Sabtu, 30 Julai 2011

BISIKAN RAMADHAN

Ya Allah.....di sejadah aku bersujud
merendah diri pada kekuasaanMu
menyerah diri pada hikmahMu
aku pasrah dengan ketentuanMu
menerima segala suratan hidupku
biar luka seribu impian
aku meredah belenggu kesedihan
berlari mencapai redho Mu

kebesaranMu dengan Ramadhan yang mulia
aku lemah di tabirnya malam
melalui kekosongan yang Kau pulangkan
dalam retak harapanku
aku terbujur lesu dalam amarahMu
terpedaya melawan kehendak
aku longlai dalam rindu yang tak dapat ku usir....

dalam derai airmata menyambut Ramadhan
aku semakin dihimpit duka
pada sebuah kehilangan
pada sebuah kenangan
pada sebuah cinta
yang tak mampu untukku selindungkan

telah ku duga hati akan berdarah
telah ku kira jahitan akan terburai
sakitnya jiwa dipukul hiba
pedihnya luka disiram rindu
Ramadhan ini tanpamu.....
aku kecundang dalam mencari mu
aku tewas dalam langkah ku
kerana......di balik sinar Ramadhan ini.....
aku sendiri tanpa dirimu

GAMITAN RAMADHAN GAMITAN RINDU

Tatkala umat Islam membilang hari menanti hadirnya Ramadhan yang mulia.....aku di sini mengira hari detik sayu berlabuh bila dirimu tiada lagi buatku.

6 bulan berlalu bagai terasa masa itu pantas berlari meninggalkan aku. Kau pergi meninggalkan sekeping hati yang sarat rindu dan duka. Dalam kembara sendu, ku rawat hati luka tanpa kesal di dada. Rindu yang bertandang tak mampu ku usir. Bagaimana mungkin ku tepis memori yang hadir sedang diri adalah milikmu.

Ramadhan yang tiba diiring sayu yang terpilu. Pertama kali kami bersendirian tanpamu. Dan aku pula dipisahkan darimu buat selamanya dan anakku juga terasing di utara. Sejak awal pemergianmu aku meruntun resah berlagu sayu. Bagaimana harus ku lalui Ramadhan ini tanpamu. Anak-anak sudahpun terasa ketiadaanmu. Sungguh berat ku pikul beban d hati.. ...kepayahan ini mengajar aku erti kecekalan. Ku kesat airmata hening dalam sendu meluah rindu padamu. Terhentikah waktu bersama cinta yang kau nisankan?

Sesungguhnya perjalanan Ramadhan akan sepi dan sayu tanpamu. Terjerat segala bahagia di jala kesedihan di gamit rindu Ramadhan.

Jumaat, 29 Julai 2011

DARA DI BIBIR SENJA



Dalam diam lagu tari hati itu semakin menjadi siulan. Entah kenapa lakaran liriknya bagai menepati rasa bermadah. Ku susun melodinya dari awal, ku gubah dan olah hingga siulannya mendapat tempat di hati.

Selembar kertas putih itu menyerah diri bagai terhampar menanti lukisannya. Aku masih di bangku.....merenung luas lautan di mata. Ada kebahagiaan tergambar. Seorang dara di pinggir kota, mengukir sekuntum senyum tatkala senja melabuhkan tirainya.

Dalam hati ada taman, dalam taman ada bunga..... cuma mawar desa yang mekar segar mewangi taman hati, menjemput resah mengundang rindu membelai sepi tatkala cinta menggigit diri. Pelangi petang makin hilang di sebalik cahaya rembulan. Riak bahagia tetap tak lekang dari sinar mata yang menawan itu. Teralpakah diri menjengah sepi yang bertamu?

Ku lihat sepasang mata itu melontar cinta paling tulus. Apakah egoisnya ia menafikan resah yang bersarang? Resah yang datang bersama cinta. Kerana cintanya berbagi dua.......miliki kasih beratus batu jauhnya......menyulam rasa di hadapan mata. Terjeratkah perasaan si dara yang kehausan? Atau mabukkah si dara di lambung badai cinta yang tiada kepastian.

Siulan itu terus berlagu......semakin hilang di telan senja. Dan tatkala bulan menghadirkan diri, sang matahari berkata, ku simpan sejenak bayangku di tabir megamu. Ku pinjamkan cahayaku padamu kiranya kau dapat menerangi malam ini dengan cahaya cinta paling indah buatnya.

Aku berlalu mencapai lembaran kertas yang telah aku lakarkan. Seorang dara dengan cintanya menanti kepastian dalam CINTA.

Khamis, 28 Julai 2011

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak




Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)

Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)




Rabu, 27 Julai 2011

Renungan Terakhir





Sebelumnya kau pergi
Renunglah ku di sini
Kerna mungkin terjadi
Kita takkan bersua lagi
Anggaplah pertemuan ini
Mungkin yang terakhir
Dan tak usah
Kita kesali
Atas apa yang terjadi

Banyaknya pengorbanan
Telah ku pertaruhkan
Mungkin tiada bermakna
Telah banyak mengguris rasa
Untuk itu maafkanku
Kiranya menggangu ketenagan
Dalam hidup mu yang tak perlu kehadiranku

( korus )
Dugaan...
Inikah dugaan untukku
Hujungnya yang tak seindah mimpi
Hanyalah igauan ngeri
Kau yang pernah ku rindu
Mudahnya berlaku
Mengapa begitu
Berubah layu
Aku menerima
Salam perpisahan
Segalanya sebagai ingatan
Biarlah impian kan berlalu dengan mu

CINTA YANG TERHALANG

Isnin, 25 Julai 2011

KALAM PENCINTA

entah kenapa sang pencinta ini tak mampu menarikan penanya......gersang terasa taman hati tanpa suara halus berbisik. Kemarau apakah yang sedang melanda tatkala cuaca tenang menyapa.

Jendela hati ku kuak terbuka. Mengintai masa menjinjit resah. Kemelut rasa itu bagai bersimpul tak terurai. Dinginnya malam menyapa pipi terasa damai seketika. Sepoi angin berbahasa menyata.......bicaralah bahasa cinta tatkala sepimu tiba. Berkiaslah tentang kasih tatkala kau merasainya. Jiwamu adalah melodi indah hamparan cinta yang agung. Tarilah mengikut irama hati tanpa kau garisi sempadan perasaannya.

Aku mula menyanyi tentang lagu cinta, sedang melodinya agak sumbang seketika. Tapi hati tersenyum indah tatkala cinta itu melafazkan rasa. Apakah tafsirannya sebuah pintu sudah terbuka hijabnya? Dalam senyum berbisik suara............berdendanglah sang pencinta kerana puitis lagumu telah berkumandang. Menarilah kerana rentakmu kini seimbang. Senyumlah wahai pencinta kerana di hatimu ada taman.

Berlagulah kehidupan kerana sang pencinta ini sudah kembali bernyawa. Nantikanlah wahai perindu kerana sang pencinta sedang mendekatimu......lihatlah pada indah matanya bila berkata .........lihatnya pada senyumnya bila ghairahnya terpancar.

Ahad, 24 Julai 2011

TATKALA TAHRIM BERBUNYI

aku cuba melelapkan mata....setengah jam sebelum azan subuh berkumandang. Aku keletihan untuk seharian yang panjang. Dalam tak sedar aku menangis. Airmata berlinangan penuh syahdu. Terasa begitu dingin linangan yang membasahi pipi. Aku cuba mengesatnya tapi, dia lebih dulu mengusap pipiku.

"Janganlah menangis sayang. Abang pulang kerana abang tahu manja rindukan abang". Itulah ungkapannya .......sejak dia pergi aku belum pernah bermimpi tentangnya. Inilah kali pertama aku berbual mesra dalam tawa manja ku dibelai oleh seorang yang aku rindukan. Apakah mungkin selama ini aku tidak pernah cuba mengiakan kerinduan yang berkubu di hati? Atau mungkin kah kerana aku mula merasakan ketiadaanmu menjelang Ramadhan ini?

Aku begitu yakin aku berbual denganmu. Terasa kau begitu dekat di sisi. Tapi hakikatnya kau telah tiada lagi dalam diari hidup. Secara mutlak kau telah tiada. Yang tinggal hanyalah nama dan kenangan yang ku semadikan bersama rindu yang tak berpenghujung.

Telah lama aku cuba menyemadikan kerinduan pada nisan putihmu itu. Tapi, luka yang ku jahit dengan cinta sejati ini terburai di bibir rindu. Sesungguhnya kala ini aku amat merindukanmu. Biarpun pergimu telah aku relakan namun, sisa cinta itu tetap berbaki menjadi tunggul mati dalam diri yang mengurung sejuta rahsia dan menimbus segala lara.

Mungkinkah kerinduan ini hanyalah satu kiasan cinta yang hilang atau sekadar mengisi kekosongan yang kau tinggalkan......

Sabtu, 23 Julai 2011

RENUNGAN TERAKHIR

Sepasang mata bundar itu sering ku lihat mencuri pandang pada setiap kelibatku yang hadir. Tanpa singgah bertamu menghulurkan salam, si kemeja putih bertali leher itu berlalu sekadar memberi sekilas pandang.

Saban hari warung tua di hujung jalan itu menjadi tempat kunjungannya yang setia. Entah apalah istimewanya makanan di situ sedang aku sendiri tak pernah mahu menyinggah menghilang haus. Si kumis tipis itu hari ini kelihatan tersenyum memandang ke arahku. Entah apa gerangan mimpinya malam tadi atau aku yang tersalah memandang? Ah....biarkanlah mungkin aku yang terperasan sendiri.

Sejak dari mula aku melewati warung di simpang jalan itu, dia sering ada di sana seolah menantikan seseorang. Tertanya juga hati kecilku mungkinkah dia menunggu isterinya atau teman wanitanya? namun tak pernah pula ku lihat dia bersama sesiapa. Si kumis tipis itu selalunya sendirian dalam kemeja putihnya bertali leher dan berkasut kulit.

Gayanya bukanlah dari desa. Entah kenapa hati ini bagai mendesak inginkan kepastian.
Hari itu ku bulatkan tekad dan singgah sebentar di warung misteri. Si kumis yang manis tak kelihatan di sana. Aku kecewa. Pulangku berbekal hati yang patah. Bagai ada rasa yang bertamu.

Sepasang mata sedang merenung menyoroti langkah longlaiku. Dalam aku terbuai dengan bayangan renungannya aku dikejutkan sapaan salam yang lembut. Mendongak mukaku ......mataku bertentang mata si kumis tipis. Terhenti sejenak degupan jantungku. Apakah tidak salah pandangan mataku? Dia si kumis timis ini adalah cinta pertamaku dulu? Apakah semua ini kebetulan atau suratan?

"Telah lama aku mencarimu dan telah lama aku menunggumu. Dan aku tak bisa lagi melepaskan kau pergi. Maafkanlah aku kerana meninggalkanmu dulu." Ungkapan tak berlengah dilontar kepadaku. Dalam hela nafasku aku tersenyum menyusun bicara.....
"Tenungilah mataku saat ini kerana aku berkata dari hati. Di saat kau melangkah pergi dahulu, telah kau robekkan hatiku dan luluhkan impianku. Puas ku gendung kesedihan tak bertepi hingga terbuang saat indah dalam hidup ini. Kau tatapilah wajahku sepuas-puasnya saat ini , kerana sesaat lagi kau akan kehilanganku buat selama-lamanya. Maafkan aku kerana tak bisa menerima. Kau si kumis tipis telah lama terpadam dalam kamus hidupku. Izinkahlah aku meneruskan hidupku tanpa kenangan lalu. Terima kasih Z kerana mencariku. Biarpun kemaafan telah aku beri aku tetap akan pergi. Selamat tinggal Z."

Aku berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi. Segala yang bersimpul sekian lama telah terlerai kini. Aku mampu tersenyum menerimanya. Kerana akulah Mawar Desa yang sentiasa mekar di taman hati.......

Mungkin






Mungkin

Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu
Biarkanlah aku merindu sekian lama
Bukan maksud untuk membisusepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

( korus )
Mungkinkah bersama dua jiwa ini
Dalam mencari cinta sejati nan suci
Mungkinkah segala derita di jiwa
Akan terabat kini

Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian

( bridge )
Hanya satu pintaku
Sabarlah menanti
Ku kan pulang bersama
Cinta...

Jumaat, 22 Julai 2011

RESAH YANG BERLAGU

gemersiknya melodi Sedetik Lebih alunan Anuar Zain......
menerjah ke kalbu sepi sang perindu ini
bagai diulit keasyikan iramanya
membuai rindu menyulam cinta
namun pincang di tengahnya......................

resah bertamu di kelopak mawar
mawar berduri hiasan taman hati
tersunting diri dalam jelmaan puteri
mahligai bahgia impian berlari............

resahku berlegar di kaki suria
menjengah mentari segan bertamu
di layar hidup menghampar duka
bertaut kasih lewa hadirmu

maafkan sang perindu
kiranya............
lagu tak semerdu dulu
maafkan pencinta
andainya............
alunan puisi tak seindah garapannya

taut bertaut resah membelenggu
tiada jawapan untuk ditemu
sekadar menari tarian sendu
di birai senyumku............

Khamis, 21 Julai 2011

AKULAH SANG PENCINTA

Kembara perjalanan hidup menjadikan aku seorang pejuang cinta yang setia. Pencinta yang setia pada ungkapannya. Sesetia irama pada lagunya. Aku sering menyanyi lagu jiwa lagu hati. Melodi indah kiasan bahasa itu sentiasa menjadi pendamping setia yang sering menemani.

Hari ini ku renung sejenak potret lama di bingkai kaca itu. 6 bulan sudah berlalu, tersisa rindu yang berpahat di nisan hati tak mampu aku makamkan menjadi pusara cinta.

Damainya pantai PD membawa kepada memori cinta itu. Aku membatu di bawah pohon besar itu memandang laut lepas.....menerbangkan rindu , melayarkan impian yang telah berakhir. Ah... mengapa harus ku sambut hiba yang betapa? Sedang resah berlalu menyurai rindu.

Di dada lautan itu aku lemparkan segala kenangan yang menjahit luka. Ku hamburkan sekawah rindu yang bertakung di jiwa. Lantas ku kuncikan ruang yang ada sekemas mungkin. Supaya tak terusik naluri wanitaku.....telah ku matikan cinta itu dengan harapan tak terbeban lagi aku menanggungnya.

Kini akulah pejuang cinta yang setia. Setia di garis mulanya dan setia di akhir nokhtahnya.
Akulah camar yang hilang .....

Selasa, 19 Julai 2011

SELAMAT DATANG CINTA

Andai semalam kau titip bahasa indah tapi mudah
Hari ini kau kirim pula rindu beralas tawa
Esok pula katamu......................kau akan menantiku

Kelmarin.......jiwa ini mati kerana kehilanagn
Hati bagai kantung kosong
Mengolek sepi dan kemurungan
Bagaikan bumi yang diciptakan......
Terhenti bersama tawaku

Semalam aku cuba mengetuk jendela kesepianku
Bertanya padanya kenapa daunnya terkuak?
Kedinginan angin menyapa hati yang gersang
Ah......Tempias katamu datang bertamu rupanya
Izinkanlah...........

Sudikanlah....pintu itu telah ku buka untukmu
Carilah.......di sudut mana kau ingin bertapak
Telahku relakan hatiku untuk kau bertamu
Mengisi kantung kosong yang sarat kelukaan

Berilah penawar pada kasih yang hilang
Andai aku di sini berjanji untuk menantimu
Bisakah kau di sana berikrar ?
Akan setia hingga ke akhir nafasku....................................

Isnin, 18 Julai 2011

PONDOK USANG TEPIAN SUNGAI

Di pandang usang sudah binaannya. Pasti usianya seusia aku. Tapi ia masih kekal di situ. Setia pada tebing yang menemani sungai ini. Indahnya kiasan antara sungai dan tepian.....

Wajah tua termanggu mencecah kakinya di bibir air. Kesayup matanya memandang arus. Si tua tersenyum hambar dalam resah memaut rindu. Bingkas bangun menuju ke pondok usang. Mencapai selembar kertas dan sebatang pensil.

Laju sekali pena berlari . Baris demi baris di tulis, si tua tetap di situ. Tak berinjak dari busut tua yang setia menjadi temannya. Khusuknya si tua dengan kalamnya. Tertanya hatiku apakah isinya.

Ku dekati wajah lesu si tua itu. Salam ku beri bersambut mesra. Dihulur lembaran tanpaku pinta. "Kamu pasti ingin membacanya kerana sedari tadi pakcik melihat kamu terpaku di sana." Dengan senyum ku ambil tanpa bicara. Ku hayati bait-bait tulisannya. Ada lakaran wajah yang tak ku kenal. Lantas ku tanya siapa gerangan.

"Dia lah cinta pakcik sejak 40 tahun yang lalu dan masih segar cintanya. Dialah kekasih awal dan akhir pakcik. Sudah 20 tahun dia pergi menyahut panggillan Illahi. Dan di sinilah kami bertemu dulu dan setiap kali rindu padanya datang di sinilah pakcik bertandang."

Sambil tersenyum aku bingkas bangun. Tak sanggup untuk ku teruskan persoalan. Bimbang ada hati yang terguris. Lalu ku tinggalkan si tua itu dengan rindunya dan ku renung mentari yang ingin bermalam....setianya si tua dengan cintanya dan busut tua itu juga setia menemaninya sehingga kini. Indahnya lukisan cintanya seindah cahaya bulan yang menanti ....

TARI HATI

....tatkala jemariku kelesuan
menari tari semalam
penaku diajak berdansa
lagu rancak irama Malaya
tapi sepi memaut rasa
apakah seribu tanda menjadi tanya
1 jawapan cuma..........

dan bila irama berganti
tari semakin rancak bersama melodi
persis bagai pepatah berlagu
tak kan terpisah lagu dan irama
begitu juga penaku
seiring bersama menyanyi
dengan siulan lagu hati
lagu rindu lagu syahdu
dalam satu melodi....

Ahad, 17 Julai 2011

KAU BUKAN MILIKKU


Aku mencari dalam kelam membisik suara. Siapakah jelmaan yang hadir dalam mimpi semalam? Hadir sejenak mengundang rindu, mengusung beban di hati merobek mimipi.

Engkau hadir tatkala sepiku berlagu. Mencubit tragedi puluhan tahun berlalu. Sama sahaja tiap kali kau sentuh hatiku pasti luka berdarah. Ku lihat bahgia terpancar di wajahmu leka melayan puteramu. Ah, egoisnya aku jika aku katakan tidak terusik naluri wanitaku pada sepasang mata yang merenung tajam tepat ke mataku . Ku kira pertemuan ini tidak memberi kesan lantaran kau berada jauh dari jangkauan ku.

Aku tersenyum sambil berlalu, pedulikan dengan rasa. Pedulikan gelisahmu. Walau diasak bertubi akuan darimu aku masih bisa menolaknya. Biar seteguh mana janji kau lafaz, biar semanis mana madah kau luahkan dan meskipun di hatiku ada rasa yang menyinggah sejak hadirmu aku pasrah membuka langkah.

Walau tanganmu menyambut mesra, walau hatimu menyatu jua maafkanlah aku tak bisa menerima. Telah ku kuburkan rasa itu kelmarin lewat salammu ku sambut....lepaskanlah hanya kerana kau bukan milikku.

Sabtu, 16 Julai 2011

CINTA DAN AIRMATA

Begitu banyak yang ingin kita perkatakan tentang cinta. Satu istilah yang luas penterjemahannya boleh dibuat. Ada yang boleh dihuraikan sebagai anugerah paling indah yang dikurniakan.


Cinta disebut dalam kisah suka atau duka. Satu perjalanan yang mengutip seribu satu kenangan paling berharga buat sang pencinta. Ada episod sedih dan episod gembira. Cinta adalah satu perasaan yang lahir dari hati yang bermula dari sayang yang mendalam.

Cinta pada Ilahi, cinta pada agama, cinta pada negara........tetapi paling popular cinta pada seorang insan yang paling istimewa. Ia seperti satu perasaan yang halus yang tak dapat ditelah oleh orang lain. Samada laluan perjalanannya adalah sukar atau pun tidak, ia bergantung kepada apa yang ada disekeliling kita. Apa jua boleh menggugat dan memberi kesan pada cinta itu.

Cinta boleh merubah seorang individu itu menjadi watak lain dalam dirinya. Menjadi seorang yang paling cemburu dan paling penyayang. Tetapi selalunya perasaan cemburu lebih membayangi diri kerana ada takut kehilangan. Tak kurang juga cinta itu merubah menjadikan diri lebih matang dan bertanggungjawab.

Seringkali cinta itu dikaitkan dengan airmata. Airmata adalah teman paling setia bagi seorang perempuan. Samada di saat sedihnya ataupun di saat sukanya. Di kala diri melalui likuan perjalanan bercinta yang sentiasa diuji, wanita sering menangisi cintanya tatkala hatinya dilukai. Tak kurang juga ada sang pria yang boleh menitiskan airmata kerana cinta.

Samada dilukai atau melukai ia adalah lumrah bercinta. Sejauh manakah ungkapan cinta itu buta itu ada kebenarannya? Tak kenal maka tak cinta ? Cinta adalah segala-galanya? Selagi kita meletakkan cinta paling tinggi dalam hidup kita, ia akan menjadi satu saat yang paling sukar bila ketikanya ia dikecewakan. Hati pasti dirobek dan bernanah dan ada yang tak mampu untuk mengharunginya. Cinta sentiasa memerlukan pengorbanan. Kadang-kadang ia menuntut kebahagiaan kita sendiri dikorbankan. Dan pada ketika itulah tasik airmata akan kekeringan dan hidup akan jadi kelam tanpa cahayanya. Bagi sang pencinta yang setia, tatkala cinta bersatu dengan jiwanya ia akan jadi terlalu payah untuk menerima kenyataan kegagalan.

Berbeza dengan kehilangan cinta yang bernisan. Airmata tak akan mampu mengalir selamanya. Jiwa yang di tinggalkan akan terus terluka dan parutnya tak akan hilang. Mampukah cinta jua menjadi penawarnya?

POTRET TENDA BIRU

Aku lewati satu sudut di ruang tamu rumahmu. Sebuah potret tenda biru yang sungguh indah. Hanya lukisan tenda biru terdapat di atasnya. Dihias indah garapannya. Tona warna gabungan cukup indah ilham pelukisnya pelukisnya. Bagai ada sesuatu di balik tenda biru itu. Puas ku amati lekuk ropol tabirnya.....

Ada sekujur tubuh dibalut kain kanopi yang tersembunyi di situ. Wajahnya tak jelas di pamir. Cuma seperti enggan menampilkan diri di khalayak. Ku tanya ayahmu gerangan siapakah itu? Wajah cerianya tiba-tiba bertukar suram.

Lama juga ku tunggu jawapan darinya. Entah kenapa aku tak berani mengulang soalan itu. Itulah Nain di waktu kecilnya.....lemah suara yang ku dengar. Sepanjang perkenalan kita, kau ku kenali sebagai seorang yang periang dan suka berkawan. Tapi seorang yang perahsia. Puas ku pujuk kau bercerita tentang resahmu. Namun tak sekelumit rasa dapat ku kongsi bersama. Aku hanya mampu melihat titis airmatamu mengalir penuh hiba dan resahmu menjemput pelbagai persoalan.

Dalam diam kau sisipkan rindu. Kau sematkan lukamu rapi. Kau mampu tersenyum menyimpul hiba. Tenda biru sepatutnya menyaksikan kisah cinta teragung disatukan.

Sayangnya cinta berlabuh di birai tenda biru. Kau simpul kasihmu di hela nafas terakhirmu. Aku hanya mampu tersimpuh tanpa kata. Kau rebah di hari ijab kabul kita. Tanpa sebarang ungkapan kau tiba-tiba hilang dari dari dunia nyataku. Tenda biru itu melitupi tubuhmu ......menutup semua bayangan semalam dan hari ini tenda biru itu dibuka. Kau telah tiada..............

Jumaat, 15 Julai 2011

Cinta Teragung - Hazama


SERUAN CINTA


...........di birai tabir menjenguk resah
menguis rindu di hembusan bayu
ku catur waktu menghitung masa
lelah berlari memburu pelangi

rang bulan kesiangan..........
dijemput mentari di ufuk timur
bintang malam kian kelam menyembunyi sinar
mentari bagai tersipu malu
berkias kata dalam remang cahayanya

dap...dup....dap.....dup....
ah....apakah kiranya degupan bernyanyi
lagu apakah siulan bersambut?

tak tertelah kamus sang perindu
di perangkap jeriji tembok misteri
bagai dihenyak rasa bertamu
resah diusik disapa pergi
termanggu dilambai seru
semakin lesu digigit rindu......

DEMI MASA


DEMI MASA.......sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Sememangnya kita sering lalai dalam menguruskan masa. Kita sering melengah-lengahkan sesuatu kerana kita merasakan masih banyak kesempatan untuk kita melakukannya.

Pada kesempatan yang pertama kali, kita selalu melepaskan peluang yang ada begitu sahaja kerana andaiannya ketika itu akan hadir lagi. Tapi kita selalu terlupa pada ketika itu disuatu masa kelak situasinya akan berubah. Mungkin dari segi tempat, persekitaran, penerimaan dan pandangan juga akan turut berubah. Dan disebabkan kita telah melepaskan peluang itu berlalu maka yang tinggal hanyalah kekecewaan tak sudah kerana peluang itu telah dirampas orang.

Dalam meniti arus pembangunan yang begitu pesat kini, kita tidak boleh lagi bersikap diam, tunggu dan lihat. Kita akan ketinggallan jauh di belakang walaupun sesaat. Kita perlukan perubahan dalam membina jati diri yang kuat. Perlu berubah mengikut arus masa. Perubahan bukan bermakna negatif.

Berubah dari segi sikap dan tanggungjawab supaya kita tidak ketinggallan dan kerugian . Biarpun sesaat ketinggallan sebenarnya kita rugi di masa depan. Bangunlah mengejar waktu. Supaya kita tidak ditertawakan oleh sejarah. Supaya kita tak ditangisi kenangan.

Mengukur baju memanglah di badan sendiri. Tetapi ukurlah juga kejayaan insan lain di luar sana dan bandingkan dengan pencapaian kita. Mampukah kita berpuashati kerana kita ketinggallan?
Mulakanlah semula kiraan detik itu sekarang. Jangan sampai kita ditangisi nanti.

Khamis, 14 Julai 2011

Mungkinkah ?



Seperti ada yang tak kena
Di saat melihat ke arahmu
Saat kau berpaling dan tersenyum
Dunia jadi luar biasa

Maafkan andainya ku mengganggu
Ku bukan membaca fikiranmu
Ku hanya ingin mengenalimu
Dan tahu ku menyukai kamu

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Kucinta kau tidak terasa
Pedih saatnya

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah

Maafkan andainya ku mengganggu
Ku bukan membaca fikiranmu
Ku hanya ingin mengenalimu
Dan tahu ku menyukai kamu

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Kucinta kau tidak berasa
Pedih saatnya

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Kucinta kau tidak berasa
Pedih saatnya

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah

Mungkinkah
Kita akan bersama
Ooooo
Mungkinkah

TANGISAN SEORANG IBU


Tangisan seorang ibu itu mungkin melambangkan kesedihan atau bahagianya ia. Tapi bisakah kita menilainya dari mata kasar? Sesungguhnya pegertian airmata seorang ibu itu mencangkupi maksud yang begitu luas dan mendalam.

Kita melihat kepayahan seorang ibu membesarkan anak-anak tanpa seorang yang bergelar suami di sisi. Betapa demi kasih seorang ibu, ia sanggup mengorbankan kebahagiaan hidupnya. Mampukah seorang anak mengerti akan pengorbanan ini? Tanpa menoleh kebelakang, langkah diatur tanpa sedikit pun keluh dan resah.

Dan seorang ibu pula dalam kepayahan ditinggalkan suami. Hidup digantung tidak bertali. Sengsara jiwanya tergambar di wajah, sedangkan kita memandangnya penuh helah. Mengapa kita sering memandang rendah pada mereka? Adakah kerana kita rasa tergugat?

Bolehkah kita mengelap airmata yang bercucuran....dan pernahkah terlintas di fikiran kita, suatu hari kelak kita juga akan berada di tempatnya samada kita pinta atau menolaknya.

Sebagai anak yang masih mempunyai dan dapat merasai kasihnya seorang ibu, gunakanlah sebaik mungkin kesempatan yang ada. Janganlah dibiarkan tangis sendunya berlarutan. Hayatilah pengorbanan dan perjuangannya kerana tidak sekelumit pun di hatinya meminta untuk diberikan simpati.

CATATAN SEORANG ANAK

.............Ain rindu ahli keluarga ain terutamanya, papa. Ain nak ada keluarga ain yang asal. Tapi, tidak sangka papa pergi meninggalkan kami sekeluarga. Kini kami tinggal hanya empat orang sahaja. Papa pergi sudah 5 bulan . Salam takziah untuk kami sekeluarga. Ain harap keluarga ain bertambah bahagia.................

Catatan ini ku baca lewat malam ini. Nukilan hati anakku berusia 10 tahun. Ya Allah Yang Maha Mengetahui.....apakah mampu naluri seorang ibu menahan kesedihan dan kesayuannya. Walaupun selama ini aku tak pernah lihat dia menangisi kehilangannya, tapi malam ini aku lihat ada kerinduan yang begitu mendalam di hatinya. Ya Allah, apakah ujian ini terlalu berat untuk kami? Aku tak berdaya melawan ketentuanMu. Tapi berilah aku kekuatan untuk menghadapinya dan jadikanlah anakku sekuat aku untuk melaluinya.

Di wajahnya selalu terpancar riangnya seorang kanak-kanak bermain dengan rakan sebaya. Tanpa memikirkan apa yang telah berlaku, apa yang sedang dilalui dan apa pula yang bakal menanti? Rupanya jauh di dasar hatinya ......ada kerinduan yang tak terucap. Ada kalimah yang tak dapat dikiaskan. Betapa ia kehilangan dan betapa kami merana kerananya.

Wahai Yang Maha Mendengar, kurniakanlah kami ketenangan dalam perjalanan yang sepi ini. Jadikanlah kami insanmu yang tabah dan bahagiakanlah kami biarpun sekelumit hidup tersisa. Penuhilah jiwa anak-anakku dengan iman dan kasih sayang. Berilah aku kekuatan memberi kasih seorang ibu dan kasih seorang bapa hingga ke akhir hayatku.

Rabu, 13 Julai 2011

SEMBANG ANAK BANGSA

Hari ini kita banyak memperkatakan soal semasa negara. Isu-isu politik sering mendapat perhatian ramai orang. Isu yang boleh mendatangkan cuaca panas yang mendadak.

Tapi kenapa bila isu remaja atau agama, kita jadi sepi. Apakah kita hanya menutup sebelah mata melihat masalah remaja masa kini? Ada ketikanya bukan sahaja remaja yang menimbulkan masalah semasa. Pelbagai peringkat umur memberi impak yang berbeza kepada persekitaran budaya kita.

Kita cuma dialihkan perhatian apabila sesuatu isu besar sedang hangat diperkatakan. Dan kita sering menumpukan isu moral atau hiburan jika ia melibatkan personaliti yang ternama. Cuba kita perhatikan sejenak, mayarakat kita begitu prihatin dengan bantuan kemanusiaan andai berlaku sesuatu malapetaka di dalam atau di luar negara. Tetapi kita sering terlepas pandang yang berada di depan mata kita .

Masih ramai yang keciciran dan memerlukan bimbingan dan bantuan. Generasi muda kini semakin ramai yang keciciran pendidikan. Alasannya bukan sekadar kemampuan keluarga membiayai kos persekolahan yang semakin meningkat tetapi disebabkan kuatnya pengaruh persekitaran termasuk pengaruh rakan sebaya yang mampu melawan didikan keluarga.

Mungkin tak semua dari kita beruntung dapat memberi pendidikan dan kemudahan yang terbaik buat anak-anak kita. Tapi apalah kiranya dapat kita mencari ilham seketika bagaimana mungkin kita meminimakan bilangan anak bangsa kita yang keciciran dan terjebak dalam arus pembangunan yang semakin pesat.

Hidup kita hari ini mungkin sempurna tetapi ingatlah kita juga mempunyai zuriat yang akan mewarisi bangsa dan memperjuangkan hidup di hari depan. Akar umbi inilah yang menentukan samada bangsa kita akan megah berdiri sebagai pemangkin negara atau rebah bersama jati diri yang tergadai.

Selasa, 12 Julai 2011

SEPI SEORANG AYAH

Tatkala tirai senja berlabuh di hujung hari
seorang ayah tua berinsut ke muka pintu
merenung sang matahari yang membenam ke perut bumi

Tatkala resah sang ayah mengulit sepi di bibir senja
bernyanyi si cengkerik meriuh desa
layarnya malam mencubit rasa si tua
menyulam rindu meghambar haus
mencari seteguk kasih yang terputus
di rantaian masa yang berlari

Si tua kehilangan cinta
cinta sang isteri yang lama pergi
si tua kehilangan kasih
kasih sang anak berderailah sudah
ditelan gemerlap kebendaan
di mamah komodenan
si ayah......tercicir di rimba rindu
menggigit keperitan semalam
mencicah luka bernanah
merentas kepayahan membesarkan anak
dan akhirnya di tinggal ....

ditinggal dalam tangisan
dibiar dalam kesepian
dilontar dalam kemurungan

SESUATU YANG INDAH BERMULA DARI HATI

Indah sungguh kalimah yang diutarakan oleh sahabatku ini. Kebiasaannya orang berkata dari mata turun ke hati. Mata dan hati adalah ungkapan paling indah dalam frasa cinta.

Menyingkap tabir kalimah cinta, semuanya bermula dari mata. Pandangan lahiriah yang mentafsirkan seribu rasa. Tapi hakikatnya rasa itu berpunca dari hati. Kejernihan dan ketulusan serta keikhlasan akan menzahirkan keindahan yang paling berseri.

Dari hati yang tulus dan suci, kita mampu melahirkan bahasa paling indah dan jujur. Bicara hati akan tertutur di mata dan berseri di wajah. Mampukah suara hati berbohong? Mungkin menidakkan kebenaran, melindungi kepentingan atau berkorban?

Tapi yakinlah, bila kita berkata dari hati, jiwa kita kan tenang dan mata kita pasti berkata jua. Segalanya bermula dari hati....cinta, benci, sayang dan rindu.

Isnin, 11 Julai 2011

Jangan Menangis Sayang




Sampainya hati mu
Buatku tertunggu-tunggu
Kemana kau sayang
Tidur malam tak menentu
Rindu merindu selama ini
Ku takut kan menjadi kenangan

Aku menangis sayang
Bila kau tiada
Tak sanggup rasanya aku
Berjauhan dari mu
Resah hati ku

Jangan menangis sayang
Ku seperti dulu
Rindu ku hanya padamu
Cinta ku hanya untukmu
Buat selamanya

Kalau padi kata padi
Tidak aku tertampi-tampi
Kalau benci kata benci
Tidak aku nanti terus menanti

Berjanjilah kau sayang
Hanya aku di hati mu
Aku dah berjanji hanya kau di hati

BELAJARLAH MENGHARGAI

Kadang-kadang terfikirkah kita, kenapa kita sering mempertikaikan apa yang orang lain buat. Sedangkan kita hanyalah penonton yang sekadar memerhati usaha dan menterjemahkan mengikut rasa hati kita.

Ada waktunya kita jadi egois untuk mengaku bahawa apa yang orang lain sedang lakukan itu adalah sesuatu yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk menggerakkan sesuatu usaha mencapai satu matlamat. Dan usaha yang diperlukan itu sebenarnya tidak mampu untuk kita sendiri melakukannya.

Tetapi disebabkan egonya kita tu terlalu tinggi, maka kita terpaksa menafikan kenyataan hakikatnya kita perlukan orang lain melakukannya. Apalah salahnya andai kita membuang sedikit dari ego yang tak berharga itu ke lubuk paling dalam. Berikanlah sedikt ruang di minda dan hati kita supaya menerima orang lain.

Begitu juga dengan insan di sekeliling kita. Belajarlah menghargai setiap insan yang ada di sisi kita. Setiap individu itu mempunyai tempat yang tersendiri dalam hidup kita. Kita tidak perlu malu mengaku yang kita memerlukan seseorang atau mungkin lebih dari seorang teman.

Hargailah dengan kasih sayang yang tulus. Nescaya hati kita akan tenang dan bahagia menikmati seluruh perjalanan hidup ini. Yakinlah dengan kemampuan diri.

SALAHKAH ANDAI RINDU BERTANDANG LAGI?

Bila rasa kehilangan itu datang, pasti terlempar jauh perasaan terbawa. Apakah sebenarnya yang melanda. Keresahan pada peristiwa semalam atau kemelut permainan hari ini?

Menyusur tebing-tebing luka, ku heret seribu persoalan yang bertamu. Bagai diragut tawaku sederas tsunami melanda. Tanah gersang dilanda banjir luka. Terasa kuatnya bahang dibakar.

Tiba-tiba sinar mataku hilang bersama auranya.....apakah ia sebuah rindu? Atau sekadar luka yang berulang?

Ahad, 10 Julai 2011

MELAWAN KANSER

Ingin sekali aku berkongsi pengalaman dengan semua apalagi yang sedang berjuang melawannya.
Kanser merupakan satu penyakit yang sangat di geruni saat ini. Ini adalah kerana kita hanya dapat mengesannya apabila tubuh kita mula merasa tak selesa dan kita memiliki tanda-tandanya. Dan pada waktu itu kita telah pun disahkan berada pada tahap 2 sekurang-kurangnya. Dan ada yang lebih menyedihkan lagi bila diberitahu berada di tahap 4.......last stage.

Dan itulah yang telah aku lalui dan melihat semua kesengsaraan dari mula hingga ke akhirnya. Bila kanser mula dikesan sebagai gastrik.....puas ditelan semua uabt gastrik akhirnya disahkan kanser salur makan tahap dua. Menantikan temujanji pakar mengambil masa sebulan untuk disahkan tahap 2. Tapi dengan yakin kami melalui kimoterapi dengan harapan akan ada perubahan.

Dalam tempoh itu, jauh di sudut hatiku sebagai seorang isteri....sedihku mula bertapak tapi aku tak pernah menzahirkannya kerana aku tahu dia pasti lebih merana jika wajahku berbayang duka. Sesungguhnya bila kanser itu sudah dikesan, ia merebak terlalu cepat. Kimoterapi pun tak mungkin akan ada kesannya. Hanya 5 bulan mampu bertahan. Doktor pakar sebenarnya dah memaklumkan situasi sebenar supaya aku lebih bersedia menghadapi kenyataan.

Kekuatan seorang yang mengidap kanser sebenarnya bukanlah terletak pada dirinya. Tapi pada orang yang hampir dengannya. Sesungguhnya kitalah yang memerlukan kekuatan itu lebih dari mereka yang menderitainya. Kerana yang menderita memerlukan senyuman dan belaian kasih bukan simpati.

Menderita melihat kesengsaraan tersayang bukanlah satu pengalaman yang indah untuk dikongsi. Tetapi biarlah kekuatan kita mengharunginya dapat dikongsi supaya insan lain boleh tersenyum dalam duka.

Tangisan dalam sepi boleh memakan diri. Tiada kekuatan lain bagi seorang wanita bergelar isteri. Hanya airmata peneman duka . Masih bisa tersenyum dan ketawa tapi dalam hatinya luka bernanah x mampu dibendung.

Pesakit kanser selalunya tiada harapan sembuhnya. Sememangnya mereka sedia menerima kenyataan itu. Tetapi apa yang lebih menderitakan adalah perasaan sedih yang mereka tinggalkan. Kerana mereka tahu anak, isteri bakal ditinggalkan tanpa nakhoda.

Kuatkanlah jiwamu wahai sang isteri andai suamimu menderita. Dan bagi sang suami pula, setialah di sisi selagi masih ade harinya. Kerana sebelum sampai nokhtahnya perjuangan belum berakhir.

Panjatkanlah doa tanpa jemu. Senyumlah selalu tanpa keluh kesah. Biarkanlah hari-hari berlalu tanpa kiraan dan lepaskanlah ia bila tiba waktunya dengan penuh rela, meskipun ia terlalu perit untuk ditelan.

Hanya DIA yang lebih mengetahui apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.

CINTA INTERNET

Hari ni aku diajukan topik ini pula. Biasanya cinta internet ni terkenal di kalangan anak muda sekarang. Berkenalan di FB dan bercinta.

Sejauh manakah pertemuan di alam maya ini mampu bertahan dan berakhir ke jinjang pelamin? Dan seterusnya mengecap kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Berkenalan di fb ni hanya lah dengan permulaan salam. Hari demi hari, apa yang kita panggil "chatting" ni menjadi satu kebiasaan dan sebagai media penghubung di antara satu sama lain yang dekat mahupun yang jauh.

Tetapi apakah kita dapat melihat sejauh manakah kejujuran dan keikhlasan rakan fb kita tu? Tak kurang juga berita didengar, ramai yang tertipu dan kecewa. Mudah terpedaya dengan bahasa indah di guna. Selalunya ramai gadis dan wanita yang menjadi mangsa. Sebenarnya semua ini bergantung kepada individu itu sendiri. Menilai kejujuran dan keperibadian seseorang melalui bahasa, percakapan dan tingkahlaku. Ada ketikanya walaupun berjumpa di alam nyata, kebahagiaan tak sampai ke mana.

Gunakanlah iman dan ilmu serta kebijaksanaan dalam menilai sebuah persahabatan ataupun perhubungan. Sememangnya jodoh pertemuan, ajal dan maut adalah ketentuan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tapi hanya Tuhan yang menentukan.

Perkahwinanku juga bermula di internet. Dan bahagia hingga ke akhir hayatnya. Segala-galanya terletak pada kebijaksanaan kita menerima dan mengolah serta menterjemahkannya ke realiti.


Sabtu, 9 Julai 2011

CEMBURU YANG MEMBUNUH

Membina sebuah perhubungan memerlukan begitu banyak pengorbanan. Kita perlu mengorbankan keegooan, memberi dan menerima segala perkongsian bersama.

Mencari keseserasian adalah satu cara terbaik bagi memulakan satu perhubungan. Samada sebagai sahabat ataupun kekasih. Dalam perjalanan seharian, kita bertemu pelbagai ragam dan rentak hidup individu. Kita perlu menyesuaikan diri dengan setiap keadaan dan individu yang berbeza. Dalam mencari keserasian kita perlukan keakraban dan kemesraan dalam menjalinkan perhubungan.

Tetapi kadangkala perasan cemburu itu timbul. Kenapa perlu ada? Atau mungkinkah sepatutnya ia ada? Cemburu itu ada ketikanya perlu bagi menjaga hubungan. Supaya kita lebih beringat dan berhati-hati.....supaya kita lebih menghargai apa yang kita miliki.

Tetapi cemburu yang keterlaluan hanya akan merosakkan jiwa dan membunuh emosi. Juga akan merosakkan perhubungan akhirnya. Bila jiwa mati akibat cemburu.......maka tiada lagi ketulusan dan kejujuran. Apa lagi yang tinggal untuk dipelihara bersama kesetiaan andai segalanya berkubur bersama cemburu yang buta.

SANDARKAN PADA KENANGAN

Ku lemparkan tubuh kecilku ini ke sofa lama yang uzur. Segenap resah ku lepaskan sehela nafasku. Aku membaringkan diri .....merenung tepat ke syiling rumah. Ahhhh...lapang rasanya.

Cuba ku pejamkan mata mencari lelap. Tapi yang menjelma....seraut wajah yang telah lama hilang. Bingkas ku bangun kiranya aku tersentap. Wajah itu masih di mataku. Bukanlah aku bermimpi.....manisnya senyuman terpahat tak mampu aku lupakan.

Aku memperbetulkan silaku. Dia datang berbicara bersama sepoi angin yang menyapa lembut wajahku. Sayang....ku lihat kau kelesuan. Meratah waktu sepimu bersama memori......kau masih menyanyi lagu itu di waktu sedihmu. Ku pandang seraut wajah dalam samar menghilang.

Fuhhhh....kenapa titis airmata melabuh sendu? Kiranya rindu ini tak termampu aku simpulkan, bagaimana mungkin ku undang hari esok yang belum pasti sejarahnya mengambil tempat berlabuh. Sandaran hatiku pada kenanganmu dan manisnya rindu ku siram di kelopak cintamu.

Ku Menunggu




ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu

cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku

reff:
haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu

repeat reff

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu dan juga rindu
dan aku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
ku tetap menunggu

Jumaat, 8 Julai 2011

PELARIAN

Dalam kehidupan yang penuh ranjau....kita sering diasak dengan pelbagai persoalan. Adakalanya persoalan itu memerlukan jawapan segera. Tetapi ada ketikanya jawapan itu cuma ada di sepanjang perjalanan hidup kita.

Sebenarnya kita seperti pelarian. Takut di pukul ombak kita berlaki ke pantai. Takut dibadai tsunami kita berumah di tebing tinggi. Tapi bila tebing pula yang runtuh, kita lari lagi mencari perlindungan baru.

Bila kita dihujani persoalan demi persoalan tanpa jawapan yang kita mampu beri, kita pasti akan rasa tertekan dan kadangkala kita membiarkan soalan itu tanpa jawapan. Tapi sejauh manakah dan sampai bila kita akan terus dan mampu berlari? Adakah sehingga umur kita merangkak senja sekalipun kita kan terus berlari?

Sememangnya kita ibarat pelarian di dalam diri kita sendiri. Berlari dalam kitaran hidup dan pusingan waktu yang sama sehinggalah nafas terakhir berhembus....

MERINDUI DAN DIRINDUI

Tajuk ini diajukan oleh seorang sahabat lama. Entah apa maksud tersirat cuba kita renungkan. Istilah rindu biasanya diguna pakai oleh pasangan yang bercinta. Tetapi kalimah rindu itu sebenarnya mencangkupi ruang yang sangat luas.

Bila terpisah dari seseorang yang hampir atau rapat dengan kita, kita pasti akan selalu merasai ketiadaannya di sisi. Rasa kehilangan itulah yang dinamakan rindu. Rindu pada keluarga, rindu pada suami, isteri, anak-anak dan rindu pada sahabat yang lama terpisah. Juga......rindu pada sebuah pemergian yang abadi.

Terjemahan rindu itu sendiri bergantung kepada individu. Sebuah rindu aku abadikan buat yang tercinta. Pemergiannya tak akan kembali dan rindu itu telah ku simpan jauh di sudut hati. Rinduku jua pada sebuah ketenangan dan pada teman-teman yang telah lama aku asingkan. Kini bila rindu bersambut......warna-warna pelangi akan muncul semula.

Dan jarak waktu yang memisahkan itu juga akan menghadirkan satu perasaan berbalas di kalangan yang kita tinggalkan. Maka jadilah kita sebagai orang yang dirindui. Apakah rindu itu sebenarnya sebuah perasaan yang lahir dari kamus sayang atau sekadar pelengkap sebuah perjalanan kehidupan sehingga ketemu titik nokhtahnya.

MENCARI PELANGI

Renyai hujan mula reda
ah.....dinginnya malam ini
bagai menusuk tulang temulang
memecah rasa berbuku

masih ku tunggu
janji hujan sebelum gugurnya
jangan gusarkan kesuraman
sebentar pasti pelangi indah kan menjelma

ah.....malam sudah kelewatan
aku masih mengintai jendela
dalam hembusan bayu pagi
bertanya pada bintang yang setia....
apakah kau melindungi warna pelangiku?

bagai tersenyum sang bintang di angkasa
sabarlah sang perindu
pelangimu pasti tiba
dipenghujung rindumu..................

Khamis, 7 Julai 2011

ANTARA DUA DARJAT

Bila kita berbicara tentang pangkat dan harta, kita mesti teringat pada filem lama Di antara 2 darjat. Senario yang sama dalam masyarakat hari ini. Meskipun hari ini manusia lebih bertamadun dan rata-rata masyarakat mempunyai tahap pendidikan yang cukup baik untuk menilai dan mematangkan diri, mereka masih gagal mengasingkan keperluan material dan kehendak semasa.

Bagai meletakkan harga pada maruah, mereka selalu memilih pangkat sebagai ukuran jaminan kebahagiaan. Jahilkah kita di zaman ini menjadikan maruah dan kebahagiaan sebagai sandaran hidup masa depan?

Kita berusaha mencari yang terbaik untuk diri dan keluarga. Itu bukanlah satu kesalahan tapi janganlah kita jadi hamba kebendaan. Sekiranya semua anugerah yang dikurnia Illahi itu ditarik sekelip mata, yang tinggal hanyalah iman di dada. Tanpanya kita akan hilang pedoman. Maka jadilah kita seperti mereka yang tidak siuman.

Janganlah sampai kita ditertawakan kerana kebodohan kita yang mencelah disebalik kebijaksaaan kita.

AURA

Aku sering mendengar kalimah aura diucapkan. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan aura? Sesuatu yang menarik minat atau perhatian orang lain pada kita? Benarkah aura itu wujud?

Begitu kuat penangan auraku hinggakan aku bisa menarik perhatian seorang yang selama ini bukanlah peminat fb menjadi terpaku di muka fb ini sambil beceloteh panjang. Tanpa aku menyedari, topik demi topik silih berganti tanpa jemu. Ketawa, gurau senda menzahirkan satu kepuasan kepada minda.

Mampukah aura menjadikan kita lebih baik? Atau sekadar menangguk di air yang keruh? Pengaruh pandangan mata atau senyuman seseorang itu, sebenarnya adalah aura semualajadi. Ia mampu merubah situasi orang disekeliling kita. Dengannya kita akan sentiasa ada yang menemani sebagai sahabat dan teman . Senyumlah dari bibir dan zahirkanlah di matamu keikhlasan maka auramu akan sentiasa terpancar.

Bukan Ku Tak Sudi






Ku anggapkan semalam
Satu kenangan yang suram
Bila cinta kita
Putus di jalan

Ku harapkan impian
Menjadi kenyataan
Namun aku kecewa

Mudahnya waktu melafazkan janji
Engkau dan aku berdua serupa
Rupanya mentari dalam mainan percintaan

Telahpun ku bentangkan segalanya
Mencari entah dimana silapnya
Jelas asmara kecundang jua

Bukan ku tak sudi kasih
Untuk bersamamu bercinta lagi
Kerna antara kita
Tidak sehaluan lagi

Maafkan diriku sayang
Menolak cintamu untuk kali ini
Walaupun ku tahu
Bersungguh benar rasa hatimu

KEMELUT SEBUAH RINDU

Di persimpangan ini, aku melihat begitu banyak lorong-lorong pintas. Aku termanggu membuat keputusan....jalan mana yang harus aku ikut. Ada yang bertanda jalan mati. Ada di satu cabang bertulis.....lorong ini jalannya berliku. Di satu cabang pula.....lorong ni tiada berpenghuni. Aku maju selangkah lagi......ada nota disisipkan diranting berduri. Katanya "wahai si kembara yang sepi, majulah selangkah lagi. Di hujung lorong itu ada persinggahan buatmu."

Ku susur laluan yang sepi itu. Di kiri kanannya .....lalang-lalang kering kehausan, kelayuan, kepanasan. Aku dibakar teriknya bahang matahari, di bawah bebayangnya aku menyusun langkah longlai ......mengikut kata hati.

Terasa beratnya perasaan ku galas. Tak bertapis resah bersarang di jiwa. Peluh menitis bagai melepas lelah jalanan. Ku harung jua satu pencarian. Di nota itu ada secebis garapan.....aku menantimu.

Resahku kian berkocak. Di dadaku berakar umbi rantaian persoalan. Apakah cambahan rindu sudah bersemi atau sekadar emosi yang tak pasti.
Di hentian ini aku berlabuh. Ku pahat resah di hujung muara. Ku lempar secebis rasa yang terungkai. Ku sapa angin yang berhembus....bawalah camarku ke hentiannya. Agar kecantikannya terpelihara.

Rabu, 6 Julai 2011

BILA CAMAR BERBUNYI

Bila hati digamit rindu, berbisikkah alunan sepiku? Berbicara soal hati....pasti banyak persoalannya. Menjadi seorang wanita yang sempurna bukanlah mudah. Dengan secangkir ketabahan yang tersisa aku mengumpul setiap kekuatan untuk memiliki semula sebuah cinta paling indah dalam diri seorang wanita.

Likuan hidup mendewasakan.....betapa perjalanan ini menuntut begitu banyak pengorbanan. Tanpa kita sedari kita bisa melukakan diri sendiri untuk membiarkan orang lain tersenyum. Tapi sebagai insan sampai bilakah kita mampu merelakannya?

Kenyataannya ..........beranikah diri membuka kembali sebuah ruang yang kosong untuk diisi? Bisakah ku usap tangis dan sendu kelmarin? Menjahit retak pada impian yang punah........

Selasa, 5 Julai 2011

ah...........kisah hati dendangan Alia berlagu di minda. Hari ini bagai kapal hilang kemudi. Terasa kosong diawang-awang. Semangatku bagai direntap sama sekali.

Kenapa? Ku lihat camar semakin jauh berlalu. Tak termampu aku menggapai. Secebis impian bagai luluh berkecai.....hambar terasa senyuman yang terukir.


SEDETIK INI

Bertelungku di gigi air
menyorot pandangan senja yang tiba
menyorong tarik matahari dan bulan
berganti tugas mewarnai alam

derasnya bunyi air di terjunan
hiruk pikuk kota semakin reda
di hujung belantara menyanyi lagu anak kembara
sayup kedengaran membelah keheningan senja

camar berterbangan mencari haluan
sedang di sini fikiran entah ke mana di bawa
entah apa yang bertamu
mengusik sepi sang perindu
meratah luka lama
tapi masih setia menanti
pada kunjungan yang tak pasti

lelah ku lepas di tebing kali
menghela nafas menguis jemu
seribu persoalan tak ku temu jawapan
ku papah jua keresahan
menyorot cahaya rembulan kesiangan


Isnin, 4 Julai 2011

APA YANG KITA CARI DALAM HIDUP

Apakah yang sebenarnya kita cari? Cinta? Kebahagiaan? Harta? Pangkat? Atau seumpamanya?
Cuba kita renungkan kalimah perjalanan seharian kita dari kita lahir sehinggalah umur kita kini.

Satu jarak masa yang memakan waktu dan menuntut begitu banyak pilihan dan kemampuan kita untuk mengharunginya. Dari sekecil bayi, kita belajar.......belajar setiap saat sesuatu yang baru. Dan semakin meningkat usia, kita semakin didesak untuk mencari sesuatu yang dipanggil kehendak dan keperluan. Ada ketikanya, kita gagal membezakan di antara keperluan dan kehendak.

Bila mula mengenali alam persekolahan, kita berusaha mencapai kejayaan dalam akademik semata-mata untuk mendapatkan pekerjaaan yang terbaik untuk bekal masa tua. Tetapi, apakah pencapaian terbaik dalam akademik menjamin kebahagiaan dan dapat menterjemahkan kejayaan yang sebenar?

Adakah yang berjawatan tinggi itu sebenarnya bahagia? Dan dapatkah kita mencari bahagia dalam kesibukan yang tak berpenghujung? Apa sebenarnya yang kita cari? Meskipun kita sudah memiliki jawatan yang baik, rumah yang mewah, kereta yang besar, anak-anak yang berjaya.....kita masih mencari. Mencari sesuatu yang sebenarnya kita tak pasti apakah ia.

Apa yang kita perlukan adalah ketenangan dalam diri yang dapat memacu hidup kita ke arah langkah yang positif. Dan dari situ kita akan dapat membuat pengisian rohani untuk bekal di kemudian hari. Dari hati yang bersih dan tenang, kita akan temukan cinta yang sejati, kebahagiaan yang abadi. Pencarian kita tak akan ada akhirnya selagi kita bernyawa kerana sebenarnya......kita tak pernah pasti apakah yang kita cari.........................

Selagi kita mencari kita tak akan temui sekiranya kita mencari tanpa arah.

Ahad, 3 Julai 2011

Aku termanggu sendirian. Entah kenapa hari ini bagai ada kehilangan dalam diri. Lagu di radio bagai tak menghiburkan lagi.

Aku dikejutkan dengan kebakaran yang berlaku selang beberapa blok dari rumahku akibat panahan petir. Aku lihat begitu ramai orang berkumpul. Api yang menjilat bumbung itu seperti membakar emosiku. Ah....aku berlalu bersama pelbagai rasa yang terbuku.

Simpati atas apa yang terjadi. Melihat mereka kehilangan ......tapi kehilangan aku mungkin tak sama.

Entah kenapa percaturan hari ini seperti suram. Langkah disusun bagai hilang arah. Renungan hambar mengisi petang yang suram. Aku lelah menunggu waktu hadirnya ia..........

Sabtu, 2 Julai 2011

BILA SI CAMAR PULANG

jauh sudah berkelana
terasa lelahnya perjalanan berabad
telah ku kutip lautan pengalaman
dengan rentetan rindu yang bersisip....
aku melepas helah di dahan tua

ah.......sampai bila kelanaku kan berakhir
sedang aku dihambat angin kencang
sesekala aku jatuh ....
gagal menentang derasnya tiupan
jatuh dan bangun.....
terbang semula menerjah angkasa

luasnya terhampar tak daya nak ku telah lagi
ku singgah sejenak di gigi air
menghilangkan haus
sebelum ku lengkapkan percaturan
pulang........atau ku teruskan perjalanan..................



REZEKI VS AKADEMIK

Seorang ibu atau ayah amatlah mengharapkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran anak-anaknya. Semiskin mana sekalipun, kita masih menyimpan harapan semoga anak kita akan berjaya.

Tapi , cuba kita lihat kesibukan ibubapa di bandaraya.......dan bandingkan pula kehidupan ibubapa di desa atau yang berpendapatan rendah. Di kota besar ibu atau bapa terlalu sibuk dengan kerjaya dan berusaha mendapatkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka mampu menghantar anak-anak ke kelasa tambahan, kelas tarian, kelas muzik dan sebagainya dengan harapan anak-anak mereka akan berjaya dan menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Tak dinafikan juga ada yang terabai dek kesibukan kerjaya orang tuanya.

Tetapi apakah kecemerlangan akademik itu sebenarnya satu perkara wajib bagi menentukan kejayaan dan kebahagiaan individu? Ada juga anak-anak yang tidak berlatar belakang kan pencapaian akademik yang cemerlang tapi mereka mampu bangun dan berjaya lebih baik dari anak-anak yang hidupnya sempurna dan menerima segala input yang terbaik dari ibubapanya.

Tugas kita adalah mencari rezeki yang halal buat keluarga dan tanggungjawab kita membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang tanpa kita membezakan sumbangan setiap anak itu di masa depan kerana kasih kita akan menjadikan mereka insan yang sebenarnya.

Saling Merindu




Usah kau tangiskan pada cinta lama
Usah kau impikan kita 'kan bersama
Biarkan ia terus berlalu...
Bagaikan mimpi hilang di mata


Kini kau kembali merayu lagi
Kaitkan semula madah-madah cinta
Harapkan bebunga berputik semula
Yang telah lama...
Gugur ke bumi


Dalam sukma mimpiku
Ia telah berlalu
Cinta yang dulu suci
Bagiku tiada lagi...


Aku yang masih
Ditaman ini
Mencari bunga
Mawar berduri
Ku sangka madu
Racun berbisa
Itulah Hakikatnya...


Nak ku tinggalkan
Terasa sayang
Ingin ku belai
Tangan tak sampai
Pastinya kita
Saling merindu
Ku masih cinta pada mu...

Rossa – Hati Yang Kau Sakiti





Jangan pernah katakan bahwa
Cintamu hanya untukku
Karna kini kau telah membaginya

[+]
fkan bila memang kini
Harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai

[++]
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

Reff:
Ku menangis membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Aku lah hati yang telah kau sakiti

Back to [+], [++]
Back to Reff

Ku menangis
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah kau sakiti

Jumaat, 1 Julai 2011

PERSOALAN

Cuba kita berhenti sejenak dari berfikir..........kosongkan minda. Buang segala resah, segala rasa dan segala apa juga. Letakkan diri kita pada satu titik bermula...

Dari mana asal kita? Bagaimana kita bermula? Kenapa sejauh ini kita melangkah tapi kita masih belum sampai pada satu arah? Apakah terlalu banyak percaturan yang kita buat? Atau sememangnya kita tak punya pilihan?

Terpaksa menyerah kepada keadaan tanpa berjuang? Kenapa begitu banyak persoalan yang kita tak mampu berikan jawapan dalam hidup kita? Mungkin kerana .....jiwa kita kosong. Mungkin juga sebab kita selalu lari dari kenyataan.

Mampukah minda kita menerima jawapan negatif? Mampukah hati kita menerima kenyataan yg pedih? Sanggupkah kita menerima penolakkan? Dan apakah kita sanggup untuk membuat perubahan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...