Selasa, 18 Oktober 2011

SELEPAS 20 TAHUN GRADUATE

.....16/10/2011 jam 2 petang di Bilik Impian Kelab Shah Alam aku mencipta sejarahku yang tersendiri. 20 tahun yg lepas aku menyimpan hasrat untuk mengadakan "reunion" untuk kawan-kawan ITM sempena Jubli Perak....25 tahun graduate. Selepas 11 tahun aku menyepi, setelah pemergian yang tercinta, aku kembali mencari persahabatan yang hilang. Aku berusaha untuk membuat sesuatu untuk membuktikan aku masih mampu membuka lembaran baru dalam hidupku.

Dalam serba kepayahan, aku cuba untuk menghubungi semua rakan-rakan di FB ni untuk menyertai. Biarpun pada mulanya perjalanan ini agak perlahan dan hampir-hampir terbatal. Mungkin kerana keyakinanku, semangatku dan kerana aku adalah diriku....aku yakin dengan apa yang aku lakukan.

Menjelangnya hari itu seribu satu rasa di benak hati bermain dan mengusik. Aku tak dapat bayangkan kegelisahan dan kerisauan yang bermain bila kehadiran mencecah 74 orang. Dengan serba kekurangan dan kerisauan ini aku hadapi dengan yakin juga.

Bila mereka mula tiba.....seorang demi seorang masuk dari dari pintu utama...aku dapat mengenali hampir kesemua yang hadir....majlis bermula dan terus berjalan dalam senyum dan tawa. Itulah kepuasan yang tak terhingga bila mereka ketawa dan berpelukan....akulah tunggak kejayaan ini. kerana aku digelar IRON LADY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...