Jumaat, 7 Oktober 2011

INDAHNYA BAHASA KITA

kalau Melayu dia seloka
kalau Melayu dia bermadah
kalau Melayu manis bicara
kalau Melayu halus bahasa

Berhati-hati bila berkata
nilainya diri di hujung lidah
kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa

melukis seri bahasa kita
menegur tak menyinggung
menyindir santan berlada
lemakpun lemak
pedas terasa itulah orang kita

tegur kita tegur berlagu
menikam cara berpantun
meninggi tak menyombong
ayunan beralun indah terhimpun
kurang ajar tetap bersantun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...