Khamis, 30 Jun 2011

HULURKAN

Seorang ibu tua tersandar kelesuan....di tembok kesibukan arus dunia. Wajahnya menggambar seribu duka bersulam cerita. Aku menghampiri sekujur tubuh berselindung di sebalik bebayang terik matahari. Ku cuba dekati penuh ihsan di hati. Ibu tua itu tersenyum....Oh Tuhan, indahnya seraut wajah polos itu.

Kenapa ibu di sini?....tanyaku penuh mesra. Ibu tak mahu menyusahkan anak-anak. Terdiam sejenak aku mendengarnya.

Di manakah ibu kita kini? Setiakah kita memanggilnya ibu? Taatkah kita pada hubungan yang tak terputus? Solehah kita untuk dia? Atau mungkinkah kita dah terlambat untuk membetulkan langkah dan bicara padanya?

Mungkin....kesalan telah berlabuh di nisannya. Hulurkanlah.......sekalung kasih padanya andai dia masih bernyawa. Hulurkanlah belaian jemarimu pada tubuh sakitnya kerana itulah penawarnya.

Tapi andai nisan terpahat ukiran namanya......sedekahkanlah ia doa dan Al-Fatihah yg berpanjangan. Hulurkan egomu ke lubuk paling jauh jika kesalan berputik di hati.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...