Jumaat, 27 Januari 2012

hanya kerana ......

aku hanyalah sekeping hati
yang jiwanya telah lama mati
aku adalah sekujur jasad
yang bergerak di landasan itu
tanpa warna pelangi
cahayanya juga pudar

namun hati ini masih bercahaya
senyum ini masih berseri
kerna harapan masih ada
untuk ku gapai bintang
menerangi kegelapan silamku

aku....bukanlah penghalang
pada bebayang sendiri
aku bukan jua tangis yang sendunya mati
aku adalah inspirasi
pada jiwa yang rapuh
kerana itu
akan ku gapai bintang
agar jalananku akan terus bersinar
dan ku bawa jua
bersamanya impian yang paling indah
untuk ku kecapi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...