Khamis, 22 September 2011

BIARLAH RAHSIA

tatkala epilog duka menyulam rasa
selembar ruang menghampar bicara
tinta menari lagunya tari
rentak perindu rentaknya sendu

dari kejauhan menyiram rindu
bebunga dedaunan mula berputik
di hujung episod lara yang perit
memamah sepi berbingkai sendu
putiknya kembang berbunga kasih

apakah yang paling indah bagi sang perindu
adakah rindu yang bermukim
atau kasih yang bersahutan?

tatkala jiwa dibadai resah
menepis keangkuhan
seribu persoalan menerjah
cuba merungkai jawapan
dalam kemelut menagih ruang

terdampar kepenatan mengejar resah
pada rasa yang sukar dimengertikan
apakah rahsia hati terjawab sudah
atau sememangnya belukar resah itu
memerangkap jawabya....
dalam rahsia nuraniku......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...