Isnin, 27 Jun 2011

MENCARI IDENTITI

Anak-anak zaman ini banyak terdedah pada kemajuan sains dan teknologi. Pembangunan sahsiah rohani dan jasmani secara keseluruhannya dipengaruhi oleh faktor keseimbangan di sekeliling kita. Semakin kita berusaha mencapai apa yang dinamakan cita-cita dan kehendak selagi itulah kita akan terus berusaha dan terdorong untuk menggapainya.

Tetapi sedarkah kita ada waktunya kita keciciran sesuatu? Kerana terlalu mengejar impian, memenuhi keperluan, kita membiarkan anak-anak membesar dengan arus perubahan dan pengaruh gaya hidup zaman moden tanpa kita alaskan tatabahasa, keperibadian, tingkah laku mereka dengan budaya Melayu kita dan menyerah kepada pihak sekolah mendidik jiwa mereka dengan agama dan etika kemelayuan.

Cuba kita pandang seorang remaja di jalanan... pakaiannya, langkahnya, tutur katanya dan pergaulannya. Bolehkah kita kategorikan si remaja itu mengikut budaya kemelayuan atau sebaliknya? Sebenarnya mereka sendiri celaru dalam maksud identiti kemelayuan dan Islam.
Tapi sampai bilakah mereka ini akan terus mencari ? Atau mereka sebenarnya tidak pernah ambil pusing apa jua sekalipun? Dan kita hanyalah sekadar menjadi pemerhati yang setia dalam keruntuhan jati diri anak Melayu.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...