Ahad, 12 Ogos 2012

dan titisnya kembali

dan bila airmata mula menitis dan tak henti mencurah....dinding resah robek akhirnya.  aku lewati kalimah sabar dengan sekelumit cekal yang berbaki.  entah kenapa satu persatu goresan sendu mendatangi.  lopak rindu bertandang.  ruang resah bertamu. begitu banyak persoalan tanpa jawapan.  aku akur dalam redho.  kejamkah aku kiranya ku lupakan getiran semalam? semakin aku cuba kuburkan cinta lalu semakin besar goresannya..

dan aku terus berlari di onak berliku tanpa peduli tusukannya.  samada aku seorang yang tabah atau aku lakukannya kerna terpaksa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...