Rabu, 31 Oktober 2012

ke langit mendongak impian

terkunci bicara kala pilu menyapa
terkaku seraut wajah
berlegar di maya
menuntun resah berlari
di kaki lurah rindu
jiwa mati
lara bersahutan
tangisan dan esakan
bergilir dalam waktu
tanpa sepatah bicara merungkai
.............

membisu
mencari bait kata untuk diukir
pada kalimah yang pudar
rebah menyembah
padaMu ku berserah
mengharap rahmatMu
mengharap hidayahMu

dan guliran waktu yang berlalu
memadam impian kelmarin
ku singkap hijab lara
demi kalimah azimat
aku berdiri
sendiri di sini
di bawah silauan kejora
di payung mentari kasih
aku akan terus teguh berdiri
menyulam mimpi dan bahgia
di maya pada

Selasa, 30 Oktober 2012

Terima Kasih Segalanya - Lestari

Boleh Layannnnn................

Walau sekadar lagu dan lirik ....

Lagu ni memang sedap didengar buat seseorang  insan yang kehilangan sesuatu atau putus cinte atau sebagainya......

Rileks minda ....

So Layannnnn lagu Rock Kapak tangkap jiwang. 








Terima kasih ku ucap kepadamu
Kerana sudi menyayangi diriku
Semoga kita bersama dan setia

Aku bersyukur pada Tuhan Yang Esa
Kerana dia yang menemukan kita
Semoga kita mendapat rahmat darinya
Hidup bahagia

Oh kasih indahnya kurasakan
Sewaktu engkau ada bersama di sisiku
Indahnya cintamu

Biarpun apa yang terjadi rela ku tempuh
Asal kau tahu hargai pengorbananku ini
Terhadap dirimu
http://lirikami.blogspot.com

Sewaktu kau berduka aku ada di sisimu menemani
Sewaktu kau gembira jangan pula kau lupa diri ini
Andainya aku tiada
Abadikan cinta kita sepanjang hayatmu

Terima kasih ku ucap kepadamu
Kerana sudi menyayangi diriku
Semoga kita bersama dan setia
Hidup bahagia...


Isnin, 29 Oktober 2012

kuisan rindu

mampukah aku menguis hadirnya rindu
kala naluri berkata
sebak di dada berlumut luka
aku cuba menjernih keruhnya airmata yang tertumpah
dan melenyapkan mimpi
dari meracuni kalbu sepi
segalanya bukan untuk ku

ku cuba beralu pergi
memujuk rindu yang bertamu
kiranya tempatku bukan di sini
maafkanlah

OLAN - Kenangan Semalam

Jumaat, 19 Oktober 2012

Coretan Wajahmu





Tiap hari ku memerhati, coretan wajahmu
Yang ku pamer di atas meja di dalam kamarku
Tak terasa kenangan lama, kembali menggangguku
Terungkap kisah yang lalu, antara kau dan aku

Bagaikan di air tenang
Wajahmu jelas terbayang
Kau datang dan kau hilang, pulanglah oh sayang
Ku langkahi ranjau berduri
Ku tempuhi dengan berani
Berlari dan mencari wajahmu oh kasih

Tiap kali ku merenungi, coretan wajahmu
Kerinduan meragut hati, membelai di jiwaku
Tak terhenti ku menyesali, mengapa kau pergi
Kebetulan tiada jawapan yang dapat ku temui

Di bawah sinaran rembulan rinduku kian mendalam
Lemas bersama khayalan, hilang dalam impian
Kau biarkan daku terseksa, merana dalam sengsara
Menempuh segala derita, musnah kerana cinta
Di dalam kamar yang usang, kau teruskan hidupku
Dan potretmu masih di situ buat pengubat rindu

Rabu, 17 Oktober 2012

..............di mana ada harumnya mawar desa
                  pasti  kejora dapat ketemu......

Selasa, 16 Oktober 2012

kasih di maya pada

kemas ku kunci ruang hati
menepis luka dari kembali
bertahan memamah sepi
berabad tersisip mimpi
tak ku cuba melolos diri
kerna nyatanya darah merah
membeku likat menakung sendu

tertoreh rasa di kaki tawa
terluak resah bertebing curiga
permainan atau sendaloka
di lembar maya tak berkata

rejaman nista bertualang dusta
kasih disula bermandi nista
sekujur tubuh terdampar
di juraian janji tak terkota

maya atau nyata
hadirku tak dikira
luka berantaian
sendu bertautan

Jumaat, 12 Oktober 2012

darjat

hingga ke hari ini....pangkat dan harta masih menjadi ukuran.  aku lelah meniti likuannya selagi selimutku berjarumkan benci.  aku cuba melorot resah dipinggir duka dan cuba membina harapan di dunia baru.  sayangnya garis kebendaan masih tebal diukur. rebah dan tersungkur dalam ruang sempit yang terkunci.

tiada ruang untuk berdiri.  lemas dihimpit duka dan kecewa.  di dahan rapuh cuba berpaut tapi jatuh jua tanpa ku takik dahannya.   rentasan ego di lontar ke muka. siapakah yang peduli  ?

Khamis, 11 Oktober 2012

bila hatinya terguris

sehening subuh itu
resah berlagu menyahuut azan
rentak hati celaru
tak terucap patah bicara
hanya padaNya jua berserah

kala sekeping  rasa retak
di kaca mata hati
menusuk sembilu jiwa
lukanya tak berdarah merah
namun
ngilunya terasa jua

berlalu
tanpa salam kemaafan
kerna
sembilu itu
menjalar dalam nadiku
dan menikam
di setiap kali
wajah itu hadir
melengah hiba

Jumaat, 5 Oktober 2012

hirupan rindu

bila rindu tak pernah terhakis
kasih itu menjadi tembok
ditembus duka kelmarin
melayar bahtera hidup
dalam kaitan sejarah kelmarin
dia hadir bertamu
dalam hembusan lembut angin menyapa pipi
singgah sedetik
dan berlalu
kini....sendirian lagi
menghirup rindu dalam sendu

Isnin, 1 Oktober 2012

29/9/2012 ITM D KENDURI PERKAHWINAN ANAK EN SHAMSURY DAN PUAN RODZYAH



Meskipun lebih 21 tahun telah berlalu, kesinambungan silaturrahim tak pernah putus.  Jarak tak mampu memisahkan kenangan dan majlis ini menemukan biarpun hanya sebilangan kecil tapi ia amat bermakna .  Antara sahabat dan pensyarah. ....antara rindu dan kenangan, kita berkumpul meskipun saling kurang mengenali antara satu sama lain. Terima kasih atas keramahan. terima kasih atas kesudian. terima kasih atas kenangan terbaru ini....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...