menerima seadanya pasti lebih bermakna. tanpa persoalan, tanpa pertikaian......masa silam adalah coretan yang terpahat dalam memoir hidupku. dan perjalanan hari esok akan menjadi titipan hari ini. sebuah harapan hanya bisa dibina dengan hati yang terbuka.
aku sering melihat persahabatan yang dibayangi keegooan. apakah kebendaan dan pangkat nilainya lebih tinggi dari tulusnya persahabatan? syukurlah kerana dalam hidupku ini aku masih merasai kasih sayang dalam sebuah persahabatan. kerana itulah aku amat menghargai setiap persahabatan yang dihulur....kerana akulah lambang setianya persahabatan yang tulus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan