Khamis, 23 Ogos 2012

rindu yang terhakis

kelibat rindu di bayang itu
merantai resah di kaki tawa
aku meredah gerimis
cuba membasuh daki di tumit rindu
namun payah
lekit duka di celahan jari
sebati tona kulit
malam ku sedingin kasih yang tersemai
menyelimut retak jiwa
kala cinta itu terluka
dan bila kejora muncul semula
rekahan terlihat jelas
dan hati ini
masih di rantai rindu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...