Jumaat, 15 Julai 2011

DEMI MASA


DEMI MASA.......sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Sememangnya kita sering lalai dalam menguruskan masa. Kita sering melengah-lengahkan sesuatu kerana kita merasakan masih banyak kesempatan untuk kita melakukannya.

Pada kesempatan yang pertama kali, kita selalu melepaskan peluang yang ada begitu sahaja kerana andaiannya ketika itu akan hadir lagi. Tapi kita selalu terlupa pada ketika itu disuatu masa kelak situasinya akan berubah. Mungkin dari segi tempat, persekitaran, penerimaan dan pandangan juga akan turut berubah. Dan disebabkan kita telah melepaskan peluang itu berlalu maka yang tinggal hanyalah kekecewaan tak sudah kerana peluang itu telah dirampas orang.

Dalam meniti arus pembangunan yang begitu pesat kini, kita tidak boleh lagi bersikap diam, tunggu dan lihat. Kita akan ketinggallan jauh di belakang walaupun sesaat. Kita perlukan perubahan dalam membina jati diri yang kuat. Perlu berubah mengikut arus masa. Perubahan bukan bermakna negatif.

Berubah dari segi sikap dan tanggungjawab supaya kita tidak ketinggallan dan kerugian . Biarpun sesaat ketinggallan sebenarnya kita rugi di masa depan. Bangunlah mengejar waktu. Supaya kita tidak ditertawakan oleh sejarah. Supaya kita tak ditangisi kenangan.

Mengukur baju memanglah di badan sendiri. Tetapi ukurlah juga kejayaan insan lain di luar sana dan bandingkan dengan pencapaian kita. Mampukah kita berpuashati kerana kita ketinggallan?
Mulakanlah semula kiraan detik itu sekarang. Jangan sampai kita ditangisi nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...