Isnin, 18 Jun 2012

jejak rasa

ku cuba menyambut rasa itu
tergelincir di lumut kecewa
lantainya rapuh rasa
telah ku cuba menyauk rindu
tapi bertabur di kaki egoku

ahhhh......silaunya mentari
bebayang harapan jauh tertinggal
ku ekori jejak silam
dari rantai masa
minda terbawa igauan kelmarin
becak rindu
kolam hiba

ia masih samar pandanganku
kala ku hulur ruang hati
aku tersandung semula
di rantai kecewa
salah kah aku menggapainya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...