Khamis, 23 Jun 2011

SEJAUH MANAKAH ANAK-ANAK KITA BERJAYA

Apakah sebenarnya tafsiran bg perkataan berjaya? Ada yang bermaksud, bila kita mendapatkan sesuatu dari satu impian atau kemahuan kita panggil ia berjaya. Berjaya dalam pelajaran, kerjaya, rumahtangga, perhubungan dan sebagainya....terpulang bagi setiap individu menterjemahkan perkataan berjaya itu menurut kesesuaian keadaaan ataupun individu.

Sejauh manakah anak-anak kita hari ini mencapai tahap yang dikatakan berjaya. Adakah dengan mendapat tempat pertama dalam peperiksaan , atau johan dalam apa juga acara yg dipertandingkan ataupun anak-anak kita sebenarnya gagal? Cuba kita kaji secara kasar, bagaimana anak kita hari ini menjalani rutin kehidupannya. Seperti dalam satu produksi line yang cuba menjaga standard dan kualiti serta piawaian yang telah ditetapkan oleh sekolah atau ibubapa. Mereka cuba mendisiplinkan diri mengikut masa dan jadual yang telah ditetapkan.

Tetapi, adakah mereka sebenarnya berjaya dalam mengawal masa? Kenapa bila hari cuti mereka ini seolah-olah tersasar dari haluan yang sepatutnya. Dan kita sebagai ibu atau bapa mampukah kita mengawal setiap prgerakan mereka? Mustahil kan? Rasa hormat dan jalinan kekeluargaan semakin longgar dalam institusi keluarga hari ini. Berjayakah kita sebagai ibubapa sekiranya anak kita bergelar jutawan atau hartawan tetapi kita dipinggirkan. Bila anak-anak tidak lagi

merendahkan suara di hadapan orang yang lebih tua, siapa kah yang harus kita persalahkan? Terlalu mementingkan pencapaian akademik, terkadang kita lupa di satu bahagian kita ada tanggungjawab untuk mendidik anak kita dengan ajaran agama dan moral yang baik. Mungkin di penghujungnya nanti, kita boleh menilai adakah benih yang kita semai itu akan berputik dan berbuah seperti yang kita harapkan......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...