Ahad, 10 Julai 2011

CINTA INTERNET

Hari ni aku diajukan topik ini pula. Biasanya cinta internet ni terkenal di kalangan anak muda sekarang. Berkenalan di FB dan bercinta.

Sejauh manakah pertemuan di alam maya ini mampu bertahan dan berakhir ke jinjang pelamin? Dan seterusnya mengecap kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Berkenalan di fb ni hanya lah dengan permulaan salam. Hari demi hari, apa yang kita panggil "chatting" ni menjadi satu kebiasaan dan sebagai media penghubung di antara satu sama lain yang dekat mahupun yang jauh.

Tetapi apakah kita dapat melihat sejauh manakah kejujuran dan keikhlasan rakan fb kita tu? Tak kurang juga berita didengar, ramai yang tertipu dan kecewa. Mudah terpedaya dengan bahasa indah di guna. Selalunya ramai gadis dan wanita yang menjadi mangsa. Sebenarnya semua ini bergantung kepada individu itu sendiri. Menilai kejujuran dan keperibadian seseorang melalui bahasa, percakapan dan tingkahlaku. Ada ketikanya walaupun berjumpa di alam nyata, kebahagiaan tak sampai ke mana.

Gunakanlah iman dan ilmu serta kebijaksanaan dalam menilai sebuah persahabatan ataupun perhubungan. Sememangnya jodoh pertemuan, ajal dan maut adalah ketentuan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tapi hanya Tuhan yang menentukan.

Perkahwinanku juga bermula di internet. Dan bahagia hingga ke akhir hayatnya. Segala-galanya terletak pada kebijaksanaan kita menerima dan mengolah serta menterjemahkannya ke realiti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...