Khamis, 1 Disember 2011

kenangan 1982 kembali

tanggal 26/11/2011....satu tarikh yang ditunggu. selepas 29 tahun berlalu, aku memulakan perjalanan dengan harapan bertemu semula teman seangkatan 1982. bertemankan anakanda puteri bongsuku, aku ke Shah Alam. meski pun demam ku gagahi juga perjalanan ini.

pertemuan yang dijadualkan jam 6 petang itu, di hadiri 14 orang teman sekitar lembah klang. dan yang paling jauh Zunairi dari kerteh. setibanya aku di Kelab Shah Alam...Azizan, Shah, Faizul Maulud,Khal, Marimuthu, Zaini dan Azrin telah pun tiba. dan yang ladies yg nak sangat aku jumpa....Ellina dan Nailah telah pun sampai begitu juga Dalina. tak lama Aida pun tiba. menyusul pula Wan Nora dan Ariff dan khalili. Semuanya mula kecoh. tak seperti umur 41...semuanya macam kebudak2an. ketawa dan berbual menyoroti kenangan silam. semuanya indah dan meriah.

the best part there.....special delivery, puding caramel with ice-cream. so sweet. semua jeles. jangan marah...sibuk bergambo ngalahkan majlis kawin. klik, klik dan posing. sampai kul 12 malam tak nak gak beransur.

semua pulang dengan kerinduan yang terubat. meskipun cuma sebahagian yang dapat turut serta...kami gembira.

SKSI II 1977-1982 dalam kenangan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...