Ahad, 6 November 2011

takbir di hujung rindu

setahun yang lalu. pada tarikh ini 6/11/2010, aku meraikan ulangtahun perkahwinanku yang ke-11 bersama suamiku dan seluruh keluarganya turut sama meraikan. Bonda mertuaku membelikan sebuah kek hadiah ulangtahun.

Dalam keuzurannya dia masih mampu tersenyum dalam pedih deritanya. senyuman manisnya masih berbayang di ruang mata tatkala rindu menjengah di jendela hati. agenda apa yang harus aku aturkan hari ini? Aidiladha tiba di celah rindu yang lara. dugaan ini datangnya bertimpa.

bezanya kali ini aku mampu menakung airmata hiba di tasik hati. cuma ku leraikan di makam persemadianmu agar tak terkurung resah diri yang berlarutan. aku kah perindu yang pasrah pada cinta yang bersemadi? ku panjatkan doa padamu wahai kekasihku, semadilah dikau di sana dengan tenang tatkala takbir bergema bersahut-sahutan......aku di sini mencari nafas baru dalam cinta yang kau tinggalkan.

meskipun kau tiada di sisi, cintamu masih segar menemani.

terima kasih di atas perjalanan yang kau beri. meskipun 11 tahun telah kau tinggalkan pesan....di hari ini pesanmu masih ku simpan. binalah empayar keluargamu sendiri kerana hanya itulah yang kau miliki....

tatkala takbir berkumandang, aku selami rindu di pusaramu. 9 bulan telah berlalu dan aku masih merindu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...