Sabtu, 2 Julai 2011

REZEKI VS AKADEMIK

Seorang ibu atau ayah amatlah mengharapkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran anak-anaknya. Semiskin mana sekalipun, kita masih menyimpan harapan semoga anak kita akan berjaya.

Tapi , cuba kita lihat kesibukan ibubapa di bandaraya.......dan bandingkan pula kehidupan ibubapa di desa atau yang berpendapatan rendah. Di kota besar ibu atau bapa terlalu sibuk dengan kerjaya dan berusaha mendapatkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka mampu menghantar anak-anak ke kelasa tambahan, kelas tarian, kelas muzik dan sebagainya dengan harapan anak-anak mereka akan berjaya dan menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Tak dinafikan juga ada yang terabai dek kesibukan kerjaya orang tuanya.

Tetapi apakah kecemerlangan akademik itu sebenarnya satu perkara wajib bagi menentukan kejayaan dan kebahagiaan individu? Ada juga anak-anak yang tidak berlatar belakang kan pencapaian akademik yang cemerlang tapi mereka mampu bangun dan berjaya lebih baik dari anak-anak yang hidupnya sempurna dan menerima segala input yang terbaik dari ibubapanya.

Tugas kita adalah mencari rezeki yang halal buat keluarga dan tanggungjawab kita membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang tanpa kita membezakan sumbangan setiap anak itu di masa depan kerana kasih kita akan menjadikan mereka insan yang sebenarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...