Khamis, 17 November 2011

MEMORI KENANGAN SILAM

Perjalanan bermula jam 7 malam 10/11/2011 menuju ke Larkin Sentral bersama putera dan puteriku. Menaiki bas Maju Ekspress jam 8 malam menuju destinasi Butterworth......perjalanan paling jauh sejak 9 tahun aku menetap d JB. anak-anak memamg teruja untuk percutian yg sekian kalinya. apa lagi lah yg si bongsu.

perjalanan yang mengambil masa 10 jam itu aku rasakan teramat panjang. 2 jam pertama aku masih berada dalam negeri Johor. barulah aku tahu betapa jauhnya aku dari keluarga dan rakan-rakan. aku menjadi rindu pada kampung halaman....

puteri bongsuku mula tidak selesa dengan kesejukan yang amat sangat. perjalanan yang meletihkan. atas nama semangat setiakawan aku yakin atas apa yang telah diaturkanNya. akhirnya perjalanan tiba ke destinasinya....Butterworth. dalam dingin Subuh itu, aku mencari gerangan yang menyambut ketibaan kami. dari jauh kelihatan senyum sipu Md Zan Durany @ Ustaz Md Zan. setelah 24 tahun tak berjumpa.

semua telah diaturkan dengan sempurna. aku sekeluarga di bawa ke An-Nahdhoh Inn di satu pusat tahfiz di Kubang Semang untuk berehat sebelum di bawa ke Pulau pinang. Tempat yang cantik dan mendamaikan. Semuanya keletihan...menjamah sarapan nasi goreng di pagi hari itu. Tak lama semuanya ketiduran dek kerana keletihan yang panjang. Menjelang Jumaat terjaga oleh deringan telefon..

selepas solat Jumaat, bersiap-siap untuk bergerak menuju destinasi sepatutnya. tapi disebabkan kesesakan jalanraya taxi yang disewa lewat tibanya hingga mencecah jam 4 petang. Akhirnya meninggalkan An-Nahdhoh menuju ke Klinik Kesihatan Kubang Semang untuk kecemasan Asma si bongsu. hampis sejam di situ.

oleh kerana dah kelewatan tak dapatlah menemui adikku di Klinik Juru. Perjalanan di teruskan menuju ke jeti kerana si bongsu teringin naik feri.riuh sekali anak-anak berbual dgn abang Nan pemandu teksi yang juga kawan Ustaz Zan. Anak-anak kelihatan gembira. alhamdulillah itulah yang aku harapkan.

oleh kerana kelewatan kami hanya sempat singgah di Padang Kota Lama untuk bergambar. terus menuju ke Paradise Sandy Bay, Tg Bungah setelah menerima panggillan dari Bob Buhari untuk menyertai makan malam bersama ahli yang lain. alhamdulillah jam 7.30 malam kami selamat tiba ke destinasi.

di sambut Lan Nor dan Bob Buhari selaku AJK .....kami di tempatkan di 901. Semuanya sempurna. alhamdulillah. lepas dinner anak-anak terus ke bilik. aku bersantai bersama teman-teman lain di lobi hotel hampir jam 1 pagi. yang ada waktu tu cuma aku seorang saja perempuan. Seorang lagi belum tiba. semuanya ok.

mereka semua keluar minum dan aku terus menuju ke bilik untuk bersama anak-anak. waktu itu anak sulongku telah pun tiba dari Perlis dan berada di hotel bersebelahan...ah..rindunya.

pagi esoknya sarapan di hantar ke bilik. bihun goreng dan teh. jam 10 semua dah berada dipantai untuk mini sukan. walaupun simple dan tak ramai, cuma 12 keluarga, ia amat meriah. yang pasti anak-anak gembira sekali. bagiku ruang kekusutan itu terbuka seketika. melihat laut lepas tenang sekali rasanya. aku mampu ketawa dan tersenyum bersama mereka. dalam diam aku rindu....rindu pada yang telah pergi dan rindu pada yang ada di sisi.

selepas zohor, semua rakan-rakan TI bergerak menuju ke sekolah. Banyak perubahan yang ketara. Nostalgia lama terpampang jelas di depan mata. Meskipun aku tidak banyak menyimpan kenangan di sana, kehadiran ku hari ini memberi kekuatan pada jiwa.
aku lihat rakan-rakan TI lain ketawa besar mengenangkan kenakalan mereka di zaman sekolah dulu. aku hanya mampu tersenyum kerana tiada apa yang menarik untuk dikongsi.

pulang dari sekolah singgah sebentar di Restoran Subaidah pekena roti banjir. sementara aku di sekolah anak-anak di hotel di bawa oleh kakaknya ke hotel sebelah untuk mandi kolam. pulang ke bilik aku ketiduran disebabkan aku mula merasa tidak sihat. sedangkan teman yang lain bergembira bersama keluarga di pantai. menjelang isyak semua sibuk bersiap untuk BBQ. kali ini lebih meriah sebab puteri sulongku menyertainya bersama. Di telekom resort kami menikmati makan malam bersama teman dan keluarga. akhirnya muncul juga teman sekelasku Azhar Abdullah dan Zaidi Fuaad dari Ipoh. rancak berbual dengan Ard dan bersambung pula dengan cikgoodeen. pulang ke hotel keluar minum beramai-ramai. aku turut serta sekian kalinya. hampir jam 1.30 pagi baru pulangnya. aku berbual dengan zaidi agak lama.

mulanya aku cuma mengenali Zan di sekolah dulu tapi yang lain hanya kenal di fb. alhamdulillah aku tidak kekok menyesuaikan diri. semuanya simple dan sporting.

pengalaman percutian yang tenang dan anak-anak gembira dan yang paling seronok sebab aku dapat memeluk puteri bongsuku sebelum dia menduduki peperiksaan SPM nya keesokkan harinya.

terima kasih kepada semua sahabat yang hadir. terima kasih atas persahabatan dan kenangan indah ini.

******BOB BUHARI, HAZLINA,SAIPOLYAZAN,CHE OMAR,MD ZAN,NOR AKMAL,HARIS, MIOR,CIKGOODEEN,NOOR AZLAN NOR, PAK WAN,AZHAR ABDULLAH, ZAIDI FUAAD,MOHD NASIR****

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...