Sabtu, 9 Julai 2011

CEMBURU YANG MEMBUNUH

Membina sebuah perhubungan memerlukan begitu banyak pengorbanan. Kita perlu mengorbankan keegooan, memberi dan menerima segala perkongsian bersama.

Mencari keseserasian adalah satu cara terbaik bagi memulakan satu perhubungan. Samada sebagai sahabat ataupun kekasih. Dalam perjalanan seharian, kita bertemu pelbagai ragam dan rentak hidup individu. Kita perlu menyesuaikan diri dengan setiap keadaan dan individu yang berbeza. Dalam mencari keserasian kita perlukan keakraban dan kemesraan dalam menjalinkan perhubungan.

Tetapi kadangkala perasan cemburu itu timbul. Kenapa perlu ada? Atau mungkinkah sepatutnya ia ada? Cemburu itu ada ketikanya perlu bagi menjaga hubungan. Supaya kita lebih beringat dan berhati-hati.....supaya kita lebih menghargai apa yang kita miliki.

Tetapi cemburu yang keterlaluan hanya akan merosakkan jiwa dan membunuh emosi. Juga akan merosakkan perhubungan akhirnya. Bila jiwa mati akibat cemburu.......maka tiada lagi ketulusan dan kejujuran. Apa lagi yang tinggal untuk dipelihara bersama kesetiaan andai segalanya berkubur bersama cemburu yang buta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...