Sabtu, 31 Disember 2011

selamat tinggal 2011

aku memberi salam pada kehadiran 2011 dengan luka yang paling dalam, dengan tangis yang tak berhenti. aku rebah di ambang tabir tatkala bunga-bunga api dan mercun menerangi lelangit kelam. aku terus tenggelam dalam kalam hati yang terluka. dihimpit resah dan tangis sendu yang tak bertepi. aku cuba bangun dari seteguk kecewa yang hauskan kerinduan .....aku pasrah dalam cinta yang terhalang antara hijab dua alam....

aku lewati kepedihan masa lalu itu dalam jiwa yang bersarang cinta yang mati. aku bangun menepis banyak kehadiran yang resah menagih kasih. hati yang kelam mencerna hiba yang bersarang.....aku bingkas bangun tatkala tidurku disergah. dalam mimipi yang cuba ku bina syurga di dalamnya. aku lelah mencari jawabnya.

dipertengahannya ku temu sinar baru yang mendindingi duka ku. aku lihat warna kelam itu kian pudar di telan warna pelangi yang cukup indah. aku dapat merasai damainya pelangi petang yang melingkari...aku adalah nafas baru cinta yang abadi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...