Selasa, 2 Julai 2013

aku lah pengasasnya dalam kenangan

2 tahun yang lepas, atas usahaku dan rakan seangkatan....kami telah menubuhkan badan penaja sekolah rendah dengan tujuan untuk mencari semula kawan-kawan yang terpisah 29 tahun yang lalu..  maka terbentuklah MAJLIS PERMUAFAKATAN BEKAS MURID DAN GURU bagi SEK KEB SULTAN IDRIS II KUALA KANGSAR.  Sambutan yang menggalakkan.  pada tahun 2011 kami berjaya menganjurkan majlis raya yang pertama di sekolah dan telah berjaya mengumpulkan lebih 70 orang bekas pelajar dab bekas guru. dan pada tahun 2012 sambutan tahun ini juga mendapat penyertaan lebih dari 50 bekas pelajar.  semuanya amat membanggakan.

kini, mengorak setapak lagi menuju ke arah perkembangan yang lebih baik. penubuhan alumni sekolah.  kini majlis akan berada dalam landasan yang lebih baik.  syukurlah aku sebagi pengasasnya akan tercatit dalam sejarahnya sampai bila-bila.

aku bangga menjadi diriku.....kerana usahaku tak sia-sia.

SEMARAKKAN KENANGAN KUKUHKAN UKHUWAH....

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...