Jumaat, 8 Julai 2011

PELARIAN

Dalam kehidupan yang penuh ranjau....kita sering diasak dengan pelbagai persoalan. Adakalanya persoalan itu memerlukan jawapan segera. Tetapi ada ketikanya jawapan itu cuma ada di sepanjang perjalanan hidup kita.

Sebenarnya kita seperti pelarian. Takut di pukul ombak kita berlaki ke pantai. Takut dibadai tsunami kita berumah di tebing tinggi. Tapi bila tebing pula yang runtuh, kita lari lagi mencari perlindungan baru.

Bila kita dihujani persoalan demi persoalan tanpa jawapan yang kita mampu beri, kita pasti akan rasa tertekan dan kadangkala kita membiarkan soalan itu tanpa jawapan. Tapi sejauh manakah dan sampai bila kita akan terus dan mampu berlari? Adakah sehingga umur kita merangkak senja sekalipun kita kan terus berlari?

Sememangnya kita ibarat pelarian di dalam diri kita sendiri. Berlari dalam kitaran hidup dan pusingan waktu yang sama sehinggalah nafas terakhir berhembus....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...