Selasa, 26 Ogos 2014

segalanya tentang dia

satu saat aku cuba membuka ruang hati, memberi laluan sinar baru.......memberanikan diri mempertaruhkan bahagia.

satu saat aku cuba menyekat ruang rasa dihimpit resah......bersarang rasa tak berbagi
satu saat aku cuba menidakkan gelisah mimpi
satu saat aku cuba berbohong tentang rindu
satu saat aku cuba menyangkal erti kasih bertamu

sedang saat itu kian berlalu
sedang rasa itu membeku
sedang mimpi itu berlabuh
sedang kasih itu itu berlalu
aku masih di sini......
menanti resah di akhiri
menanti mimpi yang tak nyata
menanti rindu yang tak berpenghujung
menanti kasihmu tak kunjung datang

dan saat ini.....
ketika resah itu menjadi gundah
saat ini
ketika rasa itu tersudah
saat ini
ketika rindu tak menyapa
aku kian mengerti
perjalanan ku terhenti
di sebalik tabir malam yang sepi
di sebalik deru angin malam yang berlagu
di sebalik kalam yang bisu
tertulis nokhtahmu
kau tiada lagi
tiada bersamaku
membina mimpi
tiada di sisiku
mengesat titis airmata
tiada di sisiku
menyangkal nista bertimpa
tiada di sisiku
menyambut rindu yang menghujan hati

tersedar aku
dalam realiti
aku tak daya
walau menyentuh bebayangmu
tersendiri
dalam rindu yang panjang dan membungkam
tanpa pesan
tanpa salam
kau pergi.......

kini
aku cuba
cuba untuk berdiri
dengan bayangku sendiri
menjadi paksi
namun berpayung
di bawah lembayung kasihmu yang abadi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...