digubah
gubahan hati wakili cintaa

2 hati diikat janjinya sudah
hanya menanti akadnya saja

senyum melirik sigadis tersipu
jari dihulur disarung cincinnya
bicara hati tak mampu menipu
kini impian melakar mimpinya

Sabtu, 19 November 2011

jeriji hati

rekahan masa sering mengisi lamunan
di penjara hati yang menakluk resah
aku melontar pandangan ke luar jeriji besi
ke sayup pandangan ke langit
awan terang menakluk langit

hati itu bagai bernyanyi
dendang lagu tari rindu
melodinya kasih
liriknya rindu
senyum ku simpul di hujung tawa

lopak airmata keringlah sudah
mutiara hati bersinar semula
sekelumit harapan segunung impian
mendaki lelah menjinjit luka

senyum itu milikku jua
damai itu kasihku jua
cinta itu pelitaku jua..

Khamis, 17 November 2011

pelangi senja

aku membawa harapan pada satu perjalanan
bersama cinta matiku
bersama kasih hatiku

aku membawa kembara sepi dalam rindu yang bermukim
ku teguk resah perjalanan
di takir rindu yang berlabuh

aku tersenyum pada lelah perjalanan
yang menguis cinta di dasar jiwa
pada kuatnya ketabahan
pada secangkir harapan

aku berlari mendaki impian
ke puncak mercu tanda
melenyap duka bermusim
sekuntum senyum melakar bahagia
akulah pelangi yang tiba
di kaki senja bertamu
menjadi bebayang setia
di setiap hela nafasku

MEMORI KENANGAN SILAM

Perjalanan bermula jam 7 malam 10/11/2011 menuju ke Larkin Sentral bersama putera dan puteriku. Menaiki bas Maju Ekspress jam 8 malam menuju destinasi Butterworth......perjalanan paling jauh sejak 9 tahun aku menetap d JB. anak-anak memamg teruja untuk percutian yg sekian kalinya. apa lagi lah yg si bongsu.

perjalanan yang mengambil masa 10 jam itu aku rasakan teramat panjang. 2 jam pertama aku masih berada dalam negeri Johor. barulah aku tahu betapa jauhnya aku dari keluarga dan rakan-rakan. aku menjadi rindu pada kampung halaman....

puteri bongsuku mula tidak selesa dengan kesejukan yang amat sangat. perjalanan yang meletihkan. atas nama semangat setiakawan aku yakin atas apa yang telah diaturkanNya. akhirnya perjalanan tiba ke destinasinya....Butterworth. dalam dingin Subuh itu, aku mencari gerangan yang menyambut ketibaan kami. dari jauh kelihatan senyum sipu Md Zan Durany @ Ustaz Md Zan. setelah 24 tahun tak berjumpa.

semua telah diaturkan dengan sempurna. aku sekeluarga di bawa ke An-Nahdhoh Inn di satu pusat tahfiz di Kubang Semang untuk berehat sebelum di bawa ke Pulau pinang. Tempat yang cantik dan mendamaikan. Semuanya keletihan...menjamah sarapan nasi goreng di pagi hari itu. Tak lama semuanya ketiduran dek kerana keletihan yang panjang. Menjelang Jumaat terjaga oleh deringan telefon..

selepas solat Jumaat, bersiap-siap untuk bergerak menuju destinasi sepatutnya. tapi disebabkan kesesakan jalanraya taxi yang disewa lewat tibanya hingga mencecah jam 4 petang. Akhirnya meninggalkan An-Nahdhoh menuju ke Klinik Kesihatan Kubang Semang untuk kecemasan Asma si bongsu. hampis sejam di situ.

oleh kerana dah kelewatan tak dapatlah menemui adikku di Klinik Juru. Perjalanan di teruskan menuju ke jeti kerana si bongsu teringin naik feri.riuh sekali anak-anak berbual dgn abang Nan pemandu teksi yang juga kawan Ustaz Zan. Anak-anak kelihatan gembira. alhamdulillah itulah yang aku harapkan.

oleh kerana kelewatan kami hanya sempat singgah di Padang Kota Lama untuk bergambar. terus menuju ke Paradise Sandy Bay, Tg Bungah setelah menerima panggillan dari Bob Buhari untuk menyertai makan malam bersama ahli yang lain. alhamdulillah jam 7.30 malam kami selamat tiba ke destinasi.

di sambut Lan Nor dan Bob Buhari selaku AJK .....kami di tempatkan di 901. Semuanya sempurna. alhamdulillah. lepas dinner anak-anak terus ke bilik. aku bersantai bersama teman-teman lain di lobi hotel hampir jam 1 pagi. yang ada waktu tu cuma aku seorang saja perempuan. Seorang lagi belum tiba. semuanya ok.

mereka semua keluar minum dan aku terus menuju ke bilik untuk bersama anak-anak. waktu itu anak sulongku telah pun tiba dari Perlis dan berada di hotel bersebelahan...ah..rindunya.

pagi esoknya sarapan di hantar ke bilik. bihun goreng dan teh. jam 10 semua dah berada dipantai untuk mini sukan. walaupun simple dan tak ramai, cuma 12 keluarga, ia amat meriah. yang pasti anak-anak gembira sekali. bagiku ruang kekusutan itu terbuka seketika. melihat laut lepas tenang sekali rasanya. aku mampu ketawa dan tersenyum bersama mereka. dalam diam aku rindu....rindu pada yang telah pergi dan rindu pada yang ada di sisi.

selepas zohor, semua rakan-rakan TI bergerak menuju ke sekolah. Banyak perubahan yang ketara. Nostalgia lama terpampang jelas di depan mata. Meskipun aku tidak banyak menyimpan kenangan di sana, kehadiran ku hari ini memberi kekuatan pada jiwa.
aku lihat rakan-rakan TI lain ketawa besar mengenangkan kenakalan mereka di zaman sekolah dulu. aku hanya mampu tersenyum kerana tiada apa yang menarik untuk dikongsi.

pulang dari sekolah singgah sebentar di Restoran Subaidah pekena roti banjir. sementara aku di sekolah anak-anak di hotel di bawa oleh kakaknya ke hotel sebelah untuk mandi kolam. pulang ke bilik aku ketiduran disebabkan aku mula merasa tidak sihat. sedangkan teman yang lain bergembira bersama keluarga di pantai. menjelang isyak semua sibuk bersiap untuk BBQ. kali ini lebih meriah sebab puteri sulongku menyertainya bersama. Di telekom resort kami menikmati makan malam bersama teman dan keluarga. akhirnya muncul juga teman sekelasku Azhar Abdullah dan Zaidi Fuaad dari Ipoh. rancak berbual dengan Ard dan bersambung pula dengan cikgoodeen. pulang ke hotel keluar minum beramai-ramai. aku turut serta sekian kalinya. hampir jam 1.30 pagi baru pulangnya. aku berbual dengan zaidi agak lama.

mulanya aku cuma mengenali Zan di sekolah dulu tapi yang lain hanya kenal di fb. alhamdulillah aku tidak kekok menyesuaikan diri. semuanya simple dan sporting.

pengalaman percutian yang tenang dan anak-anak gembira dan yang paling seronok sebab aku dapat memeluk puteri bongsuku sebelum dia menduduki peperiksaan SPM nya keesokkan harinya.

terima kasih kepada semua sahabat yang hadir. terima kasih atas persahabatan dan kenangan indah ini.

******BOB BUHARI, HAZLINA,SAIPOLYAZAN,CHE OMAR,MD ZAN,NOR AKMAL,HARIS, MIOR,CIKGOODEEN,NOOR AZLAN NOR, PAK WAN,AZHAR ABDULLAH, ZAIDI FUAAD,MOHD NASIR****

Isnin, 7 November 2011

Everlasting Love - gerard joling



It looks like heaven to see you walk
To see the way you're moving on
Sounds like an angel when you talk
The words come out like in a song
Never thought what love could do inside
You're the place where I can hide

It feels like heaven to be with you
When you treat me like you do
Every minute of the day
Just with you I wanna stay
There will be no end....

We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time

Could draw a picture just by heart
Know every line on your face
You stopped me doing from the start
Ask the things I used to chase

Every minute of the day
Just with you I wanna stay
There will be no end

We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time

Should you ever
Have any doubt bout you and me
Please don't ever
No love never
Don't hesitate to tell me how it should be

We've got an everlasting love
So pure divine
We've got an everlasting love
Our love will last for all time

Ahad, 6 November 2011

....bahtera rasa

sewaktu layar cinta di tengah lautan
ditiup angin rindu
membelah ombak kasih
di saat tsunami melanda kegersangan mesra
sauh resah terpaksa aku labuhkan di muara hati
menjenguk peraih cinta
di pelabuhan jiwa...


kalam berlagu......

kalam ini sememangnya sepi....
hanya tinta bermadah
dalam lerekan pujangga merindu
tiada lunak suara mendengarkan alunan
melodi hati susunan perindu
dalam dakapan resah bertamu

lenggok bahasa mainan perasaan
kancah gurindam seloka berirama
tersedu sedan esakan perasaan
payah dilepas beban tergalas

di bibir menguntum senyum tak putus
di mata bersinar tak pernah redup
di hati terselindung tabir bicara
di jiwa menyimpan satu rasa

rasa bahagia pada cintanya
rasa tenang pada kenangannya
rasa rindu pada kasihnya

akulah kalam yang bertinta
akulah pelangi yang indah
akulah ........lakaran indahnya kehidupan

takbir di hujung rindu

setahun yang lalu. pada tarikh ini 6/11/2010, aku meraikan ulangtahun perkahwinanku yang ke-11 bersama suamiku dan seluruh keluarganya turut sama meraikan. Bonda mertuaku membelikan sebuah kek hadiah ulangtahun.

Dalam keuzurannya dia masih mampu tersenyum dalam pedih deritanya. senyuman manisnya masih berbayang di ruang mata tatkala rindu menjengah di jendela hati. agenda apa yang harus aku aturkan hari ini? Aidiladha tiba di celah rindu yang lara. dugaan ini datangnya bertimpa.

bezanya kali ini aku mampu menakung airmata hiba di tasik hati. cuma ku leraikan di makam persemadianmu agar tak terkurung resah diri yang berlarutan. aku kah perindu yang pasrah pada cinta yang bersemadi? ku panjatkan doa padamu wahai kekasihku, semadilah dikau di sana dengan tenang tatkala takbir bergema bersahut-sahutan......aku di sini mencari nafas baru dalam cinta yang kau tinggalkan.

meskipun kau tiada di sisi, cintamu masih segar menemani.

terima kasih di atas perjalanan yang kau beri. meskipun 11 tahun telah kau tinggalkan pesan....di hari ini pesanmu masih ku simpan. binalah empayar keluargamu sendiri kerana hanya itulah yang kau miliki....

tatkala takbir berkumandang, aku selami rindu di pusaramu. 9 bulan telah berlalu dan aku masih merindu....

Khamis, 3 November 2011

langkah matiku....

aku punya impian yang satu...membina semula hidupku dalam seribu kepayahan yang melanda. ku lontar jauh kegetiran semalam dan mengutip sisa ketabahan dalam ranjau yang beronak duri ini. aku mengukir kuntum-kuntum senyum dalam hiba yang terbenam. melapah kasih di hujungnya rindu. aku menari di hujung resah pada keindahan yang tercipta. segagah mana langkahku ini, aku menyusur likuan yang berdebu dan menyisir buih di tepian pantai kerna ku lihat kemilau mutiara sedang bersinar dari dasar lautan yang dalam.

kini aku melangkah yakin dalam semangat baru....mencari nafas baru jiwaku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...