Rabu, 25 Disember 2013

berbahagialah jay n nuar 25/12/2013

hari ini sahabat lamaku telah selamat disatukan dengan akad yaang sah.  kisah cinta zaman kolej dulu kini dipertemukan semula dengan izinNya. lebih 22 tahun masing-masing membawa haluan hidup sendiri bila cinta terputus di tengah jalan.  masing-masing meneroka bahagia rumahtangga sendiri tapi sayangnya bahtera yang dilayar karam di tengah jalan.  kedua-duanya gagal dalam perkahwinan yang pertama.

kedua-duanya sahabatku.  siapa yang menduga pertemuan semula ini menyatukan semula dua hati.  walaupun dengan status yang berbeza tapi kekuataan cinta yang sama.

aku tumpang gembira kerna mereka disatukan semula setelah perjalanan usia semakin tua meniti masa.  alhamdulillah cinta itu milik mereka.

entah bila cinta akan menjadi milikku jua.......................

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...