Khamis, 29 Ogos 2013

Ramadhan berinjak pergi

tanpa ku sedari ....lambaiannya semakin menjauh
menjinjit rindu berbekal pada kiriman tak putus
selelap mata terpejam
sehari berunjur pergi

lampiran resah dan rindu berlegar
antara ...
salam yang bersambut
antara rindu yang berlegar
tamu bertamu
dan rinduku tak bersahut jua

izinkanlah ku titip rindu yang bernyanyi
di kembara tanpa henti
kerna ia tak mungkin berakhir lagi

andai ia rapuh

saat hati tak mampu bertahan
lepaskanlah deraiannya
kalam tak mampu bercerita
tentang rasa menyelimut dada
leraikanlah jangan di pikul sebak bertamu
sesempit lorong itu mengunci hati
sabarlah meniti
rapuhnya titianmu berganti
di tiap likuan berduri

Isnin, 26 Ogos 2013

SYAWAL 2013 aku sekeluarga menyambutnya jauh dari kampung halaman.  Inilah keluarga kami yang besar di sini. Tetangga yang sentiasa ada di waktu majlis utama dan yang menjenguk waktu sakitku.  Sesungguhnya kurniaan Illahi itu amat besar maknanya bagiku.  Walaupun terpisah jauh dari keluarga kami tak tersisih di rantau orang.  Sentiasa ceria dan dihormati.  Pemergiannya meskipun meninggalkan kesan yang pedih,  ia mengajar aku untuk berdikari dan semakin tabah mengharungi rintangan yang mendatang.  Sesungguhnya aku tak pernah kesal atas apa yang terjadi dan aku bersyukur diberi peluang ini untuk merasai kasih sayang keluarga yang besar....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...