Jumaat, 12 Oktober 2012

darjat

hingga ke hari ini....pangkat dan harta masih menjadi ukuran.  aku lelah meniti likuannya selagi selimutku berjarumkan benci.  aku cuba melorot resah dipinggir duka dan cuba membina harapan di dunia baru.  sayangnya garis kebendaan masih tebal diukur. rebah dan tersungkur dalam ruang sempit yang terkunci.

tiada ruang untuk berdiri.  lemas dihimpit duka dan kecewa.  di dahan rapuh cuba berpaut tapi jatuh jua tanpa ku takik dahannya.   rentasan ego di lontar ke muka. siapakah yang peduli  ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...